Saturday, 22 January 2011

Ruginya Awal Muharram ini

Memang seronok kalau kita dapat usahakan tanaman dan mengecap hasil dari titik peluh sendiri. Tapi, dah lebih 16 tahun, saya tak pernah merasa hasil titik peluh sendiri kecuali buah pisang dan durian yang sedia ada di dalam hutan ini. Bila melepasi bendang kami ini. (nama aje bendang kami, tapi orang kampung yang usahakan) terasa kedamaiannya, dengan lentuk liuk padi yang dah masak.

Ramai jugak rakan yang suruh saya usahakan sendiri bersawah bendang ni, tapi, "Engko gilo apo?" Jawab saya. Mana saya nak letak majikan saya tu?



Puas mata memandang semerah padi ni

Jumaat 9 safar 1432/14012011

Sepanjang merehatkan diri dari beraktif didalam blog ni, ada juga yg bertanya, kenapa tak ada kisah aktiviti mingguan di Masjid sempena hari Jumaat. Nak kata apa ya...., memang selepas isu khutbah Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang tu, suara Khatib2 ni kurang berbisa walaupun ada Khatib jemputan dari luar.

Cuma Khatib terkini yang memulakan Surah Al-Asr, ada memanjangkan ayat tersebut dibarisan pertama , terakhir " Wal-Asr, Innallinsa nalafiKhusriiiiinnnn..... ."

Surat Al-`Aşr (The Declining Day) - سورة العصر

Enlarge Text
Shrink Text
بسم الله الرحمن الرحيم

103:1
Sahih International
By time,
103:2
Sahih International
Indeed, mankind is in loss,
103:3

Baru saya teringat nama sesaorang ini. Moga tiada kerugian kepada Negeri yang saya pangkah setiap kali PRU.

Kita tunggu ajelah pada 24hb ni, sidang DUN , siapa yang suka baling batu, sorok tangan ni.
Senang cakap , siapa yang derhaka dan menjatuhkan maruah Kesultanan.

Khutbah Jumaat.

Apa yang menarik dan terkena batang hidung saya, untuk dikongsi bersama Khatib ni adalah tentang keimanan diri. Kita duk kata kita beriman, tapi bila tok Khatib tanya, dah 39 hari kita berada di Hijrah 1432 ni, dah berapa pagi kita berjemaah subuh di Masjid. Terkedu saya!!
Ingatkan iman kita yang sehalus kulit bawang ni, dah hebat mana.

Ok, kata kata yang menarik sepanjang kebelakangan ini untuk saya kongsi bersama.

"Menteri tua kawin anak dara, Tok Imam dibaham buaya" Khas untuk rakan rakan di Sarawak.Hehehe

Ini pemulaan untuk tahun 2011, dan saya pasti akan bergerak cergas untuk matlamat ke 13 ini.


Latiff Hariri
2021 19012011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment