Thursday, 26 January 2012

BBQ & Selamat Hari Lahir(iii)

Saya lari ke dapur, memeriksa anak anak dara ni. Mengapa lambat ni?


Terus mengarah Izzuddin dan abangnya Fatin, Si Ayed menyedia kertas dan baki minyak ikan goreng untuk saya mulakan acara mencucuh api ke dapur pemanggang ni. Saya tak mahu ada yang terlepas memakannya.

Sos BBQ dalam proses penyiapan...untung anak anak pandai bahagian masakan ala barat ni

Sementara menanti bara arang membakar, saya ke ruang tamu, ternyata sudah ada tamu yang mahu pulang. lalu saya dan rakan rakan yang lain, meminta semua berkumpul di luar untuk sesi fotografi.


    Apa apa hal pun Kak Dah kena dahulukan

Belum bersedia pun

Nasir,abang Idris Adam, Hasan, Md Noor, Wak Joe, ALJH, Awie, Zaharah, Kak Mah, Kak Dah, Niza, Roziah, Amran dan Manan

Mereka berlima penyeri majlis hari ini. Termasuk Amnah yang terkemudian.


Sesekali saya kedapur memeriksa anak anak ni, mereka bersembang rupanya , bukan memasak pun, patutlah lambat.

Dapur letrik tu slow sangat, full blast lah

Bila Ismail datang menyelia, baru arang ni membakar daging daging tu dengan sempurna

Mail bersama peminat peminatnya

Saya rasa melepasi pukul 5 baru terhidang daging panggang dan ayam panggang ini. Hanya Niza yang dah pulang, sedangkan yang lain lain masih setia menanti. Memandangkan tetamu masih ramai, walaupun sanak saudara Awie dan Zed sudah ada yang pulang, kami membuat keputusan supaya acara sambutan Hari lahir ini dimulakan.


Kek Puding dibawa khas dari Sungai Petani.

Kami tahu, tetamu ramai, jadi saya sediakan 2 biji kek sekali gus, supaya ramai yang dapat merasainya.

Fatin mendahului perarakan ini.

Dan saya meminta kesemua hadirin menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu: itu. hahaha


Maka meriah lah suasana, walau pun ramai yang tak tahu nak sebut nama siapa bila lirik, Happy birthday to you............(tersenyap). ramai yang tak tahu hari lahir Puan Rumah rupanya.


Zed dapat menghidu api lilin, walaupun saya cuba menghalang beliau kedapur

Dah berapa anaknya? Hehehe

Tiupan pertama senafas je

Ketawa riang

Zul Husin disisi Mail tu, jangan ada yang betanya lagi siapa Zul Husin ok?


Haaaa, part abang Man ni, aku boleh agak, 'sure' dia nak cuba resepi kek ini pulak bila dia balik ke Chemor nanti.

Amboi, Awie yang  lebih lebih ek

Lima beranak untuk kenangan 2012 ni.

Selesai satu acara, kambing dan ayam sudah terhidang, dan ramai yg menikmati hidang petang ini pulak, walaupun masakan agak tidak sekata dan perlahan. Ok lah, atas bantuan dan nasihat pakar, Ismail Mutalib.

175 
Ayam guna Oven aje

Yang lelaki masih tak habis bergebang di luar

Suasana ini berakhir hingga melepasi waktu Maghrib. Saya sudah siap mandi waktu ini.
Letih teramat. Walaupun kelihatannya masih mampu tersenyum. Mahu saya mencari bantal jika diizinkan. Tapi saya tunggu juga hingga mencecah pukul 10 malam.

Sempat menalipon emak supaya jangan tidur dahulu, yang anaknya ini mahu tumpang bermalam.

Manan tumpang kereta Hasan dan Nasir untuk pulang ke Lenggong. Sedangkan diawal siang tadi, anak isteri beliau dah pulang awal ke Lenggong. Mereka bertiga pulang melepasi pukul 8.

Yang masih tertinggal, Amnah, Faridah, Rosmah, Ismail,  Wak Joe dan Amran.

Amran pun akan pulang ke Kuak juga seketika nanti. Sedangkan Ismail bermalam di Hotel Perdana. Kak Mah dan Wak Joe pun dua keluarga bermalam di hotel. Amnah akan pulang ke Ipoh. Kak Dah akan bermalam dirumah Tuan Rumah.


Salam Perpisahan untuk Hasan, Nasir dan Manan

Sekitar 820 malam, datang lagi tetamu. Ini yang ke berapa ya? Orang yang paling jauh, tapi dekat.


Cikgu Amin @ Pucuk Paku. Kenapa kau lambat ni? Tapi, tak jadi hal, nasi dan lauknya masih banyak!!



Awie dan 2nd round dengan gulai taucu tu! Amin menjamu selera, jenuh paksa jugak si Amin ni makan.
Ini assistant2 Chef yang pantang disuruh saorang ke kedai, yang lain akan mengekor

Agak lama jugak kami yang tertinggal ini berbual. Amin, Amnah, Amran, Faridah, Ismail, Rosmah dan Wak Joe, seolah olahnya Tuan Rumah ni tak letih melayan kami yang masih tidak mahu berganjak. Akhirnya bila Amran memulakan pergerakan, baru yang lain tersedar bahawa jam sudah menghampiri pukul 10 malam!!

Alah, esok kita jumpa lagi ya, sarapan nasi goreng pulak.

Bebudak ni sakan berfoto

Rosmah dan abang Man serta anak terunanya mendahului selepas Amran

Saya sampai ke rumah emak saya sekitar 1020 malam. Dekat sahaja pun.


Tak bersembang panjang pun dengan emak, terus cari bantal dan tilam, kebilik 'lama' saya dizaman bujang dahulu yang juga merupakan bilik pengantin saya dipertengahan tahun 1986 dahulu.


Antara yang terawal selain Faridah.

Latiff Hariri
190824022012
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment