Wednesday, 9 March 2011

Free & Easy - Kota Padang 13022011

Sengaja saya minta si Zul membawa mobilnya mengarah ke arah Bukit Padang dan menggunakan Jambatan Siti Nurnaya untuk dirakam foto suasana bangunan lama tinggalan Penjajah Belanda, dan persekitaran pakan lama Cina.


Diatas Jambatan kebanggaan warga Padang, bukan kerana kecantikan atau kelebihan lain sekadar namanya Jambatan Siti Nurbaya

Hotel 5 bintang Ambancang yang musnah sepenuhnya, sedang dibangunkan dengan bagunan baru

Bekas tapak Kantor Wali Kota Padang, yang masih belum dibangunkan semula

Secara perlahan kami memasuki pusat Kota, untuk mencari parkir dan seterusnya ke Restoran Sim pang Raya untuk menjamu selera.

Restoran ini berada disetiap pelusuk Indonesia, istimewa Nasi padang

Bapak Latif memeriksa setiap hidangan , sebelum dijamah tamu tamu istimewa ini serta Kak Yus sekeluarga. Gulai Otak lembu mesti ada tau!

Satay yang masih panas

Setelah pasti semuanya ada untuk ke semua sepuloh tetamu ini, baru saya persilakan.... Bismillah....

Sham, jangan fikir lagi, 'belasah' ajelah, memang sedap pun.

Memang saya paksa setiap rakan rakan ni merasa secubit otak gulai lomak ni. Pada saya rasanya memang superb!!


Ada yang minta air jeruk, air buah semangka dan es pokat.

Hm, ini makanan kami secara rasmi terakhir di Padang. Malam ni makan ala kadar aje di rumah Kak Yus. Saya sudah memintak kak Yus supaya tidak bersusah payah memasak yang istimesa malam ini,

Sebaik selesai, kedengaran Azan Zuhur dimasjid Raya bersebelahan ni. Kak Yus dan anakanda Zul sudah beransur pulang. Saya yang meminta begitu supaya tidak menyusahkan Zul menunggu kami yang mahu mengukur keluasan toko toko di sekitar pasar Padang ni.

Semua ke masjid besebelajan kecuali saya dan Izzuddin yang bersolat didalam surau Restoran Simpang Raya .

Di Indonesia, Masjid di gunakan sepenuhnya sebagai pusat Ibadat , ekonomi dan kemudahan Ummah. Solatnya di dewan tingkat atas, sedangkan dibawah dijadikan toko toko perniagaan , supaya mendatangkan pendapatan kepada pehak Masjid.

Masjid raya Taqwa Kota Padang

Selesai solat, kami memasuki butik untuk dibeli kain . Katanya , anak anak bujang ni, emak mereka yang kirim minta dibelikan, saya ya kan ajelah. Padahal tahu, awek mereka yang minta dibelikan ole ole ini. betul tak Nasir, Tart & Zul?


Sham dan Zul tak nak beli, sebab mereka belum ada awek?

Selesai disini, kami keseberang jalan berhampiran. Sebelum tu, sempat saya menukar RM kepada Rupiah untuk buat belanja disaat akhir ini.

Seperti biasa, 2 karton kain pelekat cap Gajah Duduk menjadi belian saya untuk saya ole olekan kepada jiran dan tetamu tetamu yang bernasib baik, bila mereka bertandang kerumah saya nanti. Sementara stok masih ada.....

Di toko ini sahaja, saya anggarkan , kami membeli 5 karton sarung pelekat dan batik, bermaknanya ada 50 helai . Pandai pandailah menjawab kalau kena tahan dengan Kastam nanti.


Didalam bazar bersebelahan Pasar Kota Padang. Ada yang kata di Bukit Tinggi lebih murah, ada yang kata disini lebih murah. Pada saya, sendiri mesti pandai menawar.

Memang berbahang bila membeli belah didalam bazar ni. Kami keluar untuk pekena saorang segelas air tebu, serta membeli VCD/DVD yang rata rata harnya sekitar RM2.80 . Ya, CD ciplak, tapi lebih murah dari harnya di Malaysia.

Menunggu rakan rakan membeli sambil memesan saorang segelas air tebu. Memang meriah disini seperti suasana pasar malam.

Selesai sekitar jam 4 petang, kami menapak mencara si Zal yang setia menunggu di Stadium mini ditengah kota ini.
Apa acara selanjutnya, masih awal ni.

Kad kredit saya masih belum diguna lagi ni!

Latiff Hariri
1904 09032011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment