Monday, 6 December 2010

LOME GORENG PENGHALANG RUMAH REHAT

21112010

Entah kenapa, saya keberatan untuk bermakan malam bersama rakan rakan SMDA ni.

Mungkin juga tak cukup tidur, keletihan, dan juga, misi saya hanya kepada Reunion, bukan untuk acara malamnya.

Di rumah Asri, ayahanda sudah bersiap untuk ke surau bermaghrib. Kami baru masuk rumah, melepak diruang tamu, sambung cerita.(Bagus sangat waktu maghrib bergebang!!)

Soarang saorang beratur masuk ke kamar mandi. Asri dah excited, dia kata makan sini aje. Saya sokong, minta Asri goreng kesemua ikan lome yang sekilo tu, serta dua ekor talapia. Saya dah tahu sebab seawal pagi, Asri dah berjanji nak belikan saya untuk ole ole balik ke Sungai Petani.

Menggigil jugak mandi airkolah rumah Asri ni.



Selesai semua, kami berlawak jenaka dengan ayah Asri ni. Pakcik ni memang kaki melawak, kena pulak dengan Abang Man dan Faridah yang suka menyakat. Saya kontrol ketawa dengan hanya tersenyum. Lebih berminat nak ber on-line dengan Zawawi.

Dapat sepatah dua berbicara dalam FB, bila makan malam mula terhidang di ruang tamu ni. Terhenti seketika dari berFB dengan Awi, tak tahan....




Ulam ulaman, sambal belacan, ikan goreng lome dan talapia, ikan pekasam....
Daging masak hitam pulak kiriman sesaorang kepada Faridah, semua jadi rezeki kami malam ini.

Tak sedar dah, 2-3 kali Manan menalipon. saya bertambah 2 kali, Izzuddin 3, dan seakan akan Abang man dan Pakcik Mohamad tak mahu berhenti, walaupun berlaukkan sambal belacan dan ulaman sahaja.

Beri makan hantu agaknya, hingga Faridah meminta kain hitam, untuk dirimbas mereka berdua ni, ketawa besar pakcik Mokhtar!!





Selesai makan, duduk menyandar, mula lah malas untuk bergerak, tetapi dipujuk Asri dan Abang Man, akhirnya, jam 915mlm kami bergerak.

Puas makan malam ni, kira 'cover' tak makan nasi siang tadi.

Kami bertiga sepakat, tak perlu bergaya, memadai berkain pelikat sahaja, rilex sikit, aircon boleh masuk.

Sampai di Rumah Rehat, bebudak melepak perhati aje pakcik pakcik ni berkain pelekat masuk. Ketawa gang SMDA 1981 melihat kami bertiga. Bermacam macam telahan dan usikan yang kami terima, riuh rendah, hingga anak anak muda disekitar meja kami tertoleh toleh, melihat gelagat orang tua bergebang .

Semua dah tahu yang kami makan malam di rumah Asri, sebab itu jual mahal, tak mahu datang.



Mereka sambung reunion petang tadi.


















Boleh habis ke tu, Joe?!



Seronoknya bila melihat Dr Ro dikelilingi kumbang kumbang SMDA ni!


Regavan rakan SRJK saya, sayang dia tak mengingati saya mahupun Roziah

Gebang punya gebang hingga ke jam 1045 mlm, ada saja nak disakatkan, yalah, 30 tahun punya kisah

Latiff, Asri, Regavan dan Abang Man, gang kain sarung

Menjelang jam 1050 kami memohon berundur, pukul berapa nak sampai SP ni? Walaupun ramai yang mencadangkan kami bermalam di rumah rehat ni, tapi saya lebih puas nak berbantalkan tilam sendiri dirumah.

Bergerak tepas jam 11 malam, saya 'target'kan jam 1 harus sampai SP.

Dan ternyata, tepat jam 1 pagi saya sudah berada dalam rumah saya.

Macam mimpi, punyalah kalut nak hadiri majlis ini, dalam sekelip mata, sudah jadi kenangan.

Terima kasih kesemua Mantan Guru SMDA, Pengetua terkini , dan rakan rakan SMDA yang baru saya kenali, mahupun lewat FB, serta tidak dilupakan mereka yang tidak hadir , tetapi tetap hadirkan dana untuk majlis ini.

Latiff Hariri
1104mlm 06122010
Rumah Rehat Lenggong

No comments:

Post a Comment