Friday, 1 April 2011

HUJUNG MINGGU 27032011

Pagi minggu ini , cuaca mendung lagi.

Sempat memasuki tapak Pasar tani, sebelum hujan turun sedas! Berteduh dibawah payung gerai ikan ni. Tak sampai 5 minit si Zul datang bersama payung menyelamatkan keadaan . Hanya berkesempatan membeli seeokor ikan bawal, 2 ekor cencaru, sekilo udang dan anak borek.
Pisang berangan adalah kemestian setiap hujung minggu.

Berlari lari anak menuju ke kereta. Untungnya bawa dua adik bujang ni, mereka eveready menjadi pemandu saya.

Sarapan di pekan Pinang Tunggal bersama Wan dan Fazrin.

Rakan baik sejak mejak ni. Semua muda melebihi 10 tahun dari saya, itu yang saya seakan akan muda sepertimana mereka

Pulang melepasi pukul 10 pagi, tak kemana dah lepas tu, lebih banyak mengadap komputer.

Petangnya , melepasi jam 6 , baru saya turun ke kebun. Cuba membakar rumpunan kayu dan sisa sisa hutan yang sudah semakin kering, tetapi dek kerana hujan setiap hari, agak payah untuk memulakan unggun .


Pak tani tersenyum bangga dibawah putik putik durian yang pasti, sekiranya menjadi, akan melayut hingga boleh dicapai tangan

Bendang yang terlebih airnya, melimpahi ketanah kosong ini. Disini angannya saya, mahu mengorek dua kolam untuk ikan talapia dan sebagainya. Angan angan dulu....

Sambil sambil tu , kami berdua ke hujung sempadan jiran sebelah, menghalau monyet monyet yang masih berkeliaran dengan melontar mercun bola. Walaupun sudah tiada gangguan di kebun ini, saya masih belum selesa kerana diseberang sana, masih ada sekawan monyet yang sering merosakkan tanaman .

Dah siap kelilingi kebun yang seluas 2.5 ekar ini, saya cantaskan setandan pisang awak untuk dibawa pulang. Jadilah. Sebelum ini saya mampu mendapat sekitar RM50.00 sebulan hasil dari pisang pisang yang meliar, sekarang sudah tiada lagi akibat dicuci bersih oleh jentolak.

Setandan pisang untuk digorengkan sepanjang minggu minggu mendatang.

Yes, kasut 'boot' kebun amat perlu termasuk parang.


3 kelompok putik durian ni, kalau menjadi , sudah ditempah oleh rakan SMDA dari Setiawangsa tu. Yang ni main petik aje nanti, Insyaallah.


Latiff Hariri
1904 29032011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment