Thursday, 10 March 2011

Shopping

Hari masih siang.

Belum cukup syarat saya berjalan ni, kiranya tidak memasuki Mall. Mahu juga beli jeans dan Tshirt branded untuk kegunaan sendiri ni.

Terus kami ke...............



Posing memanjang.

Saya suka berbelanja di Pusat membelibelah Matahari. Kalau di tempat kita tarafnya seperti The Store lah. Sebab pakaiannya berkualiti, cantik dan harganya sesuai dengan taraf kemampuan saya.

Adalah sejam didalam Mall ini. Tak nampak pun rakan rakan saya berbelanja disini, kecuali saya.

Adakalanya bila butik butik ni adakan pesta jualan, harganya runtuh, ditambah dengan RM yang tinggi, akan lupa diri bila berbelanja.


Apa saya beli? Jeans2 2 helai, Tshirts, kosmetik untuk anak anak dara saya. Itu aje.

Melangkah menyeberangi sungai menanti si Zal untk pick up kami.

Memang sesak berhampiran Mall ini. Satu satunya Mall yang masih berdiri kukuh selepas gempa 2009.

Cantikkan angkutan desa ni.

Kami bergerak sekali lagi ke Pantai Padang untuk bercerita tentang masa hadapan disitu.
Sekadar melihat pasangan pasangan bercerita tentang masa hadapan mereka disini, sambil pekena beberapa cucuk cucur udang. Pada mulanya kami sangkakan cucurnya sepertimana ditempat kita, rupanya silap. Udang digoreng tepung dan dicucuk 5 ekor selidi. Di cecah saus cili.
Bila makan, laaaaa, masin. Bukan udang bsah, tapi udang kering!!

Masin pun masinlah, makan aje lah.

Kami disekitar pantai ini hingga melepasi Asar dan terus pulang ke Siteba untuk rehat dan mulakan acara terakhir packing barang barang.

Bila dah nak pulang ni baru terasa, laaaa, kenapa cepat sangat berakhirnya cuti ni!

Saya biarkan sahaja rakan rakan ni dengan acara masing masing menyimpan barang barang belian kedalam beg masing masing. Semua dah besar besar, tak kan nak di atur.


Latiff Hariri
2003 10032011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment