Thursday, 18 November 2010

Kunjungan Kasih - Selamat Tinggal Sarawak

24102010

Saat mahu bertemu memang mendebarkan , tetapi saat berpisah memang memilukan.

Setiap yang bermula , pasti ada akhirnya.

Seawal jam 1700 kami sudah bersedia segalanya, menunggu Tuan Awi kita menjemput kami , untuk dihantar ke LTAK.

Tapi , adik adik tentera ni pulak sibuk didapur menyediakan jamuan, ish ish ish, tadi kata nak makan ramai ramai laksa Sarawak di LTAK.


Makan tengahari bersama 2 Pegawai Memerintah Kem Pakit dan Perissen, Zawawi dan Hisham.
Disebelah Tuan Hisham, Mia, isteri beliau.

Mokhtar dan Izzuddin merayau ke Kota Kuching,selepas makan tengahari

Kami bersembang petang, sambil pekena teh O dan Nescafe sorang secawan, mencerita semula kenangan manis sepanjang 3 malam 3 hari di Sarawak.

Sedangkan Puan Mia, membawa isteri-isteri kami mencari perhiasan lengan dan leher. Ternyata mereka kesal kerana terlewat mengenali Puan Mia ini

Zawawi dan Shaiful tiba menghampiri jam 7 ptg, kami diminta makan dahulu kerana mahu mengejar masa. Kira mereka berdua hanya lewat 10 minit, dapat jugak duduk semeja.




Makan tetap kena makan, tapi , kami tak boleh berhenti ketawa.


Kami meninggalkan Kem Perissen menghampiri jam 710 malam. Perjalanan tak melebihi 20 minit. Setelah selesai mengeluarkan beg dari kenderaan, yang sediaada, berfoto ramai ramai sebelum masuk kedalam LTAK.


Osman sempat menyakat yang berbaju hitam ni,"Ni bukan kumpulan Black Maria ni, tapi kumpulan Black Paria", hahaha, memang Osman kurang asam.


Asri pun dah pandai letak tangan dalam kantung seluar.






Yang terharunya,Puan Mia, suami dan anak anak turut menghantar kami ke LTAK termasuk Kapten Norehan.

Foto beramai ramai ni, kira gempak jugalah satu LTAK, siap 4-5 jurukamera mengalahkan VVIP

Bermula dari sini, Zawawi, Saiful , Tuan Hisham serta anak anak buah Awi, terus menjadi tumpuan kami untuk berfoto peribadi dengan mereka.Glamour gitu, macam artis yang direbut rebut .



Rakan seSRJK/SMDA 1971-1981 , berpisah lagi pada 24102010 (kira lebih 39 tahun persahabatan ini)

Kami memasuki boarding room menghampiri jam 820 malam.

Abang Man/Faridah, Nurul Ain, Rashi dan Osman, bergerak ke kanan ke pintu 'cek-out' untuk ke Kuala Lumpur.

Kami yang ke Penang mengarah ke kiri.

Tak perasan mereke sedang menanti kami diatas Lobi , melambai kami.....




Kami memasuki pesawat jam 850 malam, dan saya jangka penerbangan ke Kuala Lumpur sudah bermula, sedangkan kami dijangka terbang pada jam 905 malam.

Perasaan bercampur baur, sedih ada, gembira nak balik pun ada.

Kami berlepas melebihi jam 915 malam, terlewat lagi.

Penerbangan malam ini, kesemua kami disajikan makan malam dalam pesawat.

Dan kami tiba di LTABL jam 1140 malam, lebih awal dari yang ke Kuala Lumpur.

Tak mahu berpisah, kami terus ke Gerai Car Koey Teow untuk sambung kenangan manis di Pulau Pinang pulak.






Saya dan Asri dan berjanji untuk jumpa lagi Selasa petang pulak nanti.

Talipon si Zawawi, dia tengah supper bersama Saiful dan staff Kem Pakit, katanya ' post-mortem' sepanjang lawatan kami....

Kami berpisah melepasi jam 1 pagi.

"Dan saya katakan disini, Zawawi memang menghargai persahabatan. Dia tetap 'budak kampung' yang merendah diri dan tahu asal usul dia. Walaupun saya mengenali beliau tak sampai 10 tahun, tapi, kemesraaan beliau melebihi 39 tahun, seakannya, saya pernah se SRK Gelok bersamanya"

Rugi teramat sangat kepada yang gagal menyertai rombongan kami ini!!

Latiff Hariri
0810 18112010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment