Tuesday, 15 February 2011

Jalan Malam ke Kuala Lumpur - 09022011

Kalau tanya saya, teruja tak nak bercuti dan berjalan jauh(tak lah jauh mana pun)?
Jawapan saya pasti Ya! Teruja kerana membawa 5 rakan rakan untuk pertamakalinya menjejakkan kaki ke Bumi Minangkabau.

Saya sudah bersedia seawal malam Rabu lagi. Risau kalau ada yang tertinggal, kalau rancangan tak menjadi, bermacam macam.

Sekitar pukul 920malam, saya sudah mula menalipon Mokhtar, Zul dan Nasir supaya datang kerumah untuk nerangkat seawal mungkin, supaya dapat berehat awal di LCCT nanti.

Mereka sampai dalam masa 5 minit siap di teman oleh abang dan anak anak buah mereka lagi, yalah, adik adik nak terbang jauh ni




Setiap saorang hanya satu beg dibenarkan. Sekadar memenuhi bonet belakang

Team dari Sungai Layar bersama baby baby yang melepaskan kami pada malam ini

Kami bergerak seawal pukul 937 malam, sempat saya singgah ke mesin ATM untuk tambahkan belanja saya sekiranya berlaku 'keputusan uang ' di Padang/Bukit Tinggi nanti.

Kami tiba di hadapan Hospital Sebarang Jaya sekitar 1020 malam, menunggu kehadiran Sham dari Seberang jaya, dan Badrul dari Kulim Kedah.

Kami bergerak ke Kuala Lumpur sekitar 1040 malam. Lebuhraya tak sesak, asyik bersembang, terlupa yang minyak kereta harus diisi, nasib baik masih boleh melepasi Sungai Perak untuk kami mengisi segalanya. Rupanya Badrul masih berkuliah sekitar pukul 930mlm tadi, bermakna dia belum makan malam. Kami berhenti di Sungai Perak sekitar pukul 12 malam.

Perjalanan begini memang seronok sekiranya ada rakan rakan yang suka mengusik terutamanya Sham yang suka menyakat , dan kami pun suka sakat dia dan Nasir. Mereka berdua ni , setiap jam harus menghantar lapuran terkini kepada KDN mereka. Nasir kepada bakal KDN dia.
Badrul dan Sham di meja hujung, sedangkan kami disini, sekadar saorang secawan kopi sahaja.

Bergerak semula . Perjalanan lancar dan kami tiba di Bukit Lanjan sekitar 220 pagi. Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan. Yang banyaknya pemeriksaan lalu lintas PDRM disekitar ibu kota, nasib baik jugak saya tak terkena tembakan Had Laju!

Kami tiba di Bandar Tun Hussein Onn sekitar 245 pagi untuk pekena saorang secawak kopi, di rumah Rahman, abang saya. Dia kirimkan ole ole untuk orang Padang dan Bukit Tinggi.
Kerepek dan cekolat kiriman Rahman.

Sekitar 315 pagi kami bergerak ke arah Nilai untuk bertemu anakanda saya. Ada titipan dari emaknya. Berhenti seketika, sebelum bergerak ke arah Salak Tinggi kerumah Zali, adik saya . Yang telah berjanji untuk menghantar kami ke LCCT dan ditinggalkan kereta dirumah beliau.

Kami tiba di LCCT sekitar 5 pagi, mencuci muka dan memberus gigi. Berjalan perlahan untuk 'cek-in' seawal 530 pagi. Semua selesai tanpa ada masaalah.
Zali bersama kami di LCCT.

Kami ke medan makan untuk sarapan sebelum solat subuh sekitar 615 pagi.
Badrul bersama anak anak jiran setaman saya, Zul, Mokhtar dan Nasir

2 Saf penuh untuk subuh 10022011

Sekitar 640 pagi kami berjalan perlahan lahan untuk memasuki boarding room, ya, masih awal, tapi lebih baik awal dari kelam kabut. Saya dah tahu sangat dengan sikap Polis MAB ni, mereka tak mesra dengan tetamu lapangan terbang. No komen, tetapi yang pertamakali berurusan dengan mereka untuk memasuki boarding room, akan tahu ketidakmesraan alam mereka ni. Terkeluar kata kata negatif dari rakan rakan saya yang pertamakali kesini.

Imigresen biasa, tiada masaalah

Nasir punya shampu, lotion adalah dalam 3 botol terpaksa diderma. Saya terlupa nak khabarkan kepada mereka supaya tidak membawa cecair kedalam pesawat. Sia sia aje baru beli dari Watson siang tadi.

Menuruni tangga mengarah ke Boarding Room sekitar pukul 7 pagi selepas pemeriksaan paspot.

Izzuddin dan Zul siap mandi lagi didalam bilik tandas disini. Kira penuh juga flight untuk pagi ini. Kami berenam dapat duduk sebaris sedangkan Badrul yang terlewat membeli tiket duduk berasingan.

Penerbanngan tepat pada waktunya , 755 pagi dan dijangka tiba sekitar pukul 9.(8pg WIB). Tapi kami tiba sekitar 745 pagi, cepat 10 minit. Tak sempat saya mengisi borang kemasukan ke Indonesia, kerana masa yang singkat untuk 7 borang .

Latiff Hariri
1240 MaulidurRasul
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment