Thursday, 20 January 2011

Nilai Sebuah Persahabatan-Azmi Abu Kassim

Saya tertarik dengan isu ini yang saya petik sedikit dari penulisan saorang Ulamak ini.

Kesimpulannya, nilai sebuah persahabatan . Katakanlah persahabatan itu disamakan dengan nilai Ringgit. Kita punyai RM yang kita simpan didalam rumah, mungkin dengan cara dahulu kala, tanpa menyimpan di dalam bank. Sedikit di bawah bantal, di dalam laci bilik, dibawah tilam dan sebagainya. Ok, katakanlah, setiap ikatan duit kertas itu bernilai RM10,000.00 tersorok disetiap penjuru rumah kita

Tiba tiba , salah satu ikatan RM yang kita simpan itu hilang. Apa perasaan kita diwaktu itu?
Rugi, sedih, kecewa, tiada selera makan dsbnya. Dan kita terpaksa berusaha keras mencari, atau mencari gantinya RM10,000.00 . Kalaulah kita begitu pada setiap kali kehilangan saorang sahabat ni.

Begitulah jadinya pada sebuah persahabatan, bukan dinilai setiap sahabat itu bernilai RM10,000.00, ini hanya andaian. Kita boleh mencari RM10,000.00, simpan berapa bulan gaji baru dapat RM10,000.00 . Tetapi tidak kepada sebuah persahabatan. Pernah tak terfikir, dari 7 kelas terakhir kita di Tingkatan 5 dahulu, yang jumlah pelajarnya melebihi 300 orang tu, berapa ramai yang masih bersahabat dengan kita?

Petang 20 hb Januari ni, kami bertemu lagi, kali ini di Sungai Petani. Yang pertama hadir ialah Pak Lan dan Hashim, diikuti oleh Badrul dan Zamri. Yang saya nampak kumpulan terakhir sampai ialah Raja Anuar, Wizan, Nazir dan Dollah. Diikuti saya dan Izzuddin sebagai tuan rumah.
Syukur masih ada kesempatan untuk bersua muka di bumi fana ini pada detik ke 47 tahun ini.

"Haaa, tu Latif dah sampai." Pak Lan memberi respon sepontan bila mamat yang terjauh ini sampai. Yang lain lain masih melayan gebang petang.
Ya, semua mendengar kisah 'kejahatan' mereka bertiga ni, Hashim, Wizan dan Raja Anuar. Yang lain, baik baik belaka.

Kehangat petang itu menjadi jadi bila kisah 30 tahun lalu diulang setiap kali berjumpa. Sekadar saorang segelas teh dan kopi, sedang Raja Anuar dah mula dengan sepinggan nasi kandar, Nazir dan Wizan pekena roti canai.

Kami bergerak ke arah rumah abang kepada rakan kita ni, Azmi Abu Kassim sekitar 530 petang

Saya sering kesini, tapi keadaan rumah yang sama bentuknya, membuatkan saya sering terbabas


Anak anak nakal OE 1981

Azmi menjengok dari pintu bersalaman dengan Pak Lan, semua teruja untuk memperkenalkan diri kepada Azmi Abu Kassim

Semua tertumpu kepada Hashim. Dia punya banyak 'akai' tentang memberi nama gelaran kepada setiap rakan OE 1981 ni terutama yang dari Rancangan Khas Saya terkedu mendengar pengakuan ikhlas Azmi Abu Kassim, yang tiada mendapat bantuan dari sesiapa untuk kos perubatan beliau. sesuatu harus dilakukan oleh rakan rakan OE 1981
Pak Lan @ Roslan Abdul Rahman, sebagai orang kuat asrama, harus membuka jalan supaya ada hati hati ikhlas lagi suci, membantu meringan beban rakan kita ni

Wizan, salah saorang rakan yang aktif , dan mempunyai ramai pengikut gara gara PRnya yang bagus, merupakan orang terkanan didalam OE 1981 ni
Dollah pula menunjukkan skill beliau dalam cara cara menghidang makanan, ya lah dah 30 tahun berkecimpung didalam UITM tu.

Kenangan petang Khamis 20012010 @ 15 Safar 1432 di Sejati Indah, Sungai Petani

Selesai sesi fotografi, kami memohon diri......


Eh, belum habis minum Ke?

Iya, Kakak si Azmi ni beria tambah air milo ais pulak bersama kek belated birthday untuk adik nya, Azmi Abu Kassim pada 10 Januari lalu, dah 47 umur abang kita ni!!
Tahniah Azmek! Terima kasih kepada tuan rumah yg begitu beria melayan kami.
Pelukan pertama selepas 30 tahun dari setiap rakan rakan OE 1981, tandanya yang Azmi tidak pernah dilupai dan sentiasa di cari.....



Semua perasan tak? Hashim yang masih tak besar besar
Masuk Dollah yang keempat bersalaman, Azmi dah terduduk. Sekarang, saya harap sangat, rakan rakan memahami keadaan sebenar Azmi kita ni.

Lihatlah, Azmi memang tiada kederat dan tidak setabil untuk berdiri lama.
Yang malas menulis, si Raja Anuar, diikuti Dollah, Badrul dan Zamri, Cameraman saya pun tumpang sekaki. List nombor ni sebenarnya untuk si Azmi, yang lain lain tumpang ambil foto. saya siap simpan dalam blog lagi.
"Korang kuar terus ke depan tu, ada simpang masuk kiri, then kat kanan ada surau untuk Asar...." itu arahan dari GPS saya.

Salaman dan pelukan perpisahan , satu permulaan yang baik untuk 2011 ni
Nazir rakan seminang saya ni, aktif juga dalam merapatkan silaturrahim, itu semestinya bagi yang berdarah Bukit Tinggi/Padang ni.

Saya nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TERAMAT kepada Abang dan Kakak Ipar Azmi, yang sudi menerima kehadiran kami, tidak lupa kepada AZMI ABU KASSIM, yang dalam kekurangan begitu ssabar melayan kami. Kami sentiasa mengingati anda dan doakan kesihatan selalu disisi anda.

Juga kepada Roslan Abdul Rahman yang datang dari Kuala Lumpur semata mata mahu menerajui pertemuan semula ini. Yang kedua jauh Raja Anuar Zalehan Shah dari Selama, diikuti Nazir Nawar dari Parit Buntar, Abdullah Hemdi dari Nibong Tebal, Hashim Ismail dari Pulau Pinang, Wizan Thani dan Badrul Hisham Hasanuddin dari Kulim, dan yang terakhir dekat Zamri Omar dari Kepala Batas.

Kesemuanya 10 rakan OE 1981 yang hadir.

Kalau dinilaikan dengan RM10,000 diawal pembukaan penulisan ini, nilainya dah mencecah RM100,000.00 . Besar tu!! Tapi, bolehkah nilai persahabatan yang berusia melebihi 35 tahun ini, disamakan dengan ringgit?

Moga ada yang sudi memanjangkan sillaturrahim ini.




Semua dalam ingatan saya.....


Latiff Hariri
2240mlm 20012011 @ 15 Safar 1432 Hijrah
Sungai Petani

4 comments:

  1. Moga Allah memberkati persahabatan kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nassir, Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. Persahabatan yang terbina sejak di bangku sekolah..takala kita bukan siapa2..takala tidur berkongsi bantai,makan berkongsi pinggan, minum berkongsi gelas..kdg2 rokok berkongsi batang serta kenakalan yang tiada batasan. Mengimbau kembali kisah suka dan duka, ianya menjadi nostalgia yang tak mungkin dapat dilupakan. Hari ini dalam kita mengecapi kejayaan dalam kerjaya, kebahagiaan dalam keluarga ada sahabat yang duka dan tak senasib kita ..dan secara tiba-tiba kita diselibungi kesedihan dan kedukaan. Jauh disudut hati tersemat doa dan harapan agar sahabat ku pulih kembali... Itu lah nilai sebuah persabahatan sejati ..tiada nokhta dan kekal abadi.

    ReplyDelete
  4. T Kasih Raja Anuar, benar apa yg anda katakan itu

    ReplyDelete