Monday, 2 January 2012

Kunjungan Sahabat Dari Sandakan-30-31/12/2011(I)

Tiada rencana sebegini, semuanya secara sepontan. Mereka pulang ke Ipoh tanpa memberi 'salam' kepada saya terlebih dahulu.


Kecil hati? Ah, tak adanya.


Saya faham sangat, bukan mudah untuk pulang dari Sabah sekerap kami ke Kuala Lumpur itu. Biar ajelah, kiranya ada kesempatan, pasti akan berjumpa.


Berita kepulangan mereka sekeluarga ini, disampaikan oleh jiran saya, si Najib pada Isnin 26hb, melalui pesanan sms sekitar pukul 1130 malam. Maaflah, talipon bimbit saya pun tahu waktu tidur waktu itu. Paginya Selasanya, baru saya 'memarahi' Najib kerana lewat memberitahu.


Saya sebenarnya sedang merancang sesuatu untuk rakan baik yang menjadi penjaga Kem Pakit , Sri Aman , Sarawak itu sempena  cuti hujung tahun 2011 ini. Tapi agak 'segan' mengganggu beliau kerana beliau baru pulang secara rasmi ke Taiping pada Isnin 26 hb. Biarlah beliau rehat rehat dahulu....


Jadi, bila berita kepulangan dari Sabah ini pulak sampai ke 'talipon karat' saya ini, tanpa segan silu terus saya mengundang mereka sekeluarga ke Sungai Petani. Dan jawapan mereka membuat saya tak senang duduk mengatur sesuatu yang terbaik untuk kunjungan mereka.


Apa apa pun kena tunggu hujung minggulah. Jumaat 30hb, saya memohon keizinan dari majikan untuk kelepasan waktu bekerja selama 2 jam. Walaupun, Ketua Jabatan mempersoalkan kemampuan saya mematuhi kurang dari 2 jam itu, tapi, saya yakin , saya boleh. Dan saya harus mengorbankan Solat Jumaat untuk minggu ini semata mata untuk meraikan kehadiran kawan dari Sabah ini.


Bergerak dari Butterworth tepat jam 1234 tengahari, dan memasuki susur keluar Ipoh setepat 150 tengahari. Bertemu rakan baik ini sekitar 2 petang. Memasuki semula Plus mengarah ke utara pada jam 240 petang, dan berada semula di Tol Sungai Dua setepat 415 petang. Sudah menanti si Zul dan Izzuddin untuk mengambil alih kenderaan ini dari saya, dan saya memandu ke pejabat dengan kereta yang di pandu Zul. 430 petang saya sudah di pejabat semula, tepat 2 jam waktu kelepasan masa yang saya pohon!!


Memang , abang saya dari Sabah ini teruja untuk mengikut saya ke pejabat saya, tapi saya tidak izinkan dek kerana hari ini adalah hari penghujung tahun, jadi, saya pasti saya akan pulang selewat lewatnya pukul 8 malam. Tak kan saya nak benarkan abang ini 'tercongok' didepan meja saya, menantikan saya selesai bekerja?! Dan saya tiba semula di rumah sekitar pukul 815 malam, sebaik solat maghrib, saya terus memecut pulang. Hati dah melonjak lonjak untuk bersama sama tetamu dari jauh ini. Berbual panjang di luar rumah bersama sahabat jauh ini sehingga sekitar 920 malam, apabila orang orang dapur mula memanggil untuk jamuan makan malam bersama.

Makan malam berlaukkan air tangan Mak Rose. Abang Bacho, Hidayat, Ala dan Qursiah.


Fullamak! Punyalah sedap . Ikan sembilang masak gulai asam pedas Melaka, siap ada daun kantan dan daun kesom, serta tomato dan bendi. Ayam goreng pun ada. Ketam nenas gulai lomak pun ada!! Astaghfirullah! Semuanya enak belaka, dan saya terpaksa beri perhatian yang lebih kepada gulai asam pedas ini, kerana terlalu 'power'lah air tangan mak Rose ini!!


Tanpa segan dengan tetamu, kuahnya saya hirup selamba didepan mereka dengan mengangkat pinggan nasi ke mulut!!


Tapi, pada rakan rakan OEClass 1981 yang pernah makan masakan emak kepada Zairul Hisham ini, pasti mereka tahu apa yang saya ceritakan ini.


Sudah kekenyangan, saya selingankan mereka dengan foto album lama, kunjungan kami ke KK-Sandakan-Semporna, kira kira 7 tahun yang lalu.


Sedang orang orang rumah kami serta anak anak melayan FB/TV dan album, kami, anak anak teruna dewasa ini menghilangkan diri ke 'uptown' Sungai Petani untuk acara pecah peluh pula.


Alah, teramat dekat pekan SP dengan rumah saya, tak melebihi 5 minit kami sudah mula merayau,  menunjukkan sesuatu kepada Abang Bacho. Macamlah di Sandakan tiada pasar malamnya.

Haah, satu Taman Teratai Indah saya ajak temankan tamu dari Sandakan ini. Mokhtar, Najib dan Zul dihadapan, Si Nasir terlindung.

Yes, Najib  yang ini, yang menyampaikan lapuran kepada saya tentang kepulangan Abang Bacho sekeluarga ke Ipoh.

<
Berjalan malam sekitar pukul 11

Hm, pisau ini yang menjadi perhatian Abang Bacho....? Di Sandakan tiada?

Kami di sini sekitar 40 minit.

Terus menapak pulang sekitar 12 malam

Sebelum pulang , pekena saorang secawan kopi dahulu sebagai penghilang mengantuk.


Bila dirumah, ternyata yang anak anak pun belum lena. Mungkin seronok bertandang ke Sungai Petani hingga terlupa untuk tidur.


Lampu hanya dipadam menghampiri pukul 1 pagi.


Saya harus ke pejabat keesokkan paginya. Dek karana tidak mahu membantutkan keseronokkan ini, seawal jam 730 pagi Sabtu, saya sudah berada di pejabat semula, untuk menghabiskan sisa sisa kerja semalam.


Sekitar pukul 11 pagi, saya sudah berada di rumah semula. Ternyata mereka sedang bersarapan. Maknanya mereka pun terlewat bangun.


Melepasi pukul 1210 tengahari baru kenderaan kami bergerak. Saya arahkan ke Pulau Pinang, sudah saya warwarkan, kiranya Ferry penuh, kita guna jambatan sahaja.


Tapi, untungnya, kami menaiki ferry tidak melebihi 30 minit menanti. Dan wajah anak anak yang paling ceria bila menaiki pengangkutan air yang begini.

Kan.... semua tersenyum gembira.

Satu pos isntimewa dari 2 keluarga yang berjauhan.


Pulau Pinang dari jauh


Kami memasuki Pulau Pinang menghampiri pukul 130 petang. Tanpa membuang masa , kami ke Fort Cornwallis untuk melihat Butterworth dari Pulau Pinang, sambil meminum saorang setin air .

Hidayat, Atiqah dan Qursiah

Kami tidak  lama disini, bila saya mencadangkan kita bergerak untuk kedestinasi lain di Semenanjung semula. Mungkin mereka masih kekenyangan, saya memandu laju ke Jambatan Pulau Pinang, terus ke lebuhraya Plus menghala ke Utara.


Kami keluar Tol Selatan Alor Setar sekitar 310 petang. Kiranya makan petang ini , ianya bukan lagi makan tengahari.

<
Satu kenangan untuk simpanan bersama, 30 tahun dari sekarang. 31/12/2011 . Selesai satu lawatan untuk tamu dari Sabah ini.

Latiff Hariri
1648 02012012
Sungai Petani





No comments:

Post a Comment