Friday, 21 November 2014

Padang Bukit Tinggi Hari Pertama

Tiba mengikut jadual, sekitar pukul 900 pagi, waktu kita lah. 

Borang Kemasukan Imigrasi Indonesia siap kami isi didalam kapal terbang, jadi tiada masaalah di kaunter Imigrasi. Yang jadi masaalahnya , troli bagasi tiada!!

Untungnya  tetamu yang saya bawa kali ini adalah dari kalangan yang sering keluar negara, jadi senang kerja tour leader ni.

Sekitar 920 pagi kami keluar dari Lobi Ketibaan.


Janu Ad yang saya temui dulu.

Angkut 3 beg sekali,

Anak kesayang emak, Badrul dengan emaknya.

Posing depan lobi pintu keluar Bandaran.

Semua tersenyum gembira bila menjejakkan kaki di Ranah Minang.

Bas untuk 27 tetamu, tapi kami hanya sebelas sahaja, puas berlegar.

Saya sempat perkenalkan kepada tetamu akan Janu Ad yang menjadi ketua sepanjang 4 hari kami di Padang Bukit Tinggi. Ya, pada awalnya Ad dan tetamu malu malu untuk berinteraksi, tapi, bagi saya, kau tunggu ajelah nanti.

Yang pertama saya minta dari Janu Ad adalah untuk bersarapan. Kami tidak memasuki Kota Padang, kerana ingin segera di Bukit Tinggi.

Intan, Din, Emak Fatimah, Badrul dan Kak Ani.

Kak Ani adalah kakak , Intan adalah adik kepada Din Selamat. Kira Din Selamat punya angkatan paling ramai, kira kira 7 orang. Badrul berdua dengan emaknya, saya dan anak saya Faiqah.

Sekitar 20 minit perjalanan ke utara, kami berhenti untuk sarapan.

Teh tarik, roti canai menjadi pilihan....dan ternyata tetamu saya mengkagumi kuah roti canai yang berresepikan masakan minang.

Kami disini sekitar sejam, kira awal lagi ni. 

Perjalanan diteruskan. 

Malam tak tidur kerana perjalanan jauh dari utara serta hati dah teruja untuk berjalan.

Jadi, Dhiyaa lena aje....

Perjalanan sejam terhenti di Air Mancur untuk menikmati pemandangan indah. 


Latiff Hariri
0630 18112014
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment