Monday, 31 October 2011

Pra-Depavali

Kenal dua rakan OE1981 ni? Saorang anak India, soarang anak Melayu. Itu uniknya King Edward VII-1 suatu ketika dahulu.

Yang pasti bagi saya, kedua mamat ini, masa tingkatan/remaja dahulu, badan mereka sekeping sahaja. Kini dah 2-3 keping siap berjambang/berjanggut dan beruban lagi!!

Saya ingat pertemuan semula saya dan Kabilan adalah di Sarawak , sebaik tamatnya Reunion terbesar OE1981 di Sekolah Menengah King Edward dengan tema utamanya ' Sesudah 23 Tahun....' itu.

Kabilan saya temui di Pelabuhan Udara (ini bahasa pra-kemerdekaan) Kuching, sekitar 4-5 hari selepas 'Sesudah 23 Tahun....'

Laaa, kenapa tak datang re-union itu Kabilan?

Sebenarnya, beliau ada saya hubungi diwaktu itu. Tetapi, faham faham ajelah, saorang guru yang ada saja projek sesama guru guru ni. Mereka berencana ke Kuching selama 4 hari pada jadual itu, dan saya pulak, sebaik selesai acara, saya memang dah berencana untuk berehat ke Kuching sendirian. Jadi, kami bertemu sewaktu saya memasuki Bandara Kuching, sementara Kabilan sedang memunggahkan bagasinya untuk pulang. Sempat bersalaman dan bertanya khabar seketika.

Saya pulang ke Taiping Isnin terbaru ni. Hmmm, dah dua kali saya balik Taiping dibulan Oktober ini. Kali ini pulang sebab emak dah kembali semula ke luboknya, selepas sebulan merantau ke rumah anak anaknya di Kuala Lumpur tu.

Pukul 430 subuh saya sudah bersiap dan bergerak dari Sungai Petani sekitar 530 pagi, dan berSubuh di R&R Alor Pongsu sekitar 610 pagi.

Hm, mengapalah engkau ni keluar awal awal buta ni?

Saya nak kejar roti canai Bismillah lah. Tak nak berebut dan tunggu lama di restoran tu. 'Korang' pun tahu, nak makan disitu kena beratur panjang. Kuali canainya yang ada sepasang tu, gagal memenuhi tuntutan 'nafsu' makan mereka mereka yang kadang kala balik ke Taiping ni! Hehehe.
Yang saya pasti, dahulu saya beri kesempurnaan roti canai Bismillah ini markah penuh 10. Kini saya beri 6.5 sahaja. Memang dah tak sesedap dahulu. Emak kata, dah tukar management lain dah. Kuah kuning dia 'ceroi'(bahasa Kedah untuk cair)!!


Tiba tiba teringat kepada rakan ni, saya SMS sekitar pukul 620 pagi meminta beliau datang bersarapan sama....tapi tiada jawapan.

SMS saya hanya dibalas sekitar pukul 930 pagi, dan terus saya dan dia, aturkan satu pertemuan.

Banyak pertanyaan saya tentang rakan rakan India Oe1981, yang mana Kabilan juga gagal mengetahui perkembangan mereka. Antara yang masih dalam ingatan saya dan Kabilan .

Arumugam(sc1) - rakan sekelas dan pernah bekerja di Sylverstone selepas tamat kuliah beliau. Kabilan tiada berita terkini tentang Arumugam

Murthy (sc1) - memasuki ALAM (Akademi Laut) sebaik tamat SPM. Saya 'ternaik' bas yang sama dengan Murthi ke Kuala Lumpur. Itu yang saya dapat tahu yang beliau ke Melaka lapur diri di ALAM. Terkini dari Kabilan, Murthy masih dengan perkapalan, samaada di Pantai Timur atau Sabah/Sarawak .

Alex (sc1) - sebaik tamat SPM, sepertimana saya, memulakan karier sebagai kerani bank. Sering saya bertembung dengan Alex setiap pagi di Lebuh Ampang. Kini, tak pasti dimana beliau. Kabilan hanya mengisahkan adik perempuan kepada Alex adalah Junior beliau di Maktab, dan cuba dikawal dari jauh oleh Alex melalui Kabilan. Tapi, akhirnya, adik perempuan Alex memeluk agama Islam. Saya pasti adiknya menarik, kerana pertembungan darah campuran antara India dan Cina.

Jeya Kumar - Jurutera TNB, Jeya Gobi -Guru, Gopinath juga guru, Mathivanan tiada berita. Yang beliau ingat Letchumanan senior tu yang memasuki RMC . Saya ingat mereka semua ni sebab ada yang sekampung di Aulong dahulu, dan ada yang sedarjah dari darjah 3 hingga tamat SPM.


Maruku, kuih loyang dan biskut moden menjadi hidangan PraDevali, pertama saya berdevali dengan Kabilan dirumah ayahnya di Tupai, Pokok Assam.

Kabilan mengajar di SM Tengku Sulaiman, Beseri, Perlis dan isteri Kabilan juga saorang guru. Orang Sitiawan dan mempunyai 3 anak dara sunti.

Itulah kisahnya yang kami berdua kisahkan pagi Isnin pra-devali ni. Saya rasa saya pernah sekelas dengan Kabilan masa Tingkatan 1-2 dahulu. Walaupun waktu itu kenal kenal begitu sahaja, tapi Kabilan agak 'low profile' waktu di King Edward dahulu. Kira macam saya jugaklah....ish ish ish.

Selamat Berdepavali kepada rakan rakan yang saya sebut nama namanya diatas.

Latiff Hariri
1231 26102011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment