Thursday, 18 August 2011

17 Ramadhan 17 Ogos

Ramadhan ni berlalu dengan perlahan, dalam sedar, sudah melepasi hari ke 17.

Aktiviti luaran pun saya kurangkan, lebih tertumpu kepada kerjaya dan rumah.

Dah rancang dan janji lama dengan Badrul, rasanya seawal puasa. Tetapi . biasalah, sikap minit-terakhir (last minute) berperanan dalam menggerakkan minda dan diri ni, memang dari Tingkatan 5 lagi, dimalam peperiksaan baru nak telaah buku, hahaha.

Hmmm, saya sendiri adakala merasakan, segala rancangan saya , kalau berdua dengan Badrul ni, masing masing boleh baca isi hati rakan sendiri ni. Mungkin sebab tarikh lahir sama agaknya.

Pagi Selasa, 16 Ramadhan, selepas menyepi sepanjang setengah bulan ni, Badrul menanya , bila kita nak ziarah Azmi Abu Kasim ni? Hmmm, memang saya pun berencana begitu dengan Badrul.

Pagi rabu, 17 Ogos ni, (hari kemerdekaan Indonesia ni), seawal pukul 7 pagi, saya sudah berpakaian 'lekeh', mengisi air kedalam balang penyembur racun, yang akan saya galas mengelilingi persekitaran Taman perumahan saya.

Jiran belakang rumah, bang Rahman , yang duk perhati saya dari belakang rumah tanpa saya sedari.

"Wah, awal pagi ni Tip"

Saya menoleh kesisi, " Hahaha, nak raya bang Man". Balas saya.

Abang Rahman dan kak Faridah senyum meleret.

Habis satu balang racun saya semburkan keatas rumput rumpai yang tumbuh liar disisi jalanraya dan sekeliling rumah saya dan persekitaran luar rumah jiran tetangga.
Kemas ruang parkir hadapan rumah serta dalam rumah serba sedikit, sebelum saya ke bandar untuk menyemakkan pasaraya dan jalanraya yang sudah pasti sesak dengan orang ramai dan kenderaan.

Pukul 11 bersama Zul ke Kuala Ketil membeli rempeyek untuk hidangan hari Raya nanti. Dan bertembung dengan sekumpulan pemandu lori/ dan penunggang motosikal yang mengerumuni gerai makan yang aktiv berniaga tanpa segan silu, bila memasuki pekan Kuala Ketil ni.

Melepasi pukul 2 saya sudah bersiap untuk temujanji dengan Badrul di Caltex Taman Sejati , untuk bertandang ke rumah Azmi.

Saya pasti beliau ada dirumah, dan boleh 'baca' apa aktiviti Azmi sepanjang bulan Ramadhan ni - buat kueh raya untuk jualan!

Azmi kelihatan ceria walaupun kandungan gula agak tinggi didalam badan beliau.

Azmi asyik bertanya perkembangan terkini rakan rakan sekolah kita. Dia bertanya, betul ke reunion kita pada 1 Mei lalu, tersiar di akhbar? Dari pertanyaan ini, saya simpulkan , Azmi memang sudah mula terasa rindu dan terkenang saat saat ceria bila bersama rakan rakan sekolah ini.

Saya sampaikan salam rakan rakan OE1981 kepada beliau, dan saya kisahkan tentang aktiviti kita memasang penghawa dingin di surau asrama, kepada beliau. Kesihatan Kadir pun saya panjangkan kepada Azmi.

Tahun lalu, pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, saya dihidangkan dengan kuih Raya Haji. Ok, memang ada kualiti untuk makan makan dirumah, bukan kualiti jualan.
Er, maksud saya, kuihnya berkualiti, bukan seperti sesetengah kuih raya yang dikomersialkan tu.

Dari main main 2-3 tahun yang lalu, kini jadi kerjaya. Tersiar di Harian Sinar edisi utara 17 Ogos 2011. Kak Norhayati , masa itu dibantu oleh Azmi, sekarang ni, menggajikan lebih 10 orang!

Adalah lebih setengah jam kami disini, sebelum saya bergerak pulang, dan Badrul mengarah ke Taman Peruda, untuk menziarahi rakan sepejabat beliau yang sedang sakit.




Foto in menunjukkan yang Azmi sihat, insyaallah. Rakan rakan tak perlu risau.

Tahun ni tak ke Kuala Lumpur sempena cuti Nuzul Quran ni, sebab anak2 sedang sibuk belajar dan mungkin juga cuti jatuh pada hari Rabu.

Selamat berpuasa!!


Latiff hariri
0633 18082011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment