Saturday, 1 January 2011

Minggu ke3 di Al-Rawsha

25122010

Memandu malam dalam hujan renyai ni agak merbahaya.

Saya terpaksa cepatkan pemanduan gara gara tak mahu abang saya menunggu lama di Al-Rawsha..

Kami memasuki Al -Rawsha melepasi pukul 830malam. Sudah menanta Rahman dan isteri Sarah, serta Akmal Hariri, anak bongsu Rahman.

Makanan dipesan, sepinggan besar Nasi Mogul Kambing, dan dua pinggan biasa Nasi mande kambing dan Ayam.

Rahman dan saya beza usia setahun sahaja, juga bekas pelajar SRJK(I) Lenggong, SRKE VII-1 Taiping dan MRSM Kota Bharu, Kelantan.

Kami tak tunggu lama , kerana persediaan makanan disini begitu cekap.

Nasi Mogul Kambing

Terus menjamah, kerana teramat lapar. Dah 3 minggu berturut turut kami disini

Entahlah, kami tak pernah jemu makan nasi Arab ni

Bergerak pulang ke Bandar Tun Hussein Onn menghampiri pukul 10 malam.

Saya menghubung Osman yang jugak warga BTHO, dimintanya saya tunggu hingga selesai beliau bertandang dari Langat. Maka bersembang sambil ber-on-linelah saya dengan Rahman sementara menanti Osman

Osman hanya muncul sekitar 1130 malam, dan kami bertiga melepak di Restoran Beriayani Johor di BTHO hingga ke pukul 1230 pagi. Berkisah suasana Negara terkini serta risiko ditempat kerja masing masing. Saya dan Osman memang sering bertemu disetiap kelapangan.
Walaupun dia Orang Muar, dan saya Taiping, kepala kami ngam.

Tidur malam ni melepasi pukul 130 pagi.



Osman junior saya setahu, bekas pelajar Muar Hi-School, dah melebihi 20 tahun persahabatan ini.


Latiff Hariri
0707pm 31122010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment