Yang pertama ketika meraikan kejayaan PAS menerajui negeri Kedah selepas PRU 12 dahulu. Bermaghrib disini selepas berbuka puasa dibandar Alor Setar.
Saya sempat mengingatkan abang dan adik adik lelaki saya tentang hari kedukaan ini, kira kira 27 tahun yang lalu(saya pasti sebenarnya abang dan adik adik saya pun ingat), tapi adakalanya kita pun teringat ingat lupa jugak. Sebaiknya sebelum saya lupa, saya beri peringatan melalui SMS. Dan ternyata ada yang terlupa, dan lebih menyentuh hati saya, bila emak sendiri mengucapkan terima kasih, dan berkata " emak pun terlupa.... sedih pulak emak." Hmmmm, saya cuma mengingati, tak sangka emak pulak yang sebak.
Kisah 27 tahun lalu, selepas azan Subuh tetap menjadi ingatan duka saya, bila emak mengetuk ngetuk kuat bilik tidur saya meminta saya segera bantu arwah Bapak saya yang sedang bergelut dengan nyawanya. Tiada apa yang mampu saya lakukan selain menalipon ambulan dan memicit mimicit hujung jari kaki Bapak.
Tujuh hari beliau merasai nikmat duduk dirumah sendiri, sebelum dijemput pulang untuk bersamaNya di rumah kekal abadi.
Sempena genapnya 27 tahun ini , saya dan Izzuddin bersama sama berYassin di Masjid Pantai Johor ni.
Nyaman masjid ini, berhawa dingin sepenuhnya.
Alfatihah untuk Bapak, Hariri bin Bab( 1936 - 1984)
Latiff Hariri
0615 13082011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment