Thursday, 9 December 2010

IKAN JENAHAK BAKAR, SIAKAP 3RASA D' TG DAWAI

27112010

Nak atur meja , oleh pelayan pelayan adik Mat, Tuan punya gerai Mak Anjang ni, senang aje,tapi, nak aturkan pukul berapa kawan kawan boleh sampai, ini yang kena susun supaya, makanan tersedia masih panas, dan tiada yang terlepas kepanasan hidangan.

Wan yang mengepalai Gang Bujang, seawal jam 8 mlm sudah di Gerai, sedangkan Abang Man Faridah baru melepasi Bukit Tambun. Jenuh menunggu, nama pun gang bujang, tentu dah lapar tu!! Haahaa

Kami yang di SP pulak yang terlewat, sedangkan Abg Man Faridah dan Asri Jamilah sudah menunggu di simpang pekan Semeling. Kami bergerak jam 900mlm, dengan diekori Awi sekeluarga.


Zul & Nasir di belakang.











Abang Man dan Asri pekena sebatang rokok dulu sementara menanti kahadiran kami.


















Bersalaman di tepi jalan raya aje, sebagai tanda bertemu kembali.










Zaharah bertemu semula dengan Kak Dah di Semeling.

Sedangkan Wan, fazrin dan Hisham jadi Tuan Rumah menyambut kami di Tg Dawai.
























Asri dan zawawi baru sempat nak bersalaman dan berpelukan di Gerai Mak Anjang,kat simpang Semeling tadi tak sempat .













Zaharah dan Roziah bertukar lapuran.





Majlis makan malam hanya bermula menghampiri jam 10 malam.

Dimulakan doa oleh Rodz......

Semuanya 6 meja untuk 23 orang.




Anak anak duduk semeja, supaya mudah mak bapak nak bergebang.



Kira Haikal sapu tangan dengan
lengan ni, teramat powerlah
makanan malam ini














Wan dan gang bujang di meja hujung hadapan. Hisham beri isyarat bagus, sedap sangat lah tu kan?
Haaa, dah mula nak gelak dah, asal duduk semeja aje, mesti ada kisah nak diceritakan.

Kan , bila dah kenyang, macam macam nak cerita, budak budak pun dah pandai nak bergebang jugak.


Saya perhati seakan tiada hentinya topik yang kami perbualkan, lalu saya arahkan anak sulong, Noor Aqilah, supaya membawa adik adik semua ke pekan Tg Dawai dan persekitaran, supaya mereka tidak kebosanan menunggu orang orang tua nak bersembang.

Mereka hanya melepak di jeti Tanjung Dawai, melihat orang awam memancing dan dari kejauhan Pantai Merdeka

Dua anak teruna Latiff dan Zawawi, dan terjenguk di belakang Adam










Tepat jam 12mlm, gang bujang minta diri dulu. Pelik?! Kami yang berkelamin ni sambung lagi macam biasa......

Akhirnya jam 1230 , Asri angkat tangan mengaku kalah, katanya harus pulang kerana esoknya Jamilah kerja dan beliau mahu ke Baling disebelah pagi.

Saya setuju aje, sebab mengenangkan Zawawi pun akan terbang ke KL jam 9 pagi melalui Pulau Pinang.
Kenangan Malam di Tanjung dawai, Keluarga Zawawi Zaharah, Yamin Faridah, Asri Jamilah dan Roziah latiff, dinihari 28112010


Haaa, anak anak pun dah tahu cara bersalaman emak mereka

Kami meninggalkan Pekan Tg Dawai melepasi jam 1245 dan hanya sampai kerumah selepas jam 1 pagi. Faridah, abang Man dan saya sambung bersembang sambil menonton slide reunion hingga ke jam 3 pagi!

Esok dah nak ucap selamat jalan kepada Zawawi sekeluarga


Saya tetap katakan , majlis makan malam ini, masih belum dapat menandingi Majlis Makan Makan di Kem Pakit tu!

Latiff hariri
1034 pg 06122010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment