Friday, 6 January 2012

Makan Malam DiAmbang 2012(III)

Sekitar waktu Isyak ni, saya masih berdolak dalik, samaada mahu menjamu tetamu ini sekitar Sungai Petani, atau di luar kota. Dan pada mulanya, saya santai menanti kesemua tamu bersiap. Tapi apabila 'amaran' diberi bahawa ramai yang sudah berkeroncong perutnya, secepat kilat saya mengarahkan kesemua isi rumah supaya segera keluar dari rumah .


Hehehe. Saya pun lapar sebenarnya. Dari pagi hingga petang, tiada nasi yang saya jamah. Setelah mendapat nasihat dari anak dan isteri, keputusan saya buat untuk membawa kesemua ke Bukit Mertajam, paling tepat, ke restoran yang saya dan rakan OE berjamu selera minggu yang lalu. Ini kali kedua saya kesini. Rasanya belum puas mencuba kesemua masakan di restoran ini. Kami disini melepasi pukul 930malam.


Hm, tetamunya tetap ramai.


Kali ini kami, tuan rumah yang buat keputusan , makan nasi berhidang berlaukkan yang panas panas dari periuknya.


Kami pesan ikan siakap masak khinsum, Siakap 3 rasa, sayur 2 jenis, telur dadarnya, serta air kelapa susu kambing, termasuk cendawan goreng tepung.

ABCnya boleh dua orang makan.


Mak Rose pekena tapai dahulu selepas kekenyangan dengan nasinya.



Nasi pun nak dijamah, ABC pun mahu dihirupnya.

Saya mengharapkan semua tamu berpuas hati dengan makan malam, diambang 2012 ini. Ini adalah pilihan terkini restoran saya sekeluarga. Walaupun agak jauh dari Sungai Petani, tetapi yang penting kepuasan terjamin.

Sambil makan sambil berbual. Banyak kisah yang boleh kami ungkit.

Sekitar pukul 1120 malam, saya mencadangkan kami semua bergerak pulang. Tapi sebenarnya, saya sedang merancangkan sasuatu untuk melihat temasya bunga api di Pulau Pinang. Tiada niat memasuki Pulau, lebih kepada dipinggiran pantai Butterworth.

Memasuki lebuhraya BKE dari susur keluar Penanti, ternyata sudah ramai yang menanti disekitar jambatan BKE untuk melihat pesta bunag api Pulau Pinang dari jarak sejauh 15km ke pantai Butterworth.

Di persekitaran Puncak Mutiara Cafe.

Banyak wakaf tersedia untuk yang mahu menjamu selera di luar


Dah hampir sama tinggi si Hidayat dengan Uncle Latiff.

Qursiah pun sudah setinggi ibunya.

Satu kesilapan besar apabila saya cuba memasukit Butterworth. Ternyata kesemua simpang jalan sesak, dan kami 'tersangkut di tengah Butterworth melebihi satu jam. 


Tiada percikan bunga api yang dapat kami tonton malam ini!! 


Walaupun saya berjaya melarikan diri dari kesesakan ini melebihi satu jam, kami tetap tiba di rumah melepasi pukul 120 pagi. 


Memang meletihkan. Tak tahulah pukul berapa kami boleh bangun pagi keesokkannya.
Tidur ajelah, tak payah fikirkan.


Latiff Hariri
2080 05012012
Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment