Tuesday, 24 August 2010

1430 H ,15 Ramadhan Dalam Kenangan















Izzuddin, Ainil dan Faiqah bersama Allahyarham Pcik Aziz.

Saya hanya mengenali dia dengan panggilan Pakcik Aziz , bukannya Kamaruddin.Waktu itu diawal 1969 , sewaktu saya menetap di Kampuns Sira, Lenggong. Tiba tiba datang aje pakcik ni , dari mana, saya tak pasti, mungkin dari Taiping, mungkin dari Jeram Kuala Selangor.

Pakcik Aziz bujang lagi masa tu, dia menetap sementara bersama kami, dan bekerja disalah sebuah kilang kayu di Lenggong . Ya, saya ingat, beliau ada sebuah motorsikal, dan saya berpeluang memeboncengnya diawal pra-sekolah tahun tu, walaupun Bapak melarang.


Kakak Roziah (kak ipar saya) pernah memberi komen kepada Roziah diawal perkahwinan kami, tentang pakcik Aziz, yang sering bertandang ke Balai Polis Lenggong waktu itu.

" O, Kamar tu pakcik Latiff rupanya, hensem dia masa muda dulu, dia berkawan rapat dengan sesaorang (anak Polis jugak) di dalam Balai tu."

Sesaorang tu, kami dah bertemu semula, ya lah, jiran kepada Roziah jugak masa di Balai Polis Lenggong , dan merupakan kakitangan UiTM jugak! Kecilkan dunia ni?





















Adik adik Emak, pakcik Aziz bersama makcik Norly.

Saya kira pakcik Aziz tak lama bersama kami, bila beliau memasuki bidang kepolisian, dan hilang sekejap. Seingatan saya, tahun 1972, pakcik Aziz mendirikan rumahtangga, dan rombongan dari Lenggong ialah Bapak dan Cikgu Said ( Bapa Johari Said aka Atan). Mereke ke Telok Anson, sekarang Teluk Intan. Rombongan perkahwinan itu mash tersimpan didalam memori saya ni.

Dan Pakcik Aziz sering timbul dari Kem Hulu Kintanya, bila beliau melakukan operasi di daerah Gerik dan sekitarnya. Saya teruja melihat machinegun dan kereta kebal yang Pakcik Aziz parkir dirumah Simpang Pokok Jerai tu.

" Huh!! Aku ada pakcik yang bekerja melawan kominis lah. Pahlawanlah pakcik aku ni!"

Selepas berpindah ke Taiping, rasanya Pakcik Aziz 'menjarakkan' hubungan dengan kami.
Mungkin sudah berkeluarga dan untuk berziarah masa itu, memerlukan perbelanjaan yang besar. Saya hanya tahu Pakcik Aziz memiliki motosikal sahaja( almaklumlah, PPH , bukannya Trafik dan Jenayah, hehehe)

Pakcik Aziz dikurniakan 4 orang cahaya mata, Along, Angah, (yang ketiga meninggal), dan akhir Azhar.

Kelebihan Pakcik Aziz ni, dia orang laut. Pernah dia bermotorbot, dari Seri Manjung , berdua dengan isterinya, ke Langkawi, bermalam didalam bot di tepi pantai bila keletihan. Hebat Pakcik ni. Saya sering jugak bernelayan dengan beliau semasa menetap di Shah Alam. Pakcik Aziz dari PPH Kinta, kami bertemu di rumah Makcik Esah di Jeram. Dan menghilang dilaut seharian, pulangnya dengan sekotak ikan ikan yang berjaya kami naikkan berumpankan kail dan pumpun .

Saya mula rapat dan bermanja semula dengan Pakcik Aziz ni, di awal perkahwinan saya, kerana Pakcik Aziz menetap di Sungai Petani masa itu. Ya, saya bermanja. Pakcik Aziz ni satu satunya pakcik yang suka memanjakan anak anak buah , anak anak beliau serta cucu cucu saudara beliau. Beliau terlalu lembut dengan kami. Kami boleh tidur diatas pangkuan beliau tanpa merasa malu, walaupun sudah mempunyai anak sendiri. Inikan pulak anak anak saya, yang ternyata tersedu sedu menangis bila berita sedih itu saya warwarkan.

Pagi 15 Ramadhan 1430 itu, kami sedang merayau di Pusat Membeli-belah SP, belum sempat membeli apa pun, tiba tiba emak menalipon memberitahu berita sedih ni. Saya terdiam, terus mengajak anak anak turun dan terus ke parkir kereta. Sebaik keluar dari Kompleks Central Square tu, saya pun memecahkan berita. Ternyata anak anak saya meraung kecil termasuk isteri saya. Saya menahan sebak sepanjang jalan pulang kerumah, untuk bersiap ke Sri Manjung, Perak.

Di Taiping, mengambil emak, kami berdua kereta ke sana.

Dan ditengah ruang tamu terbujur jenazah pakcik kesayangan saya ni.

Kelu lidah nak berkata kata. Dia pergi begitu senang. Dibulan mulia 15 Ramadhan, beliau sedang memesin rumput, dengan mesin yang digalas, tiba tiba rebah . Ada yang melihat, terus dibawa ke Hospital Seri Manjung.....dan beliau sudah pergi buat selamanya. Pakcik Aziz tak nak menyusahkan sesiapa mahupun isterinya. Beliau pergi sekelip mata.

Lewat Asar, hari yang sama, jenazah selamat disempurnakan.

Syukur Alhamdullillah, kerana meminjamkan sekejap Pakcik ini kepada kami semua.
Walaupun sedih dengan pemergian beliau, keredhaan yang tinggal, kerana hayatnya
mengindahkan kenangan hidup saya, perginya di pertengahan bulan yang mulia.

Kata Ustad Ibrahim, mereka yang pergi waktu berpuasa ni, mereka 'berbuka' di Syurga.















Di suatu petang sabtu, sebaik saya tiba dari Kuala Lumpur dengan bas, di akhir 2000. Masa ni berulang setiap minggu KL-SP.















Di Kem Polis Hutan Hulu Kinta , sebelum menjadi PGA .

Melalui arwah, saya mendapat khabar tentang ' PPH yang senget bila dijenamakan PGA. Baru arwah tahu betapa hebatnya rakan rakan beliau di cawangan Trafik mengira ngira......, tapi pejam mata ajelah..















Arwah Pakcik Aziz bersama kakak kakak beliau, Mcik Maznah dan Emak.

Alfathitah untuk Pakcik Aziz aka Kamaruddin Adam.

Latiff Hariri
0536 25082010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment