Wednesday, 25 August 2010

Syurga diRamadhan

Terkenang saja subuh ni kepada Arwah Pcik Aziz.

Di tempat kerja pun, pertama kali terlupa nak kenakan stokin dikaki, selama ini memang saya bawa dan hanya pakai didalam pejabat, tapi pagi ni entah apa yang saya fikirkan.....

Kerja seperti biasa, kejar waktu untuk selesaikan tugas sebelum jam 1715, untuk pulang.

Tiba tiba handphone disaku baju bergetar, ada mesej masuk, tidak segera pun saya membacanya.

Sebenarnya simcard handphone saya baru ditukar, jadi banyak nombor rakan rakan yang belum dikemaskini dari simcard yang lama. Siapa pulak ni, bunyi macam rakan rapat sangat aje mesejnya ni.

" bonda tercinta telah pergi mengadap ALLAH SWT pagi tadi "

Tanpa banyak soal, terus saya dial nombor pengirimnya...., ternyata! Rakan rapat saya ni!

Terus saya offkan PC saya, beritahu boss, ambil cuti kecemasan, dan terus pulang kek SP untuk bersiap menziarahi rakan saya ni di kampungnya.

Yang bestnya, rakan baik yang sorang lagi ni, si Wan, eveready aje untuk temankan saya . Jadi kami berdua bertolak dari Tol Sungai Dua tepat jam 1215 tengahari, dan tiba di destinasi tepat jam 1310 tengahari. Ternyata jenazah sudah siap dikapankan, dan menunggu Zuhur untuk disembahyangkan.

Saya sudah mengenali emak rakan saya ini seawal tingkatan 3-4 , kerana waktu itu kami berdua tinggal di asrama, dan keluarga saya menetap di Kuala Kangsar, kira satu daerahlah kami ni. Sering saya bertandang, bila kesempatan, terutamananya hari perkahwinan kakak rakan saya ni, kami bertiga, saya, Roslan & Arwah Zainal Azmi(McHelm).

Pernah saya berbasikal dari Taiping, singgah kerumah rakan saya ni, dan terus ke KK. Esoknya, kayuh lagi dr KK-Taiping.

Emak rakan saya ni senyum aje, termasuk pakcik Ghazali, mereka senyum aje tengok pe el saya, yang kaki berbasikal. Apa yang saya pasti, emak beliau ni terlalu lembut dengan anak anaknya.

Jarang saya miss beRaya dirumah rakan saya ni. Dan terakhir, Syawal 1430. Tak sangka hidangan tengahari berlaukkan ikan merah asam pedas, ada daun kantan lagi dalam asam pedas tu, bersambalkan tempoyak, adalah juadah yang kami kecapi untuk kali terakhir, dari masakan emak rakan saya ni! Anak anak saya hilang malu, siap bertambah kerana terlalu 'kaw'nya sambal tempoyak yang kami cecahkan dengan timun tu! (Saya pasti share mkn tengahari keluarga makcik ni tersusut dik gara gara kami)

Hingga ke Shah Alam tempohari pun, anak anak saya menanya, rakan saya ni balik tak ke kampungnya, sebab , mereka nakkan kiriman tempoyak air tangan kawan emak saya ni.

Hmmmm, semua sudah berakhir. Tiada lagi keenakkan sambal tempoyak air tangannya.














Jenazah diusung keluar sebaik azan Zuhur selesai, untuk ke Masjid Al-Hadri, Padang Rengas.


Sempat saya bertanya cerita sebenar dari Pakcik Ghazali, disaat terakhir Bonda bersama beliau.

" Pagi tadi, kami bersahur berdua, macam biasa, makcik tak ada apa pun,lepas sahur, terus kami ke Subuh berdua. Sempat berbual, dan makcik teruskan mambaca Al-Quran. Pakcik pun teruskan dengan aktiviti pakcik, masih dengar suara makcik membaca Al-Quran, tapi, lama kemudian, suara dah hilang. Pakcik pun jengoklah, kenapa senyap, rupanya, makcik dah sesak nafas, sempat juga pakcik mengurut dada makcik sambil mengajar dia mengucap, dan dia pun ikut aje...., dalam 720 macam tu, makcik dah tak ada, ambulan datang, tapi HA tu kata dah tak ada dah....."

Hm......indahnya, dalam mengadap Qiblat berbekalkan AlQuran, Bonda Robaiyah pergi......, dan dalam berpuasa pulak tu!














Solat Jenazah














Menuju ke jalan terakhir














Apa yang menarik, selesai liang lahad di tutup, tikar didampar untuk doa talkin, gerimis halus turun di persekitaran untuk seketika.

Sebaik talkin bermula, cuaca kembali panas.














Renjisan air mawar untuk Bonda
















Hatta masih mampu tersenyum disaat kedukaan ini.
















Terima kasih Hatta! Terakhir dari bonda.















Terima kasih Hatta, ini adalah tempoyak terakhir , airtangan bonda Robaiyah binti Ismail, untuk kami kecapi watu berbuka senja 25 Ogos ni.

Kami akan merindui kenangan manis berhari raya ditahun 2009.

Takziah untuk Pakcik Ghazali anak beranak, Hatta terutamanya.

Alfatihah untuk Bonda Robaiyah.


Latiff Hariri
2210, 15 Ramadhan 1431
25 Ogos 2010
Sungai Petani

1 comment: