Monday, 3 January 2011

Hujung Minggu 26122010

26122010

Kami bergerak keluar dari Nilai sekitar pukul 1 tengahari dan tiba di Kuala Lumpur menghampiri jam 2 petang. Hati saya masih berdolak dalik samaada mahu ketengah kota atau tidak. Sebenarnya malas nak berebut dengan kesesakan jalanraya ni.

Syukur tiada kesesakan sepanjang ke Jalan Tunku Abdul Rahman ni, dan saya memakir kenderaan di bawah Kompleks Pertama.

Ini tujuan yang tertunda minggu lalu.

Mencari "Flash" kamera.


Ok, kedai ni harganya patut dan layanan lepas jualannya, serta sebelum jualannya bagus.

Bagi melengkapkan aksi malam dan siang supaya lebih jelas

Ini acaranya , sambil menyelam minum air bila bertandang ke Kuala Lumpur. Bukan tiada peralatan kamera ni di Sungai Petani, lebih kepada harga yang kompetetiv dan layanan sebelum dan selepas jualan, yang terdapat di Kompleks Pertama ini.

Dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani petang Ahad ni pun, ada rakan yang bersms, bertanya mengapa tak singgah dahulu sebelum pulang. Terima Kasih daun keladi lah, ada masa pasti saya datang lagi.

Ini penutup acara jalan jalan sepanjang tahun 2010




Latiff Hariri
0640 01012011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment