Sunday, 15 June 2014

Mini SOJ2 Sempena Hari hadiah Cemerlang

Memang kami tergesa gesa pagi tu. 

Saya pun tak menjangkakan yang sesi Penyampaian Hadiah Cemerlang ini berlarutan hingga ke pukul 1040 pagi. Saya anggap semuanya laju, dan kami mahu segera pulang ke Sekolah untuk acara berasingan Mini Sharing Our Journey 2.


Ada pesta Rugby 10'a side yang disertai sekolah sekolah sekitar Perak/Penang/ Kedah

Acara kami bermula menghampiri pukul 12 tenghari. Dengar khabarnya ramai pelajar yang dah pulang.

Cikgu Amin dan Prof Khairul memulakan kelas bidang Seni....

Separuh dari Prof Azlin, Prof Madya Nazlina dari cabang Seni Fesyen UPM

Suami memerhati isteri mengajar anak anak Edwardian 2014.

Tumpuan yang diberikan pelajar Tingkatan 6.

Kelas Mini ini berakhir sekitar satu jam kemudian, melepasi waktu Zuhur,

Yes, Guru Guru serta pelajar berfoto riang dengan Profs..

Kami lapar. Teramat lapar, jadi kemi ke Kamunting, Restoran Asam Pedas, yang mana mengusahanya merupakan pemilik Kantin Sekolah King Edward itu jugak.


Sakan nafsu makan kami petang ni, saya siap bungkus bawa balik lagi baki lauk lauk yang tak habis. Semuanya dibelanja oleh Badrul .

Sebelum pulang, ini yang sempat saya titipkan  kepada Azlin dan Cikgu Amin.

Durian dan Kuinin.


Gang 50 Edwardian .

Berpisah menghampiri pukul 240 petang. Saya sempat berputar putar di Lake Garden mendcari rumah kawan saya yang saorang itu, ternyata mereka tiada di rumah. Dah boleh agak kemana hala tuju mereka setiap hujung minggu ni!

Terus ke Masjid Hanafi untuk Solat, sementara menanti isteri yang akan muncul dengan bas UiTM dari Trolak.

Durian masih banyak berbaki, siapa punya rezeki petang ni?

Latiff Hariri
1418 15062014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment