Tuesday, 1 March 2011

Danau Maninjau 12022011

Kami menyusuri lembah dilereng bukit dimana terletaknya lubang Jepun tu. Dari atas kelihatan cantik, bila dibawah, pemandangan biasa sahaja.

Saya pasti, untuk sampai ke Embun Pagi, masa perjalanan adalah melebihi satu jam. Embun Pagi adalah nama perkampungan kecil di atas puncak bukit yang mengelilingi Danau Maninjau. Embun Pagi-Lubuk Basung pernah saya tawan dengan basikal pada tahun 2008.

Setibanya di persimpangan mengarah ke Embun Pagi, kami berhenti seketika disini untuk menyaksikan keindahan alam......
Ini anak sungai yang terakam dari pemandangan atas , dari arah Ngarai Sianok.

Sejuk mata kami memandang keindahan ciptaan Allah ni!!

Badrul terkenang kpd Isteri dan anak anak?

Berebut rebut mengambil foto untuk ingatan

Dari restoran di atas pergunungan, melihat keindahan alam desa di BuKit Tinggi
Mokhtar masih tidak sihat perutnya, gara gara 'melantak' nasi bersambal lado tanpa henti semalam

Pemandangan disisi kanan masjid merah
Saya mencuba jaket kalis peluru ini di bersebelahan restoran. Boleh guna bila ada 'unjuk rasa' di Kuala Lumpur. Ok ni , kalau kena belasah dengan FRU milik pemerintah zalim tu! Hehehe

Anak anak bujang ni jangan ceritalah, setiap perhentian mereka mesti shoping punya


Kami bergerak semula menhampiri pukul 1230 untuk ke Embun Pagi/Maninjau. Ada lagi setengah jam untuk sampai. Boleh dikatakan semua terlena kecuali saya. Yalah, cuaca panas, perut kenyang, perjalanan menyusuri dan menuruni gunung. Sesekali melintasi perkampungan dan masjid.

Tiba di Embun pagi sekitar pukul 1.00 tenghari.

Ternyata rakan rakan saya terpegun melihat keinadahan tasik(Danau Maninjau) yang dikelilingin gunung. Setahu saya, ini adalah kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi. Memang sejuk mata memandang.
Danau Maninjau dari Embun Pagi

Group Merapi dengan pos instimewa untuk dijadikan muka Album lagu terbaru mereka.
Yang berkacamata hitam tu Pengawal Peribadi(tengok lengan dia)

Rumah Gadang ini masih berdiri megah, sepertimana pertamakali saya kesini 11 tahun yang lalu

Menuruni Kelok 44, atau 44 Selekoh, sebelum sampai ke Pekan Kota Maninjau, yang berada ditepian Danau. Sekejap sahaja, tak sampai 15 minit untuk menuruni. Tetapi untuk sampai ke Lubuk Basung harus menuruni gunung lagi.

Danau Maninjau merupakan pusat sumber ikan air tawar yang diekspot ke Singapura/Hong Kong. Juga menjanakan tenaga elektrik untuk Sumatera Barat.

Berselilsih dengan rombongan Bapak Wali Kota Bukit Tinggi yang sedang melakukan lawatan.

Kami teruskan perjalanan menuruni gunung untuk makan tengahari dan solat Zuhur.


Latiff Hariri
1128 27022011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment