Monday, 9 January 2012

Berpisah Untuk Bertemu(IV) 01012012

Tetap saya bangun awal pagi ini, walaupun terbabas sedikit. Hati dah mula tidak ceria, kerana tetamu sadah mahu pulang.


Si Najib seawal 730 sudah terpacak dihadapan rumah saya. Beliau masih belum berpuas hati bersembang dengan abang Bacho.


Saya cadangkan beliau memandu kereta beliau, untuk kami berdua ke pasar Sungai Layar membeli kuih muih untuk sarapan pagi ini. Sedangkan kesemua tamu masih lena dibuai mimpi.


Tak sampai hati menggangu tamu yang keletihan itu. Saya biarkan sahaja sehingga melepasi pukul 9, bila saorang demi saorang beratur memasuki kamar mandi.


Sementara yang lain beratur untuk mandi saya dan Abang Bacho bersama Zul dan Najib menjamu selera dahulu.
Abang Bacho masih diraikan jiran tetangga saya.

Saya pasti , ucapan Zawawi Adam terhadap rakan rakan saya yang berkunjung ke Kem Pakit dahulu telah saya dan jiran tetangga praktikkan; ' kalau anda adalah sahabat kepada rakan saya, anda juga adalah sahabat saya'. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tak elok, kita tinggalkan. Itu yang saya fikirkan selalu buat usia begini. Begitulah nilai sebuah persahabatan.....

Amboi Zul, kau bersila atas meja drum jati aku tu! Hehehe

Kami bergerak keluar dari rumah sekitar 1010 pagi. Zul dan Najib yang menutup pintu pagar rumah. Saya inginkan segera sampai ke Ipoh, kerana memikirkan abang Bacho sekeluarga harus bersiap siap dimalamnya, untuk ke KLIA pada keesokkan paginya.


Saya sudah lupa, samaada saya pernah membawa tetamu ini ke kebun hutan saya tu. Tapi jawapan abang Bacho membuat saya tertanya, hm, saya sangkakan pernah membawa Abang Bacho sekeluarga ke kebun ini pada kunjungan yang lalu.



Kebun pisang aje Abang oii.

Haaa, tengok , peladang ini sudah lengkap berkasut 'boot' untuk ke ladang

Rezki hari ini hanya setandan pisang awak dan setandan pisang emas. Syukurlah, ada jugak ole ole dari kebun ini.


Hujan gerimis sepanjang perjalanan . Kami memasuki Tol Kepala Batas, dan perjalanan lancar ke  selatan. Sambil memandu melepasi Nibong Tebal ini, saya terus mengirim pesanan ringkas kepada warga Taiping tu, dan beliau gembira membalasnya. Dijemputnya kami sekeluarga ke rumah baru beliau di Taman Tasik itu.  Saya menolak dengan baik, tetapi mencadangkan beliau sekeluarga ke Restoran Doly sahaja.


" Hang order 5 pinggan kueteow, 5 pinggan nasi ayam, kami sampai terus makan", itu arahan saya kepada boss tentera ini, hehehe.


"Woit, aku belum mandi ni, hang sampai dulu kut", alasan orang tak mahu terima arahan.


Terus memasuki susur keluar Kamunting, sekitar 1240 tengahri. Saya memasuki pekan Aulong melalui simpang tiga Simpang Halt. Ini sebagai tanda kenangan kami dua keluarga ini yang pernah menginap disini sekitar tahun 60-80an dulu.


Saya dah tiada perasaan apa apa bila melintasi pekan kecil ini. Tetapi, Ala masih mahu bersentimental disini. Saya turutkan sahajalah. Sebabnya, tempat kita menimba ilmu ini, harus dikenang dan disentimentalkan selalu, sepertimana saya yang sering bernostalgia dengan King Edward saya itu.



Sekolahnya Zahalia dari darjah 1 - 6  .


Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebenarnya Ala adalah contoh pelajar cemerlang dari sekolah pinggiran kota. Saya tahu, sebab sama sama sekampung dahulu, beliau pelajar contoh yang dilahirkan oleh SK Convent Aulong .

Guru Besarnya Cik Foo.

Sementara kami berbual diluar pagar, Ala teruskan bersentimental didalam kawasan sekolah.

Rakan baik saya yang saya arahkan menanti di restoran Doly itu melapurkan bahawa restoran ditutup hari ini. Laaa! Kecewanya!

Lalu saya arahkan beliau sekali lagi menanti di Casual market sahaja, paling tepat di gerai Mee Combat itu, hahaha.

Tapi, kami yang sampai dahulu, dan telah siap memesan makanan. Beliau sekeluarga tiba sekitar 10 minti kemudian.

Dalam kami  dua keluarga ini mahu berpisah, masih ada pertemuan keluarga ketiga ini.


Saya perkenalkan Abang bacho kepada sidia, Zawawi Adam

Akhirnya, kawan kawan saya ini berkenalan sesama mereka. Tuhan Maha Besar kan!
Orang jauh dari Sandakan boleh berkenalan dengan orang yang baru pulang dari Sarawak ini, dalam sekelip mata terus menjadi kawan.


Kiranya, kami makan tengaharilah. Walaupun tak dapat makan kueteow Doly, tapi dapat kenalan baru, dan terubat dengan kueteow combat tu.

Zed berkenalan dengan Ala

Saya pekena kueteow combat, sementara Zawawi dan abang bacho pekena mee rebus combat

Tahu tahu ajelah dengan Zawawi ini, dia tak akan puas kalau kita tak bertandang ke rumah nya.

Disini melepasi pukul 140 tengahari.

Terus mengekori Awie sekeluarga dari belakang.

Ini rumahnya yang baru, yang baru di'renovate', bertepian Taman Tasik Taiping tu.

Memang lega tengok rumah ini, sesuai dengan jawatan yang disandang tu. Pintunya sahaja menghampiri 40 buah!!

Ini laman hadapan ruang tamu, betapa 'sihat'nya. Awie dah berangan nak adakan majlis BBQ di kawasan ini

Sementara yang lainnya menjamu mata dengan foto foto kenangan sepanjang Zawawi bertugas sebagai Pegawai Memerintah Kem Pakit, Sri Aman. Yang sentimentalnya, foto group kami bertandang pun ada dimuatkan.

Sekitar pukul 240 kami mula bergerak meninggalkan bandar Taiping. Hujan gerimis mula mengundang. Saya mengekori dari belakang sahaja, pemanduan yang perlahan dan berhati hati oleh Zawawi. Kau ikut aje lah Latiff ooi.


Telah terancang satu lagi pertemuan antara saya dan Zawawi sekluarga. Saya berhubung dengan saorang rakan di Ipoh, sementara Zawawi menghubingi 3 rakan yang berada disana. Perjalanan perlahan didalam hujan lebat, teramat lebat ini berakhir di tol Ipoh melepasi 330 petang. Saya terus menghantar abang Bacho sekeluarga di Ipoh, berhampiran stadium. 


Hujan mencurah curah ketika ini. Habis lenjun baju.


Semua dah selamat sampai, kami seketika disini. Saat berpisah pun bermula.

Saya tahu suasana begini sering berlaku, jumpa sesekali, dah nak berpisah. Itulah hakikatnya sebuah kehidupan. 


Terima Kasih Mak Rose, Abang Bacho dan Ala yang sudi memeriahkan hujung tahun 2011 dan Tahun Baru 2012 kami. Kini, hanya foto fotonya menjadi kenangan, selain diminda.

Terima Kasih bang Bacho!!

Usia persahabatan kami yang boleh dikatakan baharu, tapi ikatan keluargaannya begitu utuh.

Yang pastinya, saya jangkakan akan ada pertemuan sekali lagi dalam masa terdekat ini. Tunggu rencana dari anakanda pulak.


Bersalaman dan berpelukan, dan kami bergerak keluar didalam hujan lebat mengarah ke Kelebang Restu untuk dijemput rakan darjah 1 kami ni pulak.



Latiff Hariri
0748 07012012
Sungai Petani

901 - Tapak parkir Mahakamah Jalan Duta , Kuala Lumpur. Sejarah berulang......

No comments:

Post a Comment