Tuesday, 27 December 2011

Pemanduan pertama BTHO-Sg Layar?

Pagi Sabtu 24 haribulan, sekitar pukul 11 pagi, saya terima SMS dari Rahman, bertanyakan samaada saya ada di rumah sepanjang hujung minggu ini?


 Ya, sudah tentu. Itu jawapan ringkas saya.


Bila cuti panjang begini, anak anak akan pulang ke rumah, dan mereka pun tidak mahu kemana mana selain dari melayan bantal tilam mereka, serta masakan emak mereka. Jadi saya tunggu sajalah rencana dari Rahman ini.


Tiada tersedia apa apa yang istimewa pun, kerana anaknya Rahman, si Ariff ini bukan boleh makan sembarangan pun. Jadi , tunggu punya tunggu dari pagi ke petang, dari petang ke malam, akhirnya pemanduan pertama Ariff ke Sungai Petani tamat pada pukul 1010 malam di Teratai Indah Sungai Layar.


Cadangkan mereka makam diluar sahaja, dirumah ini hanya ada nasi ala ala arab berdagingkan kambing . Silaplah kalau Ariff nak makan menu begini.

Makan capati dan roti Nan ajelah di kedai mamak malam tu.


Selesai makan malam pun menghampiri pukul 1130 malam. Saya tidak mengekori, melayan TV bersama anak anak jiran tetangga ini di rumah, selain melayan MukaBuku.


Pagi Ahad, seperti biasanya saya ke pasar. Ternyata harga ikan melambung naik. Terbantut pembelian hari ini. Saya lebihkan kepada daging dan seumpamanya. Mungkin cuti panjang hujung minggu juga, tak ramai yang berniaga.


Terus memerap di rumah sepanjang pagi ini, sedangkan Roziah dan anak anak perempuan dan makcik mereka ke kebun melihat apa yang ada untuk di ole olekan ke Kuala Lumpur.


Bersama si Non, yang banyak membantu menguruskan kebun lalang ini, hahaha.

Nangka nan sebiji.

Pisang nan setandan.


Izzudin dan Ariff berdua, menuju kedestinasi utara, paling tepat ke Merbok mencari sisa sisa kenangan silam si Ariff. 

Kisahnya dari Izzuddin, Pakcik Guard yang mengawal pintu pagar MRSM tu, siap tanya Ariff. 

"Ini budak yang ahli muzik tu ke?"

Anak Bapak, kedua duanya ex-MRSM.

Kedua duanya sepupu, beza usia melebihi 5 tahun.

Berpisah.....

Kedua dua sepupu ini berpisah sekitar pukul 1. Ariff dan emaknya mengarah ke Alor Setar untuk hadiri majlis perkahwinan.

Sunyi semula rumah ini, tinggal kami berlima . Tak sunyinya....

Kami hadiri jemputan kenduri sambut cucu oleh abang Fauzi, jira dibelakang rumah kami , sekitar pukul 1 tengahari. Pergi beramai ramai bersama Mokhtar, Zul, Izzuddin dan Najib.

Memang sedap menu rumah abang Fauzi ini, nasi putih brlaukkan kurma kambing dan ayam goreng. Pencuci mulutnya bubur, agar agar dan pulut kuning.

Selesai di rumah abang Fauzi, kami ke rumah sebelahnya pulak. Abang Rahman pun buat kenduri kesyukuran sempena berpindahnya menantu beliau yang bertugas di Sabah ke Sungai Petani. Menunya tak kurang hebat, mihun sup berapi!!

Ahad ni memang rumah kami tak berasap

Latiff Hariri
2018 27122011
Sungai Petani






No comments:

Post a Comment