Sunday, 12 December 2010

Pagi Malam Berpisah

28112010

Saya terbabas pagi ni. Tergesa gesa hidupkan enjin, dan terdengar dek Izzuddin, dia pun mahu ikut.

Sempat bungkus 10 kpg roti canai, 10 nasi lemak dan 20 kuih muih untuk sarapan pagi.

Ke kem Lapangan Terbang. Awi sedang bersiap. Sedih dan sayu pulak tengok babak ini, saya kaleh pandangan kat tempat lain, kamera Izzuddin yang fokus.

Fareed Zahin Zawawi pun sayu jugak melihat detik perpisahan ini
Fatin Zafirah dipeluk erat Ayah
Dihantar pulang untuk menaiki pesawat dari Pulau Pinang-KL-Kuching

Saya terus pulang kerumah, bersiap untuk sarapan pagi.

Zaharah sekeluarga tiba seawal 810pagi, Kak Dah dan abang man terbabas lagi... hahaha.

Acara sarapan bermula 830 pagi, tak sangka sedap pulak nasi lemak bungkus ni.


Faridah jadi Tuan rumah la pulak, Roziah didapur
Haaa, dah bulih dah, ni ikut dialect Leggow ni, bulih, bukan boleh. Semua pekena nasi lemak dulu.
Bercerita sambil beersarapan, sekejap aje pun, seawal 900 pagi Zaharah dah minta diri.

Yalah, jauh tu, ke Kuantan memandu, nasib baik ada anak buah Zawawi yang turut serta dari kem Kuantan membantu pemanduan sekeluarga ini.
Ok, satu pos tanpa Zawawi di rumah kami 28112010
Selamat Tinggal dari Fatin Zafirah

Kami sambung perhabis kuih muih dimeja.

Abang Man dah mula menyuruh Kak Dah bersiap untuk pulang ke Ipoh, padahal kalau dia nak kelik Ipoh, boleh bersaing dengan Zaharah tadi, tapi Haikal dan Adam masih lena. Saya
cadangkan , berjalan jalan sekitar Sungai Petani sahaja, mereka membisu. Macam anak dara tu, tanda setuju.

Jadi, saya segerakan gerakan, seawal 1020 pagi kami dah bergerak ke destinasi pertama, Gurun. Gurun dalam 25 km dari Sungai Petani, ke arah utara.

Gurun - Gunung Jerai dalam 12 km aje.

Jam 12 kami disini.
Haikal malu malu depan kamera
Cek dan survey dahulu sebelum nak dapat lokasi cantik. Kabus tebal tengahari ni
Kelihatan bendang terbuka melalui tingkap kabus tu
Hutan simpan atas gunung
Cantikkan?
Macam kat mana ek? Oversea? Kashmir? atau Maxwell? Kami duduk di padang ni hingga ke jam 2 ptg, tak sedar, kerana udara dingin seolah baru jam 11 pagi.
Haaa, sambung makan kat tepi hentian ni, sedap pulak bila kedinginan ni
Keindahan hutan simpan berhampiran Muzium Hutan, Gunung Jerai

Menyusur menuruni Gunung Jerai, mula terasa lapar.

Kami terus ke utara, ke pekan Guar Chempedak, dan membelok ke barat mengarah ke Yan.

Fikir punya fikir, akhirnya saya ke Pekan Yan Besar, ada pantai yang dinamakan Pantai Murni. Di situ ada Food Court mengadap laut

Kami di sini pun dah melebihi jam 230 ptg.

Pesan makanan goreng gorengan sahaja, sebab mudah.

Bergerak ke arah pantai, palig tepat, ke Tg Dawai lagi, beli ikan masin pulak.
Malam tadi makan makan dah agak lewat, banyak gerai ikan masin yang dah tutup jam 1 pagi.



Patah balik ke Sungai Petani, dah melepasi jam 4 petang pun, kununnya nak rehat sekejap dan mandi mandi segarkan badan, tapi.....

Abang Man lena hingga jam 830malam.

Makan malam dahulu.
Hujan renyai renyai, berlari anak memasuki kenderaan
Keluarga Abang Man Faridah hanya bergerak melepasi jam 10malam, punya lah lama mereka berfikir bila nak pulang, sejak dari pagi tadi.

Bukan apa, hanya mereka berdua yang tahu mengapa susah nak tinggalkan rumah ini, hehehe.

Tapat satu episod panjang diantara Kem Pakit/Ipoh/Georgetown/Sungai Petani ni.

Tunggu ajelah episod selanjutnya dalam siri lain

Latiff Hariri
1751 12122010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment