Tuesday, 10 June 2014

Selamat Jalan Uncle Koh Eng Chye

Saya pernah bekerja di Pandan Jaya sekitar tahun 1994 hingga 2001. Waktu itu saya berulang setiap hari dari Shah Alam . Perjalanan mengambil masa sejam pagi, dan lebih sejam senja. Memamg perit waktu tu.

Jadi, bila memasuki kawasan orang ni, saya dapatlah berkenalan dengan orang orang tempatan. Antara yang saya ingat saorang mamat ni, muka Melayu habis. Setiap kali berurusan dalam bank, dia buat bank itu saolah olah 'bapak' dia yang punya, hahaha.

Selidik punya selidik, rupanya dia OCBC, atau bahasa kasarnya Cina Murtad. Namanya Philip. Saya tak kenal adik dia yang terlebih Melayu dari Melayu. Tengok Philip saya dah kata dia Melayu sebab BM dia orang Melayu pun kalah.


Sempena Jubli Emas Perkahwinan ...kira kira 14 tahun yang lalu

Bersama anak anak yang terbang pulang sejauh UK dan Australia.

Ya, saya dijemput hadir bersama memeriahkan acara ini yang dilangsungkan disalah sebuah hotel di Kota Melaka. Memang pelik malam tu, bagi saya yang pertamakali menghadirkan diri di Majlis BabaNyonya Melaka ni. Rasanya saya seoarang Melayu tulin, yang lain lain tu Cina Murtad!!!

Yang seronoknya, mereka berbahasa Melayu siap ada pantun dan seloka, memang menarik.

Kenangan yang tak mudah saya lupakan.

Jadi perjalanan saya kali ini ke Kuala Lumpur sempenan cuti Hari Buruh ni, menjadi kenangan sedih untuk keluarga Uncle Koh.

TAKZIAH DARI SAYA SEKELUARGA YANG MENGENALI DAVID DAN PHILIP.

Terakhir dari saya tanda hormat.......

Petang itu sebaik meninggalkan Pusat Pembakaran Mayat Petaling Jaya, saya terus bergerak menuju ke Paya Jaras, melalui Subang Airport. Memang mudah dengan Google Map ini, saya guna jalan belakang yang sekelip mata tiba di kampung Kubu Gajah. 

Memohon maaf kepada Makcik Maznah (adik kepada emak) kerana gagal hadir dihari pengebumian arwah Pakcik Rosli.

Terus kami pulang berdua petang itu, untung bawa anak bujang ni yang entah sampai bila nak membujang tu!



Tart jadi pemandu sepenuh masa saya petang ini.

Terima kasih semua yang meraikan kehadiran saya sepanjang cuti tiga hari di Kuala Lumpur.

Latiff Hariri
2108 10062014
Sungai Petani


Tart 

No comments:

Post a Comment