Sedangkan SiCan, isteri Pak Muis dan anaknya , Rat sedang menyediakan sarapan untuk kami semua. Lemang dan sedikit kuihnya. Saya tak menjamahnya, bukan tak sudi, lebih kepada afdalnya menjamah sebaik selesai solat Idul Adha.
Kopi O panas.
Jadualnya solat Idul Adha adalah pada pukul 8 pagi. Saya mula kumpulkan kesemua tamu ini sekitar 715 pagi, kerana , waktu untuk memanjat lereng bukit ini dan singgah kerumah Pak Tua , akan mengambil masa yang panjang.
Sama seperti tahun Idul Adha 2008 yang lalu. Waktu itu saya membawa pulang Pakcik Rosli, kini Pak Su pulak.
Jalan lengang pagi raya ini, saya membawa dua balang biskut raya, satu dari Sungai Petani, satu dari BTHO.
Terus kami mengambil Wudhu' dibelakang masjid. Untung, airnya tak berapa dingin.
Sebaik keluar dari kamar wudhu' ni, kami diterpa oleh 4 pupu kami, yang juga merupakan Ketua Adat dan Pengerusi Masjid Haraban, Abang Syafirman.
Syafirman memeluk Rahman tanda ikatan persaudaraan yang begitu rapat, walaupun jarang jarang berjumpa.
Memasuki pintu utama masjid ini, sudah tersedia sebuah meja bersama penjaganya. Disini kita boleh memberikan uang sedekah kita , samaada terus ditulis ke buku yang disediakan :- Nama dan jumlah sedekah kita, atau diberi begitu sahaja kepada penjaganya.
Terdapat dua akaun berasingan. Satu sedekah kepada Masjid, satu sedakah untuk anak anak yatim.
Dan kutipan untuk Idul Adha di beritahu oleh Pengerusi sebelum bermulanya solat , iaitu mencecah Rp800,000 untuk masjid, dan Rp400,000 untuk anak anak yatim. Atau jumlah besarnya RM430.00 . Satu kutipan yang baik untuk sebuah kampung yang kekurangan serba serbinya.
Terharu bila beliau mengalu ngalukan kehadiran kami dari Malaysia berserta 2 ekor sapi. Jumlah Qurban tahun ini meningkat kepada 4 ekor. Saya memang besar hati bila setiap tahun, semakin ramai yang sudi berqurban disini.
Ditahun 2008, hanya 2 ekor sahaja jumlahnya, dan rata rata isi rumah , hanya mendapat 1kg daging sahaja waktu itu.
Ditahun 2008 , Imamnya adalah abang Syafirman.
Sebaik khutbah tamat, kami mengeliling Tok Imam dan pengerusi, bersalaman.....
Lalu jemaah wanita menghulur pinggan berisi kuih muih serta kopi/teh panas kepada jemaah lelaki. Saya suka acara ini.
Saya suka akan semua ini. Tiada rendangnya, tiada nasi minyaknya, tiada kuah kacangnya, hanya kuih kuih kampung serta pisang goreng dan buah pisang. Teramat mudah dan tidak bermewah mewah.
Kita di Malaysia, dah tiada semua ini, sebaik selesai solat, pakat angkat kaki.
Semua angkatan tua, yang muda muda dah hilang lama dah, tapi, saya rasa dah ada perubahan kalau dibandingkan pada tahun 2008.
Agak agak menghampiri pukul 9 , saya mula menanyakan Abang Syafirman serta Tok Iman. Pukul berapa boleh dimulakan acara Qurban. Katanya sejam dari sekarang.
Tanpa segan silu saya meminta abang Syafirman memulakan secepat mungkin, sebaiknya pukul 930pagi, dan tiada halangan dari AJK Masjid akan permintaan saya.
Terus kami pulang kerumah untuk bersalin pakaian.
No comments:
Post a Comment