Thursday, 20 January 2011

Malam/Subuh Perpisahan 02012011

Saya sekeluarga memang suka tetamu hadir ke Sungai Petani ni, tak kiralah, bermalam di rumah saya atau di luar, yang penting ada yang sudi datang.

Selesai acara makan laksa/mihun sup bersawa Zawawi petang 1 Januari tu, di sebelah malamnya, tetap saya fikirkan sesuatu supaya ada aktiviti. Zawawi sibuk dengan acara BBQ di Kem Lapangan Terbang, sedangkan Kapt Firdaus bebas di luar. Selesai beliau makan malam, saya pun mengajak untuk keluar 'supper' pulak. Memang dah berjanji dengan beliau pun, kali ni di bandar Sungai Petani aje

Kali ini rakan baik saya, Wan sekeluarga turut meraikan Kapt Firdaus suami isteri
Acara supper tamat jam 1115 malam. Wan mengarah ke Pinang Tunggal, Kapt Firdaus ke Hotel Swiss Inn, dan saya mengarah ke Teratai Inn--dah.


Baru melepasi Jam Besar Sungai Petani, panggilan masuk.....Awi Lgg

" Tip, hang mai ambik aku kat kem ni, kita pi minum kat restoran depan kem"

Jadi, sambung lagi acara kami malam ini.

Bermacam kisah menarik kenangan HUT ke 34 , 19 RAMD dikongsi bersama, serta kisah kisah lalu di Kem dari bujang hingga kelahiran anak sulong Awi (pun di SP), kisah kenangan di Lenggong serta kisah rakan rakan terkini,

saya dengan Awi ni, tak tahan, ada saja bahan untuk ketawa.

Menghampiri kam 1215, Lt Kol Fazal pulak menalipon Zawawi, datang lagi saorang rakan ni.
katanya acara BBQ baru tamat, dan baru dia sedar si zawawi melarikan diri lebih awal dari acara tersebut.



Foto Kenangan HUT ke 34 - 19 RAMD sudah tersiap untuk Zawawi bawa pulang ke Sarawak.

Habibah dan Roziah pun turut bergebang tengah malam buta ni

Boleh aje dengan kawan kawan ni, berborak hingga Restoran ditutup pun, kami masih duduk bersembang. Towkay restoran tak kisah pulak tu.

Akhirnya, tirai dilabuh sekitar pukul 145 pagi. Esok Ahad, rilex bagi saya, tidak kepada Roziah dan Habibah yang akan bekerja, dan Zawawi yang akan terbang dari Pulau Pinang-Kuala Lumpur-Kuching.

Terima Kasih Awi dan Fazal.


Latiff Hariri
2136 170111
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment