Saturday, 31 March 2012

Mohd Rafizi Ramli Mai SP

20032012


Salah saorang anak muda yang saya kagumi selain dari bebudak UPSI dan Cikgu Bard tu, budak muda ni.


Namanya tetiba sahaja mendadak harum. Beliau berkelayakan profesional dan berani dengan fakta, bukannya auta.


Susah , memang susah nak jumpa ahli UMporNo yang profesional dan berkelulsan tinggi selain dari Ketua Pemuda mereka itu, wek!


Kebanyakan ahli mereka adalah kontrator haprak yang melobi projek demi mengisi kekayaan sesama mereka dan untuk disalurkan kepada pemimpin mereka. Budak muda ini tidak. Dia profesional, dengar khabarnya bekas kakitangan Petronas.



Kehadairan beliau pada malam selasa ......ni, sudah saya ketahui pada hari sebelum hadirnya abang Mat Sabu ke SP itu. Tapi adakalanya, bila acara ceramah ini terlalu padat, saya sendiri jadi celaru dan tak keruan. Yang mana nak saya tujui dahulu.

Persekitaran tapak Surau Taman Wira, Sungai Petani.

Ustaz Aizat

Pengarah Strategi Keadilan, 'simple' sangat orangnya.

Orangnya simple dan tiada protokol dan tidak sombong seperti ahli ahli UMporNO yang bongkak dan meninggi diri. Kita mahukan pemimpin begini, yang berkelulusan tinggi, berilmu, merendah diri dan yang penting, tahu akan agamanya.


Ceramah beliau lebih kepada kisah bagaimananya beliau dan rakan rakan PKR menyamar diri cuba memasuki ladang lembu NFC itu serta bagaimana mereka merisik 'story' tentang kondo di Singapura itu.


Memang menarik bila kita bekerja secara rahsia semata mata untuk mencari kebenaran, bukan mengaibkan orang lain.


Ustaz dan pemimpin tempatan

Gang Melayu yang sedar diri bersantai ditepian surau Taman Wira, Sungai Petani.


Dalam banyak banyak foto PR yang tersiar dalam blog saya ini, ada tak korang nampak gang GST?


Tak ada kan?


Memang, kita boleh tahu pendirian Melayu bila melihat mereka pakai GST atau kupiah. Bukannya susah.


Saudara Rafizi beredar awal dari masanya, kerana harus mengejar bas yang telah beliau tempah tiketnya , untuk pulang ke Kuala Lumpur. 


Naik bas? Ia, dia anak muda berani dan tidak menunjuk nunjuk walaupun berharta dan berkelayakan. Taubat pemimpin UMNgOk nak 'nek' bas, kecuali MB perak metallic dan Rosmah 'isteri suami' yang naik bas mewah ke Perak suatu ketika dahulu tu...

Latiff hariri
1108 31032012
Sungai Petani.

Friday, 30 March 2012

Selamat Tinggal Sabah

Pagi Isnin ni, saya dan Najib dah pandai menapak ke restoran bersebelahan DBKK itu untuk sarapan pagi. Saya teringin mencuba Bakso, tetapi belum siap hidangannya, jadi saya makan ajelah menu semalam, soto.


Soto jugak jadi hidangan pagi ini

Selesai sarapan , kami mencari teksi untuk dihantar ke pejabat Lembaga Industri Getah Sabah.


Naik teksi RM30.00., sekitar 25 minit.

Dalam pejabat LIGS di tingakat 3, Bangunan Wisma Pertanian Negeri Sabah


Untuk kenangan yang kami sudah ke sini.

Sekitar pukul 10 kami melangkah keluar dari Wisma Pertanian. Oklah, penjelasan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.


Nak jimat duit, kami nak bas sahaja untuk pulang ke hotel. Tambang RM1.20 saorang.


Naik bas penyokong kuat Arsenal

Merayau di bandar sekali lagi, sekitar pukul 12 sebaik selesai berkemas, kami pun cek out dari hotel. Kami yang cek out, tapi beg kami masih tersimpan di hotel, untuk mudahkan pergerakan kami. Terbang ke KL pukul 755 malam.

Jety untuk ke Pulau Gaya dan pulau pulau sekitaran.

Anak anak Kota Kinabalu yang bersekolah di Pulau Gaya, pelik jugak ni.

Lama kami terpacak di jety ini, ralit melihat penumpang bot yang tak henti henti turun naik . banyaknya bot ini seolah olah stesen bas pulak.


Sekitar 1 lebih baru saya bergerak ke pasar basah untuk melihat jualan ikan ikannya.

Ketam Nipah , saya tak makan ketam jenis ini, tapi Najib teruja. Yang paling besar harganya RM10.00/kg, yang termurah RM6/kg

Udang yang menjadi kegilaan saya. Yang besar tu RM75/kg, yang plastik merah RM55/kg, saya beli sekilo untuk dibawa balik ke Semenanjung.

Selisip atau selisih. Kalau saya ada dapur , harus saya gulai lemak cili padikan spesis kepah ini.

Kami makan tengahari ala kadar sahaja ,pulang ke lobi hotel untuk rehat dan menanti hingga ke jam 530 petang, bila saya berkeputusan untuk ke Terminal 2 sahaja. Biar sampai awal supaya tidak kalut.


Jalan sesak rupanya, lama jugak menanti teksi, dan hanya dapat sekitar 615 petang, dan tiba sekitar 7 malam. Sempat makan mihun sepinggan dikongsi berdua.

Cek in seawal pukul 7 malam.

Tapi pesawat hanya terbang sekitar 845 malam, letih dan mengantuk bercampur riang sebab dah nak balik ke rumah sendiri dah.


Perjalanan nyaman, cuma kerusi berdiri tegak tanpa boleh diturunkan menyandar, macam naik bas pencen aje, sebab barisan pintu kecemasan berada dilorong belakang seat kami.


Jangan duduk barisan 11 kalau naik AirAsia, memang menyakitkan.



Ingatkan kami dah terlewat, tapi pesawat yang terlewat.

Sekitar 820 baru kami dipanggil beratur untuk ke pesawat

Dapat aje kerusi, apa lagi , rehat dan lenalah.

Siannya dia...
Betul betul menjejakkan kaki di LCCT sekitar 11 malam.

Sekitar 1120 adik saya si Zali pun sampai bersama Saga saya, kami terus ke rumah beliau, dan tanpa memasuki rumah bujang beliau, kami bersalaman dan saya terus pulang.


Perjalanan dipandu saya sepanjang permulaan dari Salak Tinggi hingga ke Tapah. Kena saorang secawan kopi sekitar setengah jam, dan teraju seterusnya dimulakan oleh Najib. Saya tidur tidur ayam.


Kami tiba di rumah sekitar 430 pagi.


Letih dan mengantuk. Sebab itu saya ambil cuti sehari lagi bagi merehatkan tubuh.

Latiff Hariri
2038 24032012
Sungai Petani

Wednesday, 28 March 2012

Malam Akhir di KK

Kami bergerak pulang ke bandaraya KK. Seakan akan hendak hujan, tapi, saya arahkan teksi berhenti di hadapan Hotel Promenade supaya Najib dapat nikmati keindahan sepanjang laluan ke Hotel penginanapan kami nanti.



Berangin petang ini.

Kiranya seakan akan Dataran Merdekalah disini, tanpa padang hijaunya

Pulau Gaya
Bersebelahan dengan tapak pasar malam dan Pasar Filipina itu

Suasana senja di pasar malam yang beroperasi setiap malam.

Najib teruja untuk mencuba.

Kami pulang sekitar pukul 645 malam, sudah agak gelap. Mertabak dan kepak kepak ayam yang disataykan, menjadi makanan kami di kamar malam ini.


Sekitar pukul 9, kami keluar lagi, kali ini mencuci mata dengan butik butik mutiara dan keronsang ini. Harganya adakalanya murah 100% dari yang dijual di Pasar Filipina itu!

Yang ini , kalau pandai menawar, sekitar RM5.00 sahaja, di luar sana RM10 atau lebih

Cincin emas celup RM5-8 sahaja, diluar RM10 - 20 mengikut ukuran jari.

Selesai membeli di butik persekitaran hotel penginanpan kami, kami bergerak ke Kg Air sekali lagi, untuk melihat lihat pasar malamnya di situ pulak.


Sama sahaja.


'Key chain' yang agak unik dan pelbagai, tapi.....made in Thailand yang banyak, dari Sabahnya kurang.

Pengalaman makan tak tentu hala ini mula Najib alami, itulah, saya tak galakkan anda mencuba makanan di Pasar Malam bersebelahan Pasar Filipina itu. kalau nasib baik, tiada masaalah, tapi, kalau kena yang tak sesuai dengan perut kita, masaalah jadinya.


Saya sambung makan malam sendirian tanpa Najib di restoran berhampiran.


Kira malam ini bebas dengan acara sendirian.


Latiff Hariri
0638 21032012
Sungai Petani

Monday, 26 March 2012

Pulang ke Sandakan

Pagi Ahad 4/3/2012, ini sekitar 730 pagi kami sudah berada di restoran bersebelahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.


Sebelum itu, dah keliling kota ini mencari suratkhabar Sunday Star, tapi, belum sampai dari KL kata si penjual surat khabar itu. Hanya beli Berita Minggu sahaja untuk saya baca komik persilatan setiap hujung minggu itu. Lain lain tu, saya buat selingan sahaja.


Saya tak tahu apa yang istimewanya restoran ini. Semuanya atas 'bawakan' Abang Bacho ini, ya lah, dia duk lama di KK dan Sabah khasnya.

Soto menjadi sarapan kami pagi Ahad ini.

Patutlah Abang bacho mahu kami bersarapan disini, memang teramat sedap masakan di restoran ini rupanya. Antara restoran terpopular di KK ni.

Saya memberi lapuran tentang keenakan makanan disini

Hujan masih gerimis. Kami menanti hadirnya tuan milik Myvi ini untuk mengambil semula kereta sewaan kami ini.


Sebaik selesai menyerahkan MYvi, kami menapak pulang ke kamar.


Masih gerimis.

Saya pula, tak gemar memerap dikamar, sementara membiarkan Abang Bacho dan Najib berlepak dikamar, saya sendiran merayau di pasar , mencuci mata.


Kadang kadang saya tertanya, mereka semua ni warga atau Filipina?

Pasar pagi

Sanggup mereka berulang alik ke Pulau Gaya dengan bot setiap hari.

Sementara itu, Abang Bacho dan Najib sudah memulakan perbincangan terakhir supaya semua kemusyikilan terjawab.

Tea break lepas berehat di kamar.

Pasar Besar Kota Kinabalu.

Kalaulah saya ada dapur periuk belanganya, sudah pasti ikan udang dan sotongnya, saya borong dan masak sendiri untuk menjamu selera saya.


Memang saya geram melihat ikan dan udang yang segar segar di pasar ini, cuma, harganya tidak semurah 8 tahun lalu.


Pernah kunjungan pertama saya bersama keluarga dahulu, sekilo ikan sembilang harganya RM6.00, sekilo Cencaru RM3.00 , Tenggiri RM9.00 .


Habis semua jenis ikan saya borong, dan minta isteri/emak saya memasak serentak kesemua jenis ikan ikan itu. Sampai tak tahu nak makan yang mana dulu dek kerana terasa murahnya dapat makan ikan ikan besar ini.



Sago

Umbut kelapa. Pertamakali merasainya sekitar usia 10 tahun di kuarters bersebelahan Balai Polis Aulong itu.

Masa itu, kuarters Polis sedang dibina dengan yang baru, jadi banyak pokok kelapa ditebang, dan umbutnya dikongsi sesama jiran.


Dah selesai 2 kali masak setiap bungkusan umbut, fuh!! Memang power. Untung saya boleh makan sebanyak mana yang saya suka, kerana tiada kesan sampingan.


Sekitar 12 lebih kami menapak lagi ke Kg Air untuk makan tengahari.


Tuan punya restoran pun kenalan lama Abang Bacho. Saya kira memang Abang Bacho dikenali ramai di KK ini.


Nasi berlaukkan ikan masak asam pedas dan terong goreng sambal. Tapi tak masuk selera saya.

Asam pedasnya tak rasa asam pedas, sambal terong gorengnya, manis....... Putus selera saya.

Di hotel semula sekitar 230 petang.

Berbual seketika dikamar , dan kami bergerak bertiga dengan menaiki teksi ke Lapangan Terbang sekitar 420 petang. Abang Bacho akan pulang ke KK sekitar 645 petang dengan pesawat MAS.


Cek in sekitar 450 petang, masih awal, tapi yang penting sudah pasti penerbangannya.

Masih ada ruang untuk minum petang bersama, jadi kami ke McD sahaja untuk seorang secawan kopi panas.

Kentang gorengnya hanya 2 bungkus, terkudap kudap makan kerana tak cukup untuk bertiga, hahaha.

Berpisah untuk bertemu kembali

Kami berpisah sekitar pukul 6 petang. Terima kasih Abang bacho kerana sanggup menghabiskan hujung minggu beliau untuk bersama sama kami melakar satu kenangan manis di Keningau/KK. 

Kami berdua bergerak pulang ke Hotel. Untung ada teksi yang lalu dihadap kami, lalu kami terus arahkan berhenti dan hantar kami ke KK.

Sahiggga lewat maghrib Abang bacho rupanya masih berlum 'terbang' kerana kesilapan teknikal pesawat, sedangkan kami sudah siap merayau sepanjang pantai berhadapan pusat bandar KK ini.


Latiff Hariri
24032012 1108
Sungai Petani

Sunday, 25 March 2012

Tiada Maaf BagiMu Najib!!

3 mac 2012


Ini yang berlaku di Sungai Petani sepanjang hujug minggu yang saya dan Najib berada di Sabah itu. Bukan Najib isteri Rosmah la!


Saya tahu kehadiran nama nama besar ini, tapi, tak berdaya kerana acara ke Sabah harus didahulukan.


Dihari yang sama itu, datangnya 'pembunuh'C4 1Malaysia itu ke Sungai Petani. Sambutan yang diberi, maha hebat, berbas bas dan van kilang berisi penuh warga yang dibeli, di asak memasuki Sungai Petani. Ada yang dari Pendang, ada dari Sik, ada dari Baling. Ya lah, nak tengok dari dekat wajah isterinya Rosmah ini.


Dari bisik sembang pagi di gerai kopi, setiap yang hadir dihulur RM35.00 untuk menaiki bas , dan ada kakitangan 'kera'jaan yang dipaksa hadir.


Dah mangli UMNgOk dengan rasuah ni.


Tapi, setiap kali hadirnya pemimpin Pakatan,  kami tak dibayar pun, kami bayar sendiri duit minyak motor dan kereta kami.

'Ah Chet' ni teruja nak ambil foto pemimpin Pakatan. Seronok tengok Melayu/Cina/India sehati dalam hal menjatuhkan rejim Be End.

Johari Abdul orang kuat Keadilan Sungai Petani. Lebih power dari pakciknya, 'Datuk T' .

Sebahagian dari 5000 hadirin pelbagai bangsa.

Saifuddin ni orang 'besi' Keadilan selain dari Tian Chua

Saifuddin berpidato penuh tenaga

Tetamu tak berganjak, bahkan semakin ramai, bila nama nama besar ni, mula memasuki padang

Speaker kerajaan sah Pakatan Perak, yang ada sekarang 'kera'jaan haram!

Dalam hujan tu Cikgu Mat, mana payungnya!!??

Johari mencatit 'point' pemidato, sedangkan yang lain hantar lapuran ke maya

3 Orang kuat Keadilan.

Orang Nombor 1 Pakatan Rakyat.DSAI tiba dalam hujan lebat. 

Banyak kawan UMNgOk aku cukup benci dengan dia ni, tak cukup Mahathir and the gang fitnah mamat ni, kawan kawan aku dalam UMNgOk pun tokok tambah saham masing masing untuk ke(tut tut) nanti.


Korang tambah saham korang ok! Buat Video pun tak reti, fitnah kunun.

Hidup Rakyat!!

Pemidato yang digeruni Mahathir dan Najib

Ketawa riang dalam hujan lebat. Ada rakyat kisah!? Gasaklah dengan hujan, rahmat tu!



Kehadiran yang lebih dari 5000

 

Untuk rekod hari ini 3 Mac adalah hari yang sama Najib tu datang ke Sungai Petani disebelah siangnya.


Hari ini juga beliau memohon maaf dengan rakyat Kedah atas salah laku UMNgOk selama 50 tahun memerintah Kedah. Dah terlewat Najib oii, kami warga Kedah ketawa aje. Korang bunuh ulamak As-Syahid Ibrahim Libya itu dahulu, tak nak bertaubat nasuha dengan Allah ke? Korang fitnah dia kata dia pengganas kominis, tipu anggota Polis supaya hadir ke Baling untuk menangkap pengganas, tapi sebenarnya Ibrahim Libya. Korang ingat Polis PPH yang terbabit dengan operasi itu setuju dengan arahan yang diberi oleh UMNgOk? Kenapa tak minta maaf secara berdepan dengan waris AsSyahid Ibrahim Libya serta orang orang kampung yang terkorban didalam mempertahankan Agama dan para Ulamak? 


Ingatlah kawan kawan ku , setiap ahli UMNgOk menanggung dosa yang pemimpin korang lakukan terutamanya membunuh Ulamak serta warga marhain yang tidak berdosa. Korang teruskan membunuh, buat kacau, fitnah, berlagak samseng , gunakan Polis semata mata mahu menegakkan kemungkaran korang. Setiap undi yang korang berikan kepada BN, dan setiap undi menipu yang korang gunakan melalaui SPR dan Jabatan Pendaftaran itu, akan dituntut di Sana nanti, Insyaallah.


Kebenaran dan kemenangan itu pasti.......


Foto ehsan Budin - Orang Muda Gang Kita, Sungai Layar.

Latiff Hariri
1148 24032012
Sungai Petani