Nak kata lapar sangat tu, tidak lah.
Lebih kepada teruja untuk menjamah masakan air tangan orang orang kampung.
Si Joni yang kelaparan menunggu, terpaksa memakan mee segera.
Tamu tamu anak anak sekeliling sudah mula berkunjung, sedangkan, kami yang lain lain ni, masih bersiap.
Sebaik Isyak, kami semua sudah berkumpul di rumah Gadang ini. Anak anak yang paling gembira untuk menjamah masakan istimewa malam ini.
Doa selamat dan tahlil dimulakan oleh Ustad Kamal. Ustad Kamal merupakan Guru sekolah Agama di Pahang.
Kami memulakan acara makan sebaik doa tamat. Memang sedap. Masakan berapikan dapur tanah. Kayu kering yang menjadi apinya. Daging masak asam, ikan emas goreng bercili dan ikan goreng. Lauk yang saya beli di Bukit Tinggi pagi tadi. Memang enak!!
Dah kenyang, yang lain berundur kerumah bersebelahan. Saya sudah membuat keputusan untuk bermalam di rumah Gadang ini. Ini kali pertama saya bermalam ditapak yang menjadi tumpah darahnya Moyang Sariah serta moyang moyang yang terdahulu.
Bila lampu gaselin semakin pudar, tuan rumah terus mencapainya , lalu dipam gasnya supaya kembali ceria.
Mak Juli begitu gembira kerana cucu cucu ini sudi bermalam dirumahnya. Siap diajak mereka berdua berbual sehingga mereka lena.
Saya dan Rahman, dah tak sedar jam berapa kami pejamkan mata. Yang saya tahu, sekitar subuh, saya terdengar azan yang dilaungkan abang Ned di rumah Pak Muis. Terus bangun, supaya terlepas dari beratur panjang untuk ke kamar mandi.
Latiff Hariri
2052 12112011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment