Friday, 19 November 2010

Rosmah Datang Bertandang

26102010

Isnin saya bercuti untuk berehat, tapi tak rehat pun , sekadar mengadap komputer dan ke kedai gambar mencuci foto serta 'bakar' foto kedalam DVD.

Semasa dalam penerbangan, Asri ada mengatakan yang beliau akan ke Pendang untuk menjemput anak beliau pada petang Selasa nanti. Saya ok sahaja, datanglah, kita makan makan lagi.

Selasa 24102010, saya dan Asri hanya bersms, dan saya galakkan beliau melewatkan perjalanan ke Pandang supaya sempat kami makan malam bersama di SP/Tg Dawai. Rupanya beliau sendirian tanpa Jamilah, jadi saya kira, sekadar kami berdua ajelah malam ni.

Tepat jam 1745, sebaik saya keluar dari pejabat, Asri menalipon, seakan akan belajar dari Tuan Zawawi kita, mengarah saya ke Kulim, untuk menjemput kawan dia!

Saya yang menurut perintah lah!

Janji dengan Rosmah , setepat jam 1830 saya akan berada dihadapan Kolej MARA Kulim.
Janji tinggal janji, saya hanya mampu berada didepan Kolej tepat 1845 .

Rosmah dan anak dara beliau terus menaiki kenderaan saya , dan saya terus memecut ke Sungai Petani. Tiba dirumah tepat 1945 mlm.

Sebelum itu saya sudah berhubungan dengan Kak Ainal Akma untuk turut serta makan makan malam bersama Asri , tanpa memberitahu beliau tentang kehadiran Rosmah .

Sebaik Kak Ainal memasuki rumah dan bersendirian di ruang tamu, muncul Rosmah dari bilik Solat kedepan. Bertempik lah Kak Ainal terkejut. Saya hanya ketawa didalam hati kerana berjaya temukan dua insan Leggow ni.

Selerak telinga saya dengan celotehan mereka bertiga, sementara itu Asri sudah mula bergerak dari Pendang. Dia pun sudah terasa letihnya untuk terus ke Tg Dawai, tapi, bagi saya , tak sah kalau ada tamu 'baru' yang berkunjung ke rumah, tidak diperkenalkan kepada Gerai Mak Anjang ni.

Dan kami berkonvoi dua kereta ke Tg Dawai, dimana Azri menanti kami dipersimpangan jalan.
a


Biskut kering serta asam jeruk, dicampur teh o panas sahaja. Kak Ainal pertama kali berjumpa Rosmah setelah sekian lama menghilang diri.


Pada yang tak mengenali Kak Ainal, dia senior SMDA 5-6 tahun dari kita.

Bercerita panjanglah mereka


Kami bergerak jam 825 malam bila Asri menalipon yang beliau semakin menghampiri Sungai Petani dari Pendang
Sudah tertempah 2 meja untuk 9 pelanggan

Asri dah berkali kali makan disni dengan saya, tapi pertamakali bersebelahan Kak Ainal

Ni, udang goreng tepung

Dah langsai

Kam akhiri makan makan ini menghampiri jam 1020 mlm, bergerak perlahan menuju ke arah tol Sungai Petani Utara, dimana Rosmah dan anak gadisnya berpindah ke kereta Asri, untuk bergerak ke Pulau Pinang.

Rosmah menemani anaknya bertemuduga di sana, insyaallah, ada rezeki tu.

Saya dan keluarga serta Kak Ainal menuju kerumah saya , untuk Kak Ainal ambil keretanya.

Terima Kasih Rosmah kerana sudi memurahkan rezeki rumah kami ini.



Latiff Hariri
2103 19112010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment