Wednesday, 16 February 2011

Sarapan Gado Gado di Siteba 10022011

Perjalanan lancar tiada gangguan di udara. Kata Jurumudi Pesawat cuaca di Padang cerah. Saya tidak berkesempatan untuk menghabiskan 7 borang kedatangan ke Indonesia, terpaksa sambung pengisian sepanjang pesawat berlabuh menghampiri bangunan Bandara.

Badrul sendirian, tiada teman disebelahnya


Sham beri tanda bagus untuk paramugari Airasia.

Saya sudah memberi tips serba sedikit untuk rakan rakan ni, bila berhadapan dengan Imigrasi Indonesia, supaya semuanya berjalan lancar. Harus senyum dan mesra alam bila ditanya. Di Bandara Padang, seingatan saya, tiada yang tak eloknya, semuanya OK, kecuali di Bandara Polonia, Medan. Disini kena hati hati banyak dengan Imigrasi, selain itu kiranya kita menaiki ferry memasuki Dumai dan Medan. Mesti ada masaalah yang direka cipta oleh mereka.

Keluar dari Bandara sekitar 930pg(830WIB). Sudah menanti supir kami, namanya Ad. Dah terpampang nama saya untuk saya kenali beliau. Ini pertamakali saya gunakan khidmat beliau sebagai Supir. Supir saya selalunya di atur oleh kak Yus, tapi kali ini saya minta staff Ambun Suri Hotel yang aturkan

Bandara Minangkabau Padang

Dalam Innova Kijang. Anak teruna di belakang, kami yang dah beranak pinak ni di tengah, sedangkan Izzuddin di depan bersama Ad.

Kira rakan rakan saya ni, terpegun melihat suasana kampung dipinggir kota Padang ni. Kami mengarah ke Siteba, dipinggir Kota Padang untuk sarapan pagi. Ini antara acara wajib setiap kali saya kesini, sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.

Walaupun sering kesini, saya sering tersasar yang mana lorong rumahnya Kak Yus
Akhirnya, pekena saorang secawan teh sebelum dijamu nasi dan gado gado masakan Kak Yus dan menantunya.
Kak Yus melayan rakan rakan saya yang pertamakali berkunjung. Zul dan Mokhtar sudah mengenali Kak Yus sejak tahun 2009/2010 diwaktu Kak Yus berkunjung ke Sungai Petani.

Kak Yus, Ut menantunya, bersama kedua cucu beliau.

Saya sudah beritahu Kak Yus, hanya sekitar setengah jam sahaja disini. Yalah, perjalanan sebenarnya adalah ke Bukit Tinggi, jadi mahu segerakan
Dan kami meminta diri setelah selesai bersarapan, dengan janji untuk bertandang lagi nanti.

Sekitar 11 pagi kami bergerak. Saya sudah cadangkan kepada kesemua rakan supaya menukar simkad HP kepada yang Indoensia supaya lebih murah untuk menghantar lapuran ke KDN masing masing. Saya cadangkan top upnya(disini disebut Pulsa) RP100k, tapi mereka kedekut, sekadar Rp30000 yang mereka pulsakan. Nanti korang tahu lah......

Latiff Hariri
1300 MaulidurRasul
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment