Thursday, 12 January 2012

Minum Petang Makan Malam 01012012

Dalam hujan lebat selewat pukul 4 petang ini, kami bergerak perlahan menuju ke Klebang Restu untuk mengambil rakan Roziah yang merupakan bodyguard beliau semasa saya berada di darjah 2 itu. banyak jalan yang mengarah ke Chemor ini ditenggelami air banjir, dek kerana hunan nan lebat.


Kami tersesat mencari rumah rakan kita ini. Ya lah, rumah ada dua, satu kat Taiping, satu kat Ipoh. Yang Taiping senang cari sebab dari kecil memang dah berkayuh basikal ke daerah Taman Tasik itu.


Kami tiba di rmah ini melepasi 530 petang, hujan dah mula reda.

Dah tersedia berjenis jenis kueh untuk dijamu kami berenam ini.

Sembang sembang sembang, ketawa. Iti lah kesimpulannya.



Amnah pun tiba lebih kurang 30 minit kemudian

Tuan Puan rumah yang beria menjamu kami dengan perlbagai juadah dan minuman

Haaaa, Wak Joe dah sampai

Aik, macam menari ronggeng aje deme berdua ni bersalaman.

Saya dan Wak Joe jarang jarang dapat berjumpa.
 
Tersandar tuan rumah dengan kehadiran rakan rakan sekolah beliau. Rambutan dari rumah Amnah.

Haa, buka lagi botol air fresh oren tu, kasi perabih.



Ketawa ketawa dan ketawa

Acara minum petang kesenja ini berakhir sebaik azan maghrib kedengaran.


Kami yang paling jauh ni pun berura ura untuk pulang sebaik maghrib, tetapi dihalang si Zed dan Awie, yang masih mahu kami menunggu untuk makan malamnya pulak!!!


Hm, pukul berapa nak sampai SP ni?



Ish, sehat kami 3-4 hari ini, asyik makan di luar sahaja.
.
Nasi setimbun.....dan habis 3 mangkuk besar tu!!

Doa makan dimulakan

Laaa, banyak nasik tu Faridah..

Memang sedap bila makan ramai ramai ni, yang sedkit jadi cukup, yang banyak lagilah, tak terhabis.


Terima kasih kepada Zed dan Awie yang membelanja kami makan makan malam ini.

Satu pos untuk makan malam , malam ini.

Tersandar dan melangut dahi Wak Joe? Kekenyangan?!

Acara makan makan ini tamat sekitar 930 malam. Itupun sebabkan kami sekeluarga yang akan bergerak pulang ke Sungai Petani, yang agak jauh itu. kalau tidak ada acara sampingan lagi yang boleh kami turuti.

Kenangan manis dipermulaan 2012 ini.

Kami tiba di Sungai Petani menghampiri pukul 11 malam, untung , esok masih bercuti untuk saya, sedangkan kakitangan kerajaan Negeri Kedah sudah mulakan tugasan mereka pada hari, kerana Kedah tidak menyambut cuti Tahun Baru. Selamat tahun baru 2012 kepada semua rakan taulan, sanak saudara dan pengikut setia blog ini.

 Latiff Hariri
1048 10012012
 Sungai Petani

No comments:

Post a Comment