Thursday, 26 June 2014

mokhtar tart ahmad akhirnya berpunya

Cuti sekolah penggal kedua ini, rencana acara saya boleh dikatakan padat. 

Aqilah mahukan percutian ke Terengganu, sedangkan saya wajib hadir pernikahan dan majlis kenduri adik saya saorang ni, yang terlebih akalnya, hehehe.

Apapun, saya kena hadirkan diri untuk majlis pernikahan beliau, dan untuk kendurinya nanti, kita kira lainlah


Pagi Sabtu tu, saya sempat bersarapan dengan anak teruna ni, sebelum beliau dimiliki dan diberi jawatan Suami orang.

Abang Din kau pun datang Tart. Apa lagi kau mau?

Kami solat Zuhur di rumah sahaja, untuk menyenagkan Pengantin yang semakin nervous.

Sekitar pukul 2 Sabtu terakhir Mei 2014

Sebaik rombongan Pengantin lelaki tiba, Pengantin perempuan pun sampai juga, alah, awek dia seTaman je.

Kena lecture dengan Ustaz Ibrahim dulu.

Pengantin perempuan diserahkan sendiri oleh Ayahnya kepada menantu.

Berakhirnya alam bujang si Tart...berapa lama kau tunggu Tart?

Tahniah Tart dan Harison.

Sebenarnya cuti sekolah ini saya sudah rancangkan percutian ke Terengganu, tapi dek kerana pernikahan si Tart ini, saya tundakan dahulu.

Lepas ni , ada kenduri kawin lagi yang wajib saya hadiri. Mungkin tertunda lagi percutian kami sekeluarga.

Latiff Hariri
1958 26062014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment