Wednesday, 4 January 2012

Terakhir Dari Sabah Atau Yang Pertama?(II)

Memasuki perkarangan Menara Alor Setar sekitar 320 petang. Ya, pemanduan yang laju kerana kami memasuki jambatan Pulau Pinang sekitar 215 petang, sempat berhenti di Gurun R&R untuk isian petrol.


Bila disini, anak anak yang teruja melihat ketinggian Menara Alor Setar. Bagi saya, dah biasa ni, ok sahaja. Untuk menaiki menara meninjau, bayaran naik adalah RM6.00 dewasa dan RM4.00 kanak kanak. Sekiranya sekadar menaiki, harganya memang berpatutan.


Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Restoran Berputar D'Saji baru sahaja beroperasi sekitar pertengahan bulan Disember 2011. Saya mendapat tahu mengenainya melalui iklan radio orang orang tua - Klasik Nasional. Ok, bertambah koleksi tempat tempat makan menarik untuk susunan saya dimasa hadapan.


Ya lah, adik saya kata lensa harus ditukar pada yang besar untuk dipenuhkan fotonya.

Kami memasuki ruang legar menara untuk menanyakan majlis yang disediakan pehak pengurusan. Kami diminta menunggu seketika untuk dijemput ke lift yang disediakan.


Tak sampat 2 minit kami sudah dipelawa memasuki lift.

Semua teruja , pertamakali ke Alor Setar, terus menaiki Menaranya.

Hanya kami menjadi tetamu lift ini, dan berhenti di destinasinya. Terus kami dipelawa pelayan untuk memilih tempat duduk kami. Ternyata langkah kami berkaki kanan, hidangan tersedia di hadapan meja pilihan kami.


Menu Hi-Tea hari ini adalah laksa Kedah, karipap, kuih abuk abuk, kek dan pastry, cereal, kopi dan teh. Hanya kami semeja yang menjadi tetamu?


Tunggu apa lagi, hanya kami bersembilan. Tanpa segan silu.....


Sehatnya suasana disini dengan pemandangan indah Bandaraya Alor Setar.

Sambil menjamu selera, sambil mengungkit kisah lama. Kisah kenangan di Aulong/Taiping itu.

Saya dan Roziah lebih teruja untuk mengorek rahsia air tangan Mak Rose ni. Roziah dengan Mee Karinya, Gulai Asam Pedas Melaka/Johor. Rendang dll. Sedangkan saya pun tidak mahu ketinggalan, hanya satu menu yang saya minta - cara cara menyediakan bebola Tenggiri. Hehehe, dah dapat dah resepinya, tersimpan diminda.


Sari dua ni berasaplah dapur ini dengan resipi Mak Rose ini.


Saya masih teringatkan nasi lemak, mee kari, kueteow goreng serta kek/kuih raya Mak Rose, yang sering saya makan percuma ditahun 70an dahulu. Rugi kalau tak korek rahsianya!!

Masjid Zahir dari Menara

Qursiah kena 'gebang' dengan uncle Latiff. Tak ada yang terjun dari Menara ini kecuali
kumpulan payung terjun profesional.
  
Sambil menjamu sambil berkisah

Agaknya apa yang direngekkan Hidayat kepada ayahnya?

Kami yang paling ramai duduk semeja, sedangkan yang saya nampak, sepasang warga barat bersama sepasang anak kecil, dan sepasang kekasih yang menjadi tetamu restoran ini untuk petang 31/12/2011.


Putaran lengkap 360 darjah mengambil masa satu jam. Kami siap tambah makanan saorang sepinggan dan saorang 2 cawan kopi. Saya kira amat berbaloi dengan harganya.


Tapi, kiranya tetamunya penuh, saya anggarkan melebihi 200 orang boleh memenuhi restoran ini.

Warga Sungai Petani , Ipoh dan Sandakan yang paling ramai memenuhi dewan makan ini.


Tahun 2011 ini, saya berani kata Abang Bacho sekeluarga merupakan tetamu Sabah terakhir yang menjejakkan kaki ke Restoran D'Saji Sky View ini, ataupun yang PERTAMA menjadi tamunya, kerana restoran ini baru beroperasi tidak melebihi 2 minggu.

Dua kenalan/sahabat yang berjauhan tapi dekat dihati selalu.

Berlatarbelakangkan Sungai Kedah

Kami akhiri acara minum petang ini sekitar pukul 520 petang.


Kepala saya mula berputar ligat. Kemana lagi selepas ini.


Menunggu lift bersama pelayan yang melayan kami sekeluarga


Ruang Legar Menara Alor Setar.

Saya menanya kepada kesemua tetamu, mahu kemana kita selepas ini?


Mak Rose sepontan jawab, "Kita ke tempat belacan yang Latiff belikan dulu tu."

"Oh, Tanjung Dawai", jawab saya sepontan. Ok . senang. Sedangkan semasa turun dari restoran tadi saya sudah mula memikirkan, kemana saya nak bawa tetamu ini lagi.


GPS saya terus merancangkan satu jalan pintas supaya ketibaan kami tidak melepasi waktu Maghrib.


AS-Kuala Kedah-Dulang Kechil-Yan-Ruat-Singkir-Tg Dawai


Kami tiba ke destinasi tidak melebihi 640 petang. Itu pun kami sempat singgah di pasar Yan untuk membeli sotong yang segar dari laut.


Si Hidayat mahukan kueh Terang Bulan.


"Terang Bulan? Kuih apa tu?" Soal saya.


Sepantas kilat abang Bacho menghurainya," Apam balik."


Oooooo, orang Sabah sebut Terang Bulan. Kami disini, kalau Terang Bulan itu , lambang PAS!!


Ketawa saya dan abang Bacho.


 

Segala jenis belacan dengan rasa dan harga yang berbeza
.
Semuanya dimasukkan kedalam kereta, semerbak baunya.

Kami bergerak pulang ke Sungai Petani. Sudah menghampiri Maghrib ni. Melepasi UITM dan menaiki jambatan Semeling melepasi pukul 730 malam.


Setibanya di rumah, terus saya arahkan supaya semua mengambil masa sendiri untuk bersiap, kerana acara Makan Malam Tahun Baru ini akan dilewatkan.



Latiff Hariri
1818 02012012
SUngai Petani

No comments:

Post a Comment