Ini perjalanan secara sepontan.
Apabila banjir besar melanda Kelantan, Terengganu dan Perak, sekolah sekolah secara paksa ditutup lagi untuk seminggu. Jadi perjalanan Aqilah yang sepatutnya pada akhir Disember 2014 itu turut ditunda, paling tepat, tiket airasianya 'burn'!!
Jadi, bagi menghilangkan boring , serta student UiTM pun dapat cuti percuma, secara sepontan je, anak anak kata pergi Medan, walaupun pada awalnya ada juga kami berancang untuk ke Krabi, Thailand, dengan memandu sendiri.
Bila fikir memandu ni, saya dan anak anak jadi bercintalah. Lebih baik ke Medan, naik teksi atau angkutan kota, tak perlu pandu kereta.
Teh Botol dan lontong
Kami keluar dari rumah sekitar 440 pagi, dengan memandu ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Tiba sekitar 530pagi, terus sarapan di KFC seketika.
Masuk boarding room jam 6 pagi, terus solat dan menunggu hingga pesawat pertama dari Medan yang tiba sekitar 640 pagi.
Kami berangkat awal, sekitar 720 pagi, dan tiba di Medan sekitar 7 pagi waktu Indonesia.
Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Bandara Kuala Namu, sebelum ini Polonia di tengah Kota Medan. Walau pun pertama kali, saya dah pandai. Tak perlu sewa teksi yang harganya RP200,000 itu atau meniki keretapi yang tambangnya Rp80,000 seorang itu!!.
Naik bas aje, RP15,000 saorang, jimat banyak tu.
Bas Damri.
Bandara Kuala Namu.
Kami naik bas sekitar 30 minit untuk sampai ke Simpang Tanjung Merowa. Tujuan saya berhenti disini adalah untuk mencari rumahnya Pak Suparmin, Supir kami sekitar tahun 1998 dahulu.
Simpang Tg Merowa.
Saya gagal mencari rumah Pak Min walaupun berulang alik dengan beca dua tiga kali disini. Akhirnya saya mengalah, kami ambik dua teksi untuk hantar kami ke Hotel berhadapan Masjid Raya tu.
Cek in, kamar masih penuh, tetapi dah dapat 2 kamar. Kami tinggalkan beg beg kami di Hotel ini untuk sarapan yang lewat, dan terus ke Pasar Ikan untuk berbelanja.
Sarapan macam makan tengahari.
Kami bergerak ke Pasar Ikan, terlupa 1 Januari adalah cuti umum, hampa dibuatnya. Terus meminta Becha menghantar kami ke Sogo Medan.
Disini pun kami kena tunggu melebihi 2 jam kerana cuti umum dan Sogo hanya dibuka pada pukul 1 tenghari!!
Letih menunggu bukannya letih berbelanja.
Zaki, kawan baik saya ini, tanpa diduga juga berada di Medan pada hari yang sama, jadi kami bertemu janji untuk makan tengahari aje.
Zaki, gang satu Sungai Petani.
Kami bersiar seharian, sementara menantikan kamar tersedia, ternyata hingga pukul 5 petang pun Hotel tersebut gagal memenuhi janji mereka, akhirnya kami 'pack ' dan lari ke Hotel berdekatan. Sempat juga petang itu saya dan Zaki sekali lagi ke Tanjung Merowa untuk mencari rumah Pak Min, tapi gagal.
Malam tu atas permintaan anak anak, kami ambil dua teksi untuk ke Simpang Limun, sebagai ganti makan malam. Sebenarnya kami masih kekenyangan. Dengan menu malam ini, rasanya sudah memadai.
Kerang Rebus.
Kuah Kacangnye bebeda dari kita.
Saya kira melebihi 13 piring untuk kami berenam.
Kerangnya 3-4 kali ganda besar dari kerang Semenanjung.
Satay Padang pun ada.
Jadi malam itu kami tidur seawalnya , sebaik pulang ke kamar. Esok pagi dah janji dengan kereta sewa untuk perjalanan harian ke Brastagi.
Dah lebih 10 tahun kami tak jengok Brastagi.
Latiff Hariri
0818 26012015
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment