Saturday, 31 March 2012

Mohd Rafizi Ramli Mai SP

20032012


Salah saorang anak muda yang saya kagumi selain dari bebudak UPSI dan Cikgu Bard tu, budak muda ni.


Namanya tetiba sahaja mendadak harum. Beliau berkelayakan profesional dan berani dengan fakta, bukannya auta.


Susah , memang susah nak jumpa ahli UMporNo yang profesional dan berkelulsan tinggi selain dari Ketua Pemuda mereka itu, wek!


Kebanyakan ahli mereka adalah kontrator haprak yang melobi projek demi mengisi kekayaan sesama mereka dan untuk disalurkan kepada pemimpin mereka. Budak muda ini tidak. Dia profesional, dengar khabarnya bekas kakitangan Petronas.



Kehadairan beliau pada malam selasa ......ni, sudah saya ketahui pada hari sebelum hadirnya abang Mat Sabu ke SP itu. Tapi adakalanya, bila acara ceramah ini terlalu padat, saya sendiri jadi celaru dan tak keruan. Yang mana nak saya tujui dahulu.

Persekitaran tapak Surau Taman Wira, Sungai Petani.

Ustaz Aizat

Pengarah Strategi Keadilan, 'simple' sangat orangnya.

Orangnya simple dan tiada protokol dan tidak sombong seperti ahli ahli UMporNO yang bongkak dan meninggi diri. Kita mahukan pemimpin begini, yang berkelulusan tinggi, berilmu, merendah diri dan yang penting, tahu akan agamanya.


Ceramah beliau lebih kepada kisah bagaimananya beliau dan rakan rakan PKR menyamar diri cuba memasuki ladang lembu NFC itu serta bagaimana mereka merisik 'story' tentang kondo di Singapura itu.


Memang menarik bila kita bekerja secara rahsia semata mata untuk mencari kebenaran, bukan mengaibkan orang lain.


Ustaz dan pemimpin tempatan

Gang Melayu yang sedar diri bersantai ditepian surau Taman Wira, Sungai Petani.


Dalam banyak banyak foto PR yang tersiar dalam blog saya ini, ada tak korang nampak gang GST?


Tak ada kan?


Memang, kita boleh tahu pendirian Melayu bila melihat mereka pakai GST atau kupiah. Bukannya susah.


Saudara Rafizi beredar awal dari masanya, kerana harus mengejar bas yang telah beliau tempah tiketnya , untuk pulang ke Kuala Lumpur. 


Naik bas? Ia, dia anak muda berani dan tidak menunjuk nunjuk walaupun berharta dan berkelayakan. Taubat pemimpin UMNgOk nak 'nek' bas, kecuali MB perak metallic dan Rosmah 'isteri suami' yang naik bas mewah ke Perak suatu ketika dahulu tu...

Latiff hariri
1108 31032012
Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment