Selain dari berbasikal pada Sabtu, hari Ahad dan Isnin hanya melepak dirumah sahaja.
Petang Isnin baru saya buat keputusan bawa 'perut' berjalan jalan.
Bergerak jam 6 ptg, menghala ke Kulim, guna laluan lama, dan kami tiba di simpang Sumpitan 810mlm.
Hujan sepanjang jalan, berhenti di depan rumah sahabat saya ni untuk rakamkan foto dan FBkan kepada beliau.
Restoran Budiman tutup, hari tu makan kerabu sotong dgn abang Man Faridah, dibelanja oleh Hasan Basri, membuat saya kesini lagi, tapi hampa.
Akhirnya cek in ke Rumah Rehat, dan makan malam saorang dua pinggan makanan. Terkejut pelayan Rumah rehat tu.
Maaf , saya tak memberi salam kepapa Tok Penghulu Hasan, Pengerusi Manan dan JuruCakap Yasin.
Pagi Awal Muharam dah bergerak ke Kuak mencari gerai jual ikan , tapi, Lebai Malang, gerai tutup. Masih tak hampa, terus ke Pasar Lenggong, untung jugak, ada lagi baki 2.1kg untuk saya borong kesemuanya.
Sarapan di Restoran Din, EX-SRJK 1975 tu. Memang sedap roti canai dia!! Saya tak perasan dia, dia yang tegur saya, dan dapat makanan free pagi ni dari Din.
Bergerak ke rumah Shamsiah Ahmad, Bukit Nangka.
Emak tak seceria dahulu, tapi dia masih semangat mahu pulihkan diri, itu yang meyakinkan saya yang Emak Shamsiah akan pulih walaupun mengambil masa yang panjang
Kami bergerak ke pekan Lenggong dari rumah Shamsiah pukul 9 pagi, masih hujan sejak dari malam
Kami bergerak ke pekan Lenggong dari rumah Shamsiah pukul 9 pagi, masih hujan sejak dari malam
Ini laluan saya dan abang, berjalan kaki masa darjah 2 ke sekolah
Pulang ke Rumah Rehat untuk Cek-out, dan ke rumah Asri untuk mengambil ikan lome pekasam yang dipesan melalui Pakcik Mohamad.
Ayah Asri ni ceria sungguh.
Kereta 'ramai' diluar, tapi mana anak cucu beliau?
Pulang ke Rumah Rehat untuk Cek-out, dan ke rumah Asri untuk mengambil ikan lome pekasam yang dipesan melalui Pakcik Mohamad.
Ayah Asri ni ceria sungguh.
Kereta 'ramai' diluar, tapi mana anak cucu beliau?
Bersembang sekejap bertanya khabar....
Sambil berdiri didepan rumah, kami sudah memasuki kereta, Pakcik Mohamad sempat mendoakan kami sekeluarga. Sepontan ketawa, bila perasan aksi beliau dirakam!!
Kami bergerak ke simpang Kota Tampan, mneziarhi Chu, pangkat emak saudara jauh kepada Roziah ni.
Asalnya orang seberang Perai, tetapi berhijrah ke Lenggong seawal tahun 50-60an dahulu.
Di hadapan rumah Chu, berhampiran simpang Kota Tampan, Kg Banggol Batu? Saya pulak kurang perasan
Keindahan Tasek Raban dari atas R&R
Keindahan Tasek Raban dari atas R&R
Kami mengarah ke arah Ipoh, lewat Kati-Enggor-Sg Siput-Chemor.
Bersms dgn abang Man, minta dipanaskan kuali kerana dirancang tiba waktu makan, jam 1240 tengahari.
Tapi kami sampai awal 20 minit.
Perut masih kenyang sebenarnya.
Latiff Hariri
1830 12122010
Sungai Petani
salam. bukit nangka , lenggong ni kampong saya... selang beberape rumah dr surau kampung bukit nangka.. :)
ReplyDeleteyes, lenggong daerah kenangan saya, sejak 1968 hingga kini. salam
ReplyDelete