Wednesday, 25 January 2012

Doa Selamat dan Tahlil(ii)

Sementara menanti ayam merah tu terhidang, anak anak dara kami ni berlima-berenam, dah meronda satu Taiping mencari ais batu. Kalau diminta saya mencarinya, saya dah menyerah-kalah, tak berdaya nak berebut rebut ke bandar, yang diceritakan sesak dengan kenderaan.

Kuat kederat kau Fatin?

Sebaik selesai solat Zuhur sekitar pukul 2 petang. Asri sekeluarga mengundur diri. Pulangnya Asri adalah untuk menyambut kehadiran Manan sekeluarga, yang keenam hadir. Kalau ditanyakan saya, lapar tak? Jawapan saya - sikit sikit aje. Tapi ini dah menghampiri pukul 230 petang. Lalu acara utama ini dimulakan supaya tetamu tidak ternanti nanti kelaparan. Bacaan Yassin diterajui adik ipar kepada Tuan Rumah, sementara tahlil dimulakan oleh Amran. Kombinasi yang baik.


Manan sekeluarga disambut Tuan Rumah dan Wak Joe, sebaik Asri bersalaman dengan Tuan Rumah untuk pulang ke Pulau Pinang.

&m;
Sudah melebihi 10 kenderaan diwaktu ini, yang 'mengerumini rumah Zawawi

Pucuk ulam yang direbus , yang dibawa khas dari Lenggong.

Bacaan Yassin sedang berlangsungkan.

Acara berYassin dan brTahlil ini selesai melepasi pukul 245 petang. Ketika ini saya sudah perasan akan kehadiran Mohd Noor, dan sanak saudara Awie yang lain.


Teruskan ke acara makan makan kita!!!


Itu arahan dari Tuan Rumah.

Antara yang petama mencedok lauk.

Waktu ini , saya mula memastikan kecepatan Nasi yang tersimpan didalam baldi nasi disegerakan agihan pinggannya, supaya tahu kedudukan hadirin. Tiada yang tidak cukupnya, sentiasa ada nasi tambahan supaya tidak terencat keenakkan tetamu menjamu.


Menunya, taucu anak borek, kari daging, ikan masin, sambal belacan, sambal nyior, ulaman timun, ikan goreng, ada mempelam untuk dicecah dengan sos rojak dan air oren.


Rasanya kesemua tetamu cukup teruja dengan masakan tengahari ini, saya agak aje lah. Tapi, memang benar pun, saya sendiri tidak menyentuh kari daging dek kerana teruja dengan lauk taucu tu


Sanak saudara Awie yang datang dari Lengggong/Kuala Kangsar

 
Bersama sanak saudara Zaharah dari Kuala Kangsar

Duduk bersila bebas, yang anak anak teruna ada yang melepak diluar.

Waktu ini Haniza dan anak terunanya dah sampai. Rakan yang keberapa ya?

Saya dah hilang pengiraan. Tapi bergitulah serba sedikit. Duk tertanya tanya , mana kak Mah kita? Padahal, seawal pukul 11 pagi beliau sudah bersms mengatakan sudah melepasi Ipoh.


Dalam Faridah dan Haniza duk bertanya Kak Mah ni, dia pun masuk, laaaaa, panjang umur.


Melepasi pukul 3 petang baru dia sampai.

Seronokkan dapat makan dan duduk bebas didalam rumah ni.

Sedar sedar waktu ini, sekitar pukul 4 petang, masuk pula Tok Penghulu Lenggong, Hasan Basri bersama rakan seangkatan SMDA81, si Nasir dari Sumpitan. Ceria dan meriah suasana ketika ini, bila ramai yang terharu akan kehadiran Nasir. Saya memang tak kenal Nasir, hanya cam wajahnya yang pernah tersiar di FB GOS.

Hasan bersalaman dengan Zawawi , sambil Nasir menanti dibelakang.

Korang tanya Nasir apa yang Kak Dah dah 'buat' kat dia sampai dia tak bangun nak tambah air

 
Anak anak dara yang senang dikerah kehulu hilir untuk menambah baik acara makan hari ini

Sampai kepintu hadapan tetamu duduk bersila

Anataranya , kakak sulong Zawawi dari Kuala kangsar

Ya, waktu ini Ismail sekeluarga pun dah datang. Saya dah hilang pengiraan....

Mail datang bersama sekotak penuh agar agar yang masih dingin sebagai ole ole dari Rawang! Ya, saya teruja dengan semangat Ismail ni
,
Dua Kak Long berjurai jurai air mata bila berjumpa - Kak Mah dan Kak Dah. Abang Man tahan sebak, sementara Niza tumpang sayu.

Masa ini dah riuh rendah dah. Aku sendiri tak tahu apa topik Tuan Rumah ni menyakat kawan kawan dia

Saya mula berkerut muka, kedapur menyelia anak anak dara ni bertugas. Kenapa lambat ni? Saya mula rasa kurang enak dengan situasi begini. 


Terus saya mulakan dengan arang dan pembakar panggang. Saya harus segerakan sementara tetamu sudah mula ramai ni, supaya tiada yang kecewa tidak dapat merasai daging kambing panggang ini. 


Ini pertamakali saya sekaluarga menyediakan daging kambing panggang untuk santapan ramai.


Latiff Hariri
1728 24012012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment