Sunday, 13 March 2011

Setahun Sudah Berlalu Le Tour D'Lenggong

Hm, dah lama tak berkayuh ni. Saya tak nafikan bila ada rakan rakan persekolahan mengatakan yang saya sudah gemuk!! Tapi, bersesuian dengan peningkatan usia, tahap kekuatan mula menurun. Kalau dahulu setiap hujung minggu melebehi 25km saya berkayuh, tapi kini semakin menurun. Walaupun dikurangkan makan, tetap badan semakin subur.

Kayuhan kali ini lebih kepada mengenang genapnya setahun saya berbasikal di Lenggong. Bermula dari simpang Pokok Jerai, mengarah ka: Labit-Chepor-Kg Cherry-Kota Tampan-Kg Chain-Lenggong. Semuanya kenangan dibulan Mac 2010, 13 haribulan.

Kisahnya dalam Bahasa Malaysia boleh dibaca dengan mengklik disini.

Versi Bahasa Inngerisnya boleh dibaca here.

Nak buat macam mana, makan lalu, senamannya kurang.

Gunung Jerai dari berhampiran rumah saya

Dari rumah mengarah ke Lebuhraya Lencongan Barat adalah kira kira 2.6km. LLB ini menghubung dua tol memasuki bandar Sungai Petani dari lebuhraya PLUS.

Tak lama pun berkayuh disini, kerana setiba di simpang Sungai Jagung di hadapan, kami melencong memasuki simpang ke Penghulu Him.

Bendera tu yang saya nak fokuskan, hehehe.

Ya, ini kenangannya ditahun lalu bersama The Hariri Brothers

Sawah padi yang baru dituai. Dihujung kelihatan Masjid dan Tahfiz Al-Amin, Sungai Layar, kira kira 200meter dari rumah.

Berhenti disekitar sini, untuk saorang sepinggan mee rebus dan kueteow goreng.

Kayuhannya tak sampai 10km, berhenti makan yang lebih.

Latiff Hariri
1637 06032011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment