Tuesday, 10 January 2012

NINE ZERO ONE !!!

Ya, saya dah rancangkan perjalanan ini seawal akhir tahun 2011 lagi. Cuma, tiket bas atau cara perjalanannya saya lewatkan aturannya. Akhirnya keputusan untuk ke Jalan Duta sempena hari terakhir Anwar bebas ini, saya tamatkan dengan membeli tiket bas pada petang Khamis. Siap tiket pergi dan balik saya belikan. Tak nak susah susah fikir nak naik bas apa bila waktu pulang nanti.


Ada saya mengajak seorang dua rakan jiran tetangga, tetapi alasan - hari bekerja; membantutkan niat mereka. Tak mengapa bagi saya. Saya pun senang berjalan senidirian , tiada gangguan dan senang nak buat keputusan sendiri jika berlaku kecemasan di sana nanti.


Naik bas malam bermula tepat pukul 12 malam dari Sungai Petani. Naik bas Transnasional sahaja. Sebenarnya ada perasaan cuak yang hadir dalam diri saya. Kira semangat sendirian ni lain sedikit dari beramai ramai. Apa yang bakal berlaku esok, masih menjadi permainan minda saya. Abang saya si Rahman, dan adik adik saya, Rashi, Fadhil dan Zali tidak dapat rurut serta. Alasan hari bekerja terus menjadi alsan utama, atau sudah serik menghidu gas pemedih mata dan air sirap water canon tu, hehe.


Tapi, yang penting dan menjadi semangat saya, adik abang saya mewakilkan saya dari keluarga Hariri untuk yang kali ini. Ya, saya bangga dengan tugasan ini. Merakam detik detik cemas, kiranya ada , atau detik gembira sejarah yang terlakar untuk anak cucu keluarga Hariri khasnya, kalau tak pun untuk tatapan umum.


Saya lena sepanjang perjalanan, tersedar bas berhenti seketika samaada di Alor Pongsu atau pun di Simpang Pulai, saya dah tak peduli. Dan saya hanya terkejut, bila saya terperasan jejari pagar Istana Negara itu. Saya sangkakan sudah ke Istana yang lama, yang bas ini tidak memasuki Stesen Jalan Duta. Syukur, tiada sekatan Polis disubuh ini.


434 subuh, saya sudah terpingga pingga sendirian. Sudah ramai yang menanti siang disini, rata ratanya berpakaian hitam dan berlogo 901!! Ya, saya sudah punya ramai angkatan disini. Lega. Hujan semakin lebat pulak subuh ini. Saya menanti sehingga 545 subuh, bila didalam gerimis ini saya menapak ke Masjid Wilayah berhampiran. Pada awalnya saya mahu bersolat disurau sini stesen sahaja, tetapi, tak muat pulak, ramai yang menanti di luar. Jalan ajelah, boleh tahan jugak jaraknya. Hm, ni mesti ada gang Perk_sa didalam masjid ni. Syukur mereka berQiamullail subuh ini. Warak jugak puak puak ini. Saya bersangka baik ni!

445 pagi, ramai yang sudah menanti dan bakal melakarkan sejarah masing masing.

Saf! Jeritan bilal yang memaklumkan solat mahu dimulakan.

Adalah dalam 50 orang yang terawal, saya kira rakan Perk_sa yang di saf hadapan, sedangkan melebihi 12 saf dipenuhi oleh rakan rakan 901


Sebaik selesai kami mengaminkan doa Imam, sesaorang secara sepontan terus laungkan takbir!


Disambut 3 kali oleh kami dari 901 ini!!! Termakan kapur agaknya Perk_sa diwaktu ini, tak nampak pun hidungnya si Ibrahing Ali nih!!

&;;;
Berani saya kata memebihi 500 jemaah yang bersubuh disini. kesemuanya dengan satu tekad.

Saya keluar dari perkarangan Masjid. Hati masih berbelah bagi, samaada mahu terus ke perkarangan mahkamah diwaktu ini. Jam baru menunjukkan 640 pagi, suasana masih gelap, hujan masih gerimis.


Kamera pun tidak lengkap kerana lampu 'speedlite'nya masih ditangan adik saya si Zali, yang saya titipkan untuk dibaikpulih. Sebenarnya sudah siap diambil Zali, tapi, tiada kesempatan untuk ke KLIA bertemu beliau.


Maafkan saya, kualiti foto kurang, kerana saya jarang bermain dengan kamera ini, anak yang lebih bermainnya.


Hairan bin Takjub! Tiada FRU yang menanti, sekadar polis berseragam biru yang menyambut kami . Dan punyalah mesra. Saya ketika ini, sudah merasai sesuatu yang tidak kena dengan acara 901 ini. Adakah dek kerana permit telah diberi, makanya layanan mesra dari PDRM?


Jua, sebuah ambulans dan 2 motosikal unit kecemasan sudah menanti ditengah tengah simpang memasuki Mahkamah ini. Apakah semua ini? Apa yang bakal berlaku pada 901?  Menagapa pada Bersih 201 susah benar nak nampak ambulans dan skuad DBKL?


Tertanya tanya hingga akhirnya terjawab....


Didepan ini yang menati hanya perisai-lengan  merah tanpa polis FRU, ada yang diperiksa secara rambang, sedangkan saya yang berwajah 'baik' ini selamba sahaja melepasi.

 
Mereka yang berani seawal pukul 645 pagi.

Saya pun bertambah hairan, mengapa pehak polis tidak mengambil apa apa tindakan , sedangkan berbagai amaran ditokok tambah supaya 901 tidak membawa apa apa sepanduk, tidak boleh memakai baju berlogokan 901. Saya risau jugak ini, buatnya mereka ini semua kena tangkap, naya aje.


Saya? Saya pakai tshirt merah dan jeans hitam aje, jeans hitam aje lah, baju tidak hitam. Akhirnya saya tahu kenapa mereka ini tidak ditangkap.

Memang ketawa bila melihat Justice Pao pun ada

Sekitar pukul 8 pagi, Azmin Ali dan rakan rakan memasuki perkarangan.

Sebelum itu sudah kelihatan Sasterawan Negara dan Menteri Besar Selangor memasuki perkarang, disambut dengan sorakan dari 901


Safwan mengiringi Azmin dari sisi, pun mendapat sorakan gemuruh. Hidup Mahasiswa!!

YB Nizar pun ada, sering tersenyum dengan wajah manis beliau

Adam dan Safwan mahasiswa pewaris Kesatuan Melayu Muda 1934!! Sebelum Umno!!

Tian Chua yang amat setia menjalan tugas
Munajat dari Muslimah  - 930 pagi diwaktu Mahkamah sedang bersidang

Cikgu Bard anak muda sejati . Saya dan Cikgu Bard sempat memberi 'signal' kepala dan mata ketika bertentang dihadapan tadi.

Dr Mujahid, disisi saya pagi ini.

Adam Adli Wira Mahasiswa UPSI!!

7
Cikgu Bard yang pertama memecahkan ';keributan pagi ini dengan membuat pengumuman 'Anwar Bebas!!!" 945 pagi 901.

Tian Chua mengulangi apa yang tertulis di tweeter Anwar Ibrahim!!

Inilah saat manis yang 901 alami. Selain dari teriakkan Allahuakbar!!!, Bergema laungan 'Reformasi, Reformasi, Reformasi!!!! Kesemuanya membawa kenangan saya katahun 1998-1999 dimana diwaktu itu, saya sering bersama dengan jemaah ini di Masjid Negara.


Ada yang menangis, ada yang bertepuk tangan sesama rakan, dan yang paling menarik bila para muslimat PAS yang berpelukan sambil menangis teresak esak.


Ya lah, saya ' duk ' kat tepi Muslimat muslimat tu.




Tangan keatas melambang perjuangan yang berjaya!!!

Saya tak sempat sempat, didalam keriuhan ini sempat menalipon abang, adik dan rakan taulan menyampaikan berita gembira ini, termasuk anak anak saya yang tahu apa erti perjuangan dan keadilan .


Memang saya racunkan anak anak saya supaya tidak mendokong UMNO yang bukan menjadi tapak perjuangan datuk nenek kami itu.  Pengamal rasuah tegar ni!!


2
Semua mengarah ke Masjid Wilayah seperti mana diarahkan oleh Tian Chua.

Adakah patut media haprak kata 3000 yang hadir pada 901 ini!! kau tengok lautan manusia ini!!


Hati saya mesih risau dan memikirkan keselamatan para hadirin 901 ini. Kerana tiada sebatang hidung FRU pun  yang saya nampak. Mengapa mereka tiada? Mengapa tiada yang ditangkap kerana menggunakan lebih dari 2 pembesar suara? Kenapa Polis mesra alam sungguh ni!?

Air mineral yang diberi secara percuma dengan menggunakan lori, yang boleh masuk selamba tanpa sekatan polis, hmmmm, ain macam ni, sepatutnya air watercanon FRU!

5
Saya tidak faham mengapa polis menghalang angkatan 901 dari memasuki perkarangan Masjid?

Akhirnya , bila pulang ke Sungai Petani, melihat Youtube, terjawab kemarahan saya terhadap Polis.


Rupanya yang warak berQiamullail subuh tadi, senang cakap angkatan Katak sudah memulakan provokasi mereka, demi menjaga keselamatan mereka yang tidak melebihi 50 orang, Polis menutup laluan ke Masjid.


Perk sa dan P kida talibarut UMNO.


Pada mulanya tak tahu mengapa polis berdiri dipagar Masjid.
Kakitanga kerajaan yang turut meraikan kejayaan pagi ini bersama doa yang diaminkan mereka.
Truck Polis ditengah ribuan 901 yang sedang mengaminkan doa moga dijatuhkan kerajaan zalim BN.

Dari pinggiran bukit bangunan Persekutuan ini, 901 masih belum mahu berganjak

Saya sebenarnya masih mengharapkan sepatah dua kata dari Anwar Ibrahim. Tapi, hati saya sudah tak 'sedap' lagi, seakannya, ada sesuatu yang didalam perancangan mereka yang terkenal dengan bom C4 itu!!

Saya dan orang ramai yang tak lepaskan peluang memasuki perkaranga Masjid

Tiba tiba helikopter PDRM tidak berputar lagi, heli berhenti diudara atas Masjid, agak lama berhenti, dan pintu pagar pun dibuka bagi memberi laluan kepada peserta 901 menguasai perkarangan Masjid. Saya pasti waktu ini, puak yang berQiamullail itu, sudah mem'belah'kan diri dari kawasan ini.


Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk memasuki ruang legar Masjid. Saya yang berada jauh dihujung sebelah sini pun turut teruja untuk memasuki perkarangan Masjid, Ya lah, tak kan lah ruang ibadat pun polis nak main kasar.


Saya kira lebih dari 15 minit kemudiannya, terdengat letupan kedua.

Adakah secara 'sengaja'  pintu pagar masjid dibuka bagi memberi ruang 901 memasukinya, demi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.


Heli itu.......


Suasana dipersekitaran tempat yang terkena bom buatan sendiri itu, pandangan dari atas kiri Masjid

Semua ini pada saya, bukan kebetulan, tetapi perancangan yang teliti...........


Keadaan menjadi tidak selamat, pehak penganjur menyatakan kepada kesemua 901 supaya bersurai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, walaupun sudah ada 5 rakan 901 yang rebah dek khianatnya bangsa Melayu itu terhadap keadilan, dan takutnya akan kehilangan kuasa yang bakal dibawa rebah bersama

Saya bergerak sendirian menuju ke Stesen bas Jalan Duta dihadapan Stadirum Hoki

Teramat letih dan lapar. Saya menjamu selera sarapan dan makan tengahari di persekitaran Medan Makan Stesen Bas, sambil memuat naik foto lewat FB dan berinteraksi sesama rakan2 901 yang ramai menjamu selera disini.


Nak ketawa pun ada, ada saorang dua kenalan 901 yang baru saya kenal ini , menduga saya dengan perlbagai soalan seolah olahnya saya ini soarang penulis blog yang terkenal itu. 


"Abang ni M S tu ke? Kenapa abang tak tulis atau lakukan sesuatu supaya orang orang kampung yang tak baca internet itu terbuka minda mereka."


Hahaha, saya ketawa.


" Saya rasa saya kenal dan pernah jumpa abang ni, tapi dimana ya?" itu soalan dari anak gadis dari Puchong kepada saya.


Hahaha, saya ketawa lagi.


Tapi, sememangnya begitu. Ada yang mengatakan pernah bertemu saya , pernah nampak saya, pernah jumpa saya, tapi dimana? Di Mayalah itu agaknya.


Tak tahu nak kemana, walau pun ada dua rakan baik saya yang sudi mengambil saya untuk dilarikan saya dari kawasan ini, untuk makan tengahari bersama. Tapi saya tolak dengan ucapan terimakasih tak terhingga. Tak mahu rakan rakan saya ini tersangkut didalan kesesakan jalanraya ini.


Terima Kasih Osman dan David!!


Saya hanya baring baring sambil berFB didalam surau ini sementara menanti pukul 415 petang.
Tidak terfikir saya yang hari ini hari bekerja, banyak bas yang masih kosong untuk saya segera pulang ke SP itu. Tapi, dah terancang begitu, kita tunggu ajelah.



Ruang menanti Transnasional yang lengang, tetapi selesa untuk kegunaan penumpang bas.

Persoalan saya tentang keramahan dan kesediaan pehak berkuasa untuk majlis 901 ini , rasanya sudah terjawab . Mereka lebih awal mengetahui keputusan mahkamah dan kisahnya 3 bom buatan sendiri itu. Sebab itulah mereka amat amat mesra dengan kami hari ini.


Lawan Tetap Lawan!!


Latiff Hariri
1418 10012012
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment