Tuesday, 7 December 2010

Majlis BBQ d'Kem Lapangan Terbang

26112010

Ingatkan di Kem Pakit yang pertama dan terakhir, rupanya ada pula peluang berkenalan dengan Pegawai Memerintah Kem Lapangan Terbang, di sungai Petani ni.
Ada juga sesekali saya memasuki Kem ini atas tujuan kerja, tetapi , tak tahu dan tak mengenali siapa bos nombor satu disini.

Awi jugak yang memungkinkan semua ini.....


Tu diaaaa, tergolek kambing tu

Janjinya harus berada di Kem Lapangan Terbang jam 830 malam, kami terlewat 5 minit. Di rumah menanti kunjung kak Ainal , yang juga kenalan kepada Zawawi dan warga Lenggow sejati. Dia kecek Leggow sebijik.

Tiada masaalah memasuki Kem ini, sebelum ini, waktu saya berurusan kerja disini, kena tinggalkan kad pengenalan di pops kawalan.

Saya kira , kami yang terakhir sampai, dam majlis dimulakan 10 mint kemudian.

Dah suruh dia duduk dengan rakan seangkatan dia, dia tak mahu, nak duduk dengan saya jugak

Makan , sembang, tambah makan, sembang, dengar anak anak muda ber'karoeke, befoto, itu aje acara malam ini. Lebih kepada rakan rakan ATM Zawawi yang sama sama memulakan karier awal mereka di Kem Lapangan Terbang. Mungkin juga seawal Leftenan Muda mahu pun Leftenan. Kira Zawawi dan Dr zaharah mulakan rumahtangga mereka disinilah jugak!


Dah Kenyang kami beralih meja dengan isteri isterilah pulak

Tuan Pegawai Memrintah Kem Lapangan Terbang pastikan kami puas menjamu selera

Disajikan nyanyian oleh Fatin Zafirah Zawawi

Kenangan bersama di Kem Sungai Petani, hampir 20 tahun kemudiannya....



Orang Orang Kuat ATM yang pernah mewarnai Kem lapangan Terbang di awal remaja mereka.

Izzuddin bersama Pegawai No 1 Kem Lapangan Terbang







Yang Memerintah di dapur
Adik yang junior 11 tahun, kini sama sama Memerintah RAMD 19 dan RAMD 13. Tahniah anak bangsa!!!!!

Akhir majlis jam 1140 malam. Saya sekeluarga bergerak ke hentian bas Sungai Petani, menghantar Kak Ainal yang mahu ke Kuala Lumpur , ziarahi anak beliau di sana.

Esok dah janji dengan Awi, minum petang dirumah serta jamuan makan malam di Tanjung Dawai.


Latiff Hariri
1000pg 07122010
Rumah Rehat Lenggong

No comments:

Post a Comment