Sunday, 3 April 2011

Paluan Gendang OE Class 81

Aku tak mengharapkan kehadiran yang ramai, memadai menyamai sepertimana di ALRAWSHA tahun lalu. Bukan kerana apa, waktu itu memang menyeronokkan. Walaupun sekitar 20 kehadiran, tetapi semangatnya begitu hebat. Suasana ceria dengan wajah wajah senyuman dan gelak ketawa.

Ini Metronya pada 01042011 yang diusahakan oleh rakan baik kami ni. Yang banyak diterima, adalah SMS mengarut dan panggilan merapu dari 'perempuan' yang mahu berkenalan dengan angkatan tua ini, hahaha.

Lokasinya di Bukit Jana Resort, minum petang bersama. Paginya , kalau ada yang mahu bergolf, dipersilakan. Saya akan bergerak pagi 1 May 2011 dari Sungai Petani.

Magni Nominis Umbra

Latiff hariri
2105 02042011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment