Thursday, 9 December 2010

Kayuhan Pertama selepas Ramadhan

Petang Sabtu 4hb ni, saya jadi tak senang duduk, dah terasa badan tak sedap dek kerana kurangnya berdiadah yang berat.

Akhirnya , setelah berehat sepanjang hampir 3 bulan lebih, saya mulakan semula aktiviti kegemaran saya ni. Awalnya mahu ke Pantai Merdeka, naik bot seberang ke Tg Dawai, dan minta Aqilah datang 'pick-up' kami di Tg dawai sahaja. Maknanya separuh jalan balik naik keretalah. Tapi, fikir fikir, teringat pada kawan ni, terus ke Kepala Batas, untuk minum petang bersama.


Baru 14km, dah pancit, sebab lama tak berkayuh, tak kan ikut 90km/jam tu!


Yang saya suka Kedah ni, Sawah luas saujana mata memandang

Kehijauan sawah bendang, memang menyihatkan mata dan minda

Dulu, mungkin waktu Jepun, satu satu permatang mungkin di jual dengan harga RM3.00

Melapasi Jambatan Merdeka pada minit ke 70 , terus barkayuh hingga memasuki Pekan Kepala Batas.

Wan dah menanti disini.

Pekena sorang sepinggan Cucur udang, dan dua gelas teh o panas dan limau suam

Rehat dgn Wan dalam 20 minit sahaja, dan kami berpatah balik ke Sungai Petani.

Sungai Muda yang sedang dilebarkan, bagi membasmi banjir.

Saya di Jambatam Merdeka 1957 arah Utara, sedangkan yang dibelakang Jambatam Merdeka 2010 arau Selatan.

Izzuddin di Jambatan Merdeka 1957 arah Utara.








Ini kayuhan pertama selepas dari Ramadhan yang lalu, hahaha. 40km tu!

Ya, saya tak berkayuh sejak mejak ni, memamg stamina dah kurang, tapi saya dan Izzuddin gagahi jugak, tapi yang seronoknya, ramai yang beri kata kata perangsang supaya teruskan aktiviti sihat ini.

Sampai rumah tepat Azan Maghrib

Latiff Hariri
0744mlm 09122010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment