Saturday, 9 April 2011

TEKS UCAPAN DIBACA OLEH NYDP BARU

Rehat sekitar setengah jam. Ya lah, bawa 'Ahli Parlimen dalam Anganan' itu ke majlis makan makan bersama pentadbir sekolah.

Banyak ibu bapa yang turut keluar meninggalkan dewan sebaik makanan diedarkan kepada semua. Aku pasti, boleh dikatakan separuh yang pulang. Kalau ikutkan aku, aku pun nak pulang, dah melebihi pukul 12 tengahari ni. Ikan dan nasi didapur masih belum diasapkan.

Tapi, dah niat aku, nak bagi sepatah dua kata berapi kepada bapa tersebut, serta ingatan kepada ibu bapa dan juga guru, termasuk diri aku ni, aku tunggu jugaklah. Pekena sebungkus nasi lemak dan air mineral sementara menanti Jawatankuasa PIBG masuk semula untuk dimulakan mesyuarat agungnya yang ke 15.

Aku tunggu punya tunggu, rupanya apa yang aku rancangankan, lain jadinya. Dalam membubarkan jemaah PIBG 2010/2011 tu, dan dalam menanti perlantikan yang baru, aku terperangkap dicelah celah pemilihan

Terus terang, aku tak kenal Lembaga Jawatankuasa PIBG ni kecuali Guru2 dan Pengetua, selain dari NYDPnya, orang kuat UiTM Merbok.

Selesai perlantikkan, ada sepatah dua kata dari ibu bapa yang hadir, memberi kata semangat kepada guru guru , yang ibubapa dibelakang guru guru dalam apa jua tindakan mendisiplinkan anak anak.

Sebelum itu, Pengetua pun sudah sentuh tentang Persatuan Ibubapa tanpa ada Guru didalamnya, begitu juga Persatuan Guru Guru tanpa Ibubapa. Dan kini bapa yang memberi sepatah dua kata itu pun memberi lampu hijau untuk mendisiplinkan anak anak. Semua itu sebahagian dari ayat ayat yang telah aku siapkan malam sebelumnya.

Tapi, bagi memenuhi hajat aku, aku dibenarkan memberi ucapan sepertimana yang aku rencanakan.


Ucapan pertama dari NYDP sesi 2011/2012


Acara selesai melepasi Solat Zuhur

Ini jemaah lama dan baru PIBG 2010/2011 dan 2011/2012

Aku tak rancang untuk berbatik biru sepertimana Guru Guru dan Jawatankuasa PIBG 2010/2011, tapi secara tak sengaja.


Menang tanpa bertanding lagi.

Aku tahu amanah ini berat. Dah pernah lalui sebelum ini dengan memegang jawatan yang sama, dan aku dah lakukan yang terbaik waktu itu.

Terima kasih kepada semua ibubapa/Guru yang memberi kepercayaan yang tinggi ini.

Latiff Hariri
2025 Selamat Hari Lahir ke24
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment