Friday, 8 April 2011

Buah Abiyo-PokoK Epal di Sik, Kedah

Kelmarin dulu, saya berkesempatan bertugas di daerah Sik.

Ya, Sik , Kedah. Tempatnya kelahiran Sasterawan Negara Ayahanda Shahnon Ahmad tu, yang terkenal dengan buku "Shit" tu. Dr mahathir ingat sangat nama ni.

Dalam duk merayau mencari cari, bertemu sesuatu di daerah pendalaman, sebelum menghampiri Weng, Baling. Tak pun menghampiri Memali.

Ya, Memali, Asshahid Ustad Ibrahim Libya tu, Dr Mahathir pun ingat jugak ni, Musa Hitam lagilah ingat. Yang buat buat tak ingat Haniff Omar.

Ceritanya , Haniff Omar tu, namanya diambil sempena nama salah saorang datuk saya, yang saya panggil Tok Chu, yang juga pejuang Bahasa, dari keturunan Janaton jugak. Dengan harapan , berkatnya nama itu, akan mewarnai kehidupan anak ini, tapi.....hampeh, Al-Quran kata judi haram pun dia kata tak tahu!!

Untuk rekod ya, Hanif Omar dan arwah Tok Chu, asalnya dari Teluk Intan Perak. Ayahnya Haniff, Pak Omar terlalu mengagumi arwah Tok Chu yang hebat 'bahasa'nya. serta salah saorang pejuang jugak, lalu dinamakan anak itu Hanif.

Ok, memasuki kawasan yang diberi nama Sekebun Bunga Resort, Bendang Man ni. Mencari kawan, tetapi yang dijumpa adalah pokok pokok ini dan buah buahnya. Ya lah, orang tengah 'siok' berkebun, memang pantang jumpa pokok pokok yang lain dari yang lain ini.

Tuan punya pokok. Sekali pandang dari jauh seakan buah limau, buah epal pun ada jugak

Pokok Epal di Sik, Kedah

Buah Abiyo

Dah di belah 4, ada 4 biji benih didalamnya untuk saya semaikan di kebun nanti

Dah terlebih masak, saya peram melebihi 4 hari, sebaiknya 2 hari sahaja.

Dah makan, Roziah kata, " laa, ini buah pisang kipas"

Betul ke? Buah pisang kipas banyak di Medan, dan saya tak minat nak membeli dan makan pun.
Katanya tuan pokok ini, buah ini boleh dibeli di R&R Bukit Gantang, harganya RM20 sekilogram.

Tanam ajelah, walaupun aku tak minat sangat dengan buahnya. Ya lah, mesti memilih dalam nak berkebun ni, tak kan buah yang tak popular pun kita nak tanam.


Latiff Hariri
1053 03042011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment