Tuesday, 1 March 2011

Makan Tengahari ber'teman'kan Ikan di Lubuk Basung

Kami tiba disini, dipinggir Danau Maninjau ini sekitar pukul 2. Nak kata lapar tu, tidaklah. lebih kepada berhenti rehat/solat sambil menikmati keindahan sungai dan ikan ikan yang begitu sehat dijaga.

Silakan, pilih yang mana satu untuk dijadikan menu tengahari ni


Yang warna merah tu, ambik 3 ekor buat bakar , makanan anak anak Malaysia yang kelaparan ni!

Korang tunggu sat aaa, depa tengah 'sembelih' ikan tu

Tak lama menunggu pun, sekadar 10 minit menanti. Akhirnya tiba nasi, pucuk paku masak lomak, ikan danau bersambal lado dan ikan bakar, sayur kobis masak air . Aduh, dekelilingi ikan dan air sungai, mana boleh tahan ni?
Ha, silakan, mabik nasi sendiri

Nasir kenalah layan sebab lepas ni dia punya giliran 'nek' pelamin. Tengah nak manis ni.

Sham tak elok letak pinggan nasi atas peha tau, orang tua tua kata nanti.....

Mereka tak tengok keliling dah, memang sedap tak terhingga.

Saya boleh habiskan 3 mangkuk pucuk paku untuk hari ni. Tak tahu yang malamnya nanti badan saya masuk angin dan 'berputar putar' seperti berada di atas kapal!!
Makan paling sedap selain dari Nasi Arab di Restoran Yaman antara Jeddah/Madinah yang pernah saya makan, ialah di Padang/Bukit Tinggi

Mereka tak peduli kamera lagi

Yes, nasir. Nak apa lagi? Apa yang tak cukup?

Ikan ada lagi Mokhtar, nak tambah, habag mai la


Memang unik dan menarik. Kekenyangan. Terus ke surau bersebelahan menunaikan Solat, berimamkan Badrul.
Solat Jama'

Surau terletak diantara cabang anak anak sungai.

Ini airnya dari Danau Maninjau, yang mengalir deras selepas diemapangi untuk dijanakan elektriknya

Kami keluar dari sini sekitar jam 3 petang. Kota Lubuk Basung sekitar setengah jam sahaja lagi. Saya dah hafal perjalanan kota ini. Ke rumah Yunides, puteri saorang Kak Yus.

Izzuddin bersama Auntie Yunides dan puteri bongsunya Ahlaqisti Wafuza.

Tak dapat bertemu yang sulong kepada Wafuza, Yuwaffiqiyah Zahrani dan Dzaky Taufiilqulhakim. Kedua duanya sedang hadiri kelas sesi petang. hanya ole ole untuk mereka kiriman abang saya, Rahman.
Badrul dan Zul menanti diluar


Selesai saorang segelas teh, kami begerak menuju Padang. kami melewati kota kecil Tiku, kira kira 25 km dari Lubuk Basung. Untuk rekod, laluan ini sudah saya tawan dengan basikal bersama Izzuddin ditahun 2008

Melapasi Kota Pariaman. Disinilah pusatnya gempa bumi 2009, tetapi kira kira 200km kearah laut Pariaman, tetapi target utama gempa adalah Kota Padang , paling tepat Hotel Ambacang.



Selamat Tinggal Lubuk Basung.

Perjalanan ada lagi dua setengah jam. memang jauh menggunakan laluan ini, tetapi kerana Danau maninjau yang indah, saya tak boleh elakkan.

Rakan rakan semuanya sambung lena, sedangkan saya melayan saorang diri dibelakang. Kami melewati pantai yang berlautkan Lautan Hindi, malangnya tiada pemandangan yang dapat dirakam secara sepontan kerana pantainya terlindung dari jalan raya.


Latff Hariri
0645 28022011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment