25112010
Sepanjang sebelum Majlis Bertemu Semula SMDA 1981 hingga ke Pagi Isnin 22112010, baliau tak henti henti bersms bertanyakan perkembangan terkini.
Untuk tidak menghampakan beliau, seawal jam 11 pagi , sekeping dvd telah saya posexpresskan kepada beliau.
Tetapi, hingga ke pagi Khamis, beliau masih menafikan menerimanya. Akhirnya, sms beliau , mengatakan ada rakan ATM yang akan bertandang ke SP, dan saya cadangkan untuk mengirim pendua dvd melalui rakan ATM beliau, lewat petang nanti.
Seawal jam 7malam, saaya sudah siap mandi, dan teruskan makan malam, tetapi tiada pulak kehadiran rakan Awi ni. Awi yang lebih lebih sms mengatakan kawannya sudah sampai, tetapi tiada orang depan irumah saya. Mustahil. Terang benderang lampu neon di luar menyambut kedatang rakan beliau ni.
SMS terakhir baru pasti, yang rakan beliau tersalah rumah, dan saya terus arahkan Awi supaya meminta rakan beliau keluar ke arah jalan besar, dan saya menanti dipintu pagar rumah. Ya, sebuah Saga BLM warna hitam menyusir perlahan, dan saya melambai tangan. Kereta Rasmi ATM. Hujan rintik rintik, dan keluar sesaorang didalam kesamaran malam.
"Laaaa! Awi!! (Tut) hang. Penipu!" saya menjerit.
Awi ketawa melangkah menghampiri saya, dan kami berpelukan. Sementara itu Izzuddin dipintu cermin dapur sudah melihat babak terkini, terus menjeritkan ibunya. Kelam kabut Roziah didapur.
Tepat jam 8 mlm Awi berada dirumah saya.
Awi sempat menghantar lapuran kepada Dr zaharah yang beliau selamat dan aman berada dirumah Latiff
Sambil berbual, mesti ketawa. Awi dah tak sabar nak menonton foto foto serta slide yang saya sediakan pada hari reunion yang lalu.
Awi mengajak saya sekeluarga keluar untuk makan malam di rumah rakan beliau. Saya menolak kerana sudah makan, tetapi dia beria mahu saya berkenalan dengan rakan rakan di Kem Lapangan Terbang.
Saya fikir, tak kan dalam masa sejam sahaja berbual, akhirnya kami setuju dan mengkori Awi. Jarak Kem dengan rumah saya tak melebihi 1.5km sahaja.
Berkenalan dgn Tuan Fizul, Pegawai Memerintah kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.
Mengarah dari Sungai layar ke Sungai Lalang untuk menziarahi rakan rakan Awi, didahului Tuan Fizul dengan kereta rasmi ATM .
Bermacam cerita yang saya dan Awi , serta Roziah sepanjang perjalanan ke Sungai Lalang, yang jaraknya tak melebihi 15km dari rumah saya.
Kami tiba dirumah staff Zawawi ni kira kira jam 930 malam, disambut mesra rakan beliau, serta anak anak dan isteri.
Kemesraan Awi dengan anak anak buah beliau ni, jangan ceritalah, dia tetap orang Gelok/Lenggong yang sejati.
Makan malam dirumah sarjan Mansor, Kari Itik, masak lomak ayam, sambal belacan, timun
Selesai makan, kami dihidang dengan teh o panas , serta kerepek pisang buatan sendiri staff Kem Lapangan Terbang.
Non stop ketawa dan ketawa dengan kisah kisah silam mereka semua, saya tumpang senyum, ternyata ikatan setiakawan tentera ni payah nak digugat.
Menghampiri jam 11 malam, baru Awi teringat nak cek dimana Dr Zaharah berada, rupanya, mereka dah berada dalam Kem Lapangan Terbang. Tergesa gesa Awi minta diri.
Kira laju juga perjalanan Dr Zaharah dari Kuantan ke Sungai Petani ni!
Zawawi tersandar puas, bila seawal jam 1115 Dr Zaharah dan anak anak sudah berada di Mess Pegawai Kem Lapangan Terbang
Kami sambung berbual diruang tamu Mess Pegawai, bertanya khabar dan sambung kisah reunion di SMDA .Selepas pekena teh panas saorang secawan, saya dan Roziah meminta diri.
Dah melebihin 1230 pagi pun, dan saya memohon diri, untuk pulang.
Didalam kepala dah mula ligat mahu mengatur rencana untuk esok , lusa dan tulat. Saya sudah sms kepada semua rakan gang bujang tempohari, dan ada yang dah sekerat perjalanan dari Seberang jaya, mahu berjumpa Zawawi, nasib baik saya halang, dan mereka berpatah balik.
Saya faham rakan rakan kenalan baru Zawawi ni begitu teruja mahu bertemu dengan beliau.
Faridah dan Abang Man , Asri pun dah tak senang duduk memikirkan bagaimana caranya nak bertemu dengan Zawawi ni.
Latiff Hariri
2222 29112010
Sungai Petani