Sunday, 1 April 2012

DATO' SAIFUDDIN NASUTION PENUTUP MAC 2012

Acara yang dinanti nanti telah tiba. Antara nama besar yang kami setaman tunggu kehadirannya. 


Rugi kalau tak pergi dengar celoteh beliau ni secara 'live'. 


Bergerak kami sekitar 920 malam. Berlima.


Perjalanan dari Sungai Petani mengarah ke Tg dawai mengambil masa sekitar 40 minit. Pemanduan yang perlahan dan berhati hati.


Akhirnya kami disambut oleh 'roadblock' PDRM di pekan Tanjung Dawai ni.


Apalah hapraknya polis Malaysia ni!!!

Parkir disekitar perkampungan nelayan Tg Dawai

Antara peminat Najib yang bertanya alamat FB beliau

Sekitar pukul 10 malam

Dato' Dr Hamdan sedang memberi sepatah dua puluh kata kepada penduduk yang diwakili beliau.

Saya tak suka, dah dua malam beliau mewarwarkan bahawa beliau mahu berundur dan biar nama nama baru mengganti tempat beliau.

Memamg saya sedih............

Pengganti harus bersedia menjadi miskin kerana membantu rakyat, dan bukannya kaya seperti pemimpin UMporNO

Kahadiran awal 400 orang

Sekitar 1020 malam,  mikrafon diambil alih oleh YB Nasir Mustafa, dari ADUN Kubang Rotan

YB Kubang Rotan sdr Nasir Mustafa.

Baru saya berkenalan dengan YB, ceramah beliau berapi juga. Memang beliau berpotensi dimasa masa akan datang. Saya kira usianya lebih muda dari saya.

Ramai rupanya kenalan beliau dikalangan warga Tionghua Tg Dawai ni

Port kami berlima, tersedia kerusi panjang dan pangkin bersebelahan gerai

Kehadiran sudah mencecah 500 sekitar 1030 malam.

Memang saya gelisah bila kelibat Saifuddin belum kelihatan di bawah khemah tu. Rugilah kalau dia tak datang .

Sekitar 1045 masuk sebuah 4X4 ke perkarangan.



Orang kuat Keadilan dah datang!!! Lapang dada saya

Dari Kuala Kedah rupanya. Memang saya tak sanggup menjejaki Pemimpin politik Pakatan Rakyat ini. Mereka tak duk diam

Kedua duanya bekerja untuk kesejahteraan rakyat, bukan kesejahteraan diri!

Laluan mudah diberi oleh YB Nasir sebaik sahaka Dato' Saifuddin memasuki khemah

Memang saya sendiri 'bebai' dengan SPR ni (Surhanjaya Penipu Rakyat?)

Dalam diam mereka masukkan nama dan Kad Pengenalan warga yang disangsikan keujudannnya. Kalau sedikit tak mengapa, kini sudah mencecah 40,000 nama pengundi hantu ini. Ada warga Indonesia, ada warga Myanmar dan ada warga Bangladesh. Sedangkan nama nama dan nombor kad pengenalan ini tidak wujud didalam senarai Pejabat Pendaftaran Negara!!




 
"Dahulu kakitangan sambilan SPR ni sekitar 120,000 dan mereka dibenarkan tersenarai sebagai Pengundi Pos. Dahulu tu PRU12."

KINI 240,000 !!! Apa kejadah mereka perlukan 240,000 kakitangan sambilan SPR sebanyak itu?!!


Korang orang UMporNO tak fikir ke masa depan anak cucu korang. Kewargaan diberi sewenang wenang kepada rakyat asing. Tak malukah!?


Dahulu undi pos tentera hanya sekadar kakitangan, kini kesemua anak pinak dijadikan undi pos. Sepatutnya hanya tentera yang bertugas di perbatasan negara sahaja yang dibolehkan menjadi pengundi pos.



"Korang , warga Tg dawai tahu tak penari tiang tu apa?" Soalan cepumas kepada penduduk tempatan.

Semua membisu, malu nak cakap.


"Bagus, orang Tanjung Dawai semua tak tahu dan tak tengok semua ini"


Ketawa besar para hadirin.


"Ada ke denda RM25.00 sahaja!!" Bertambah ketawa hadirin semua.


 Memamg sistem kehakiman kita ini harus di campak ke pusat pelupusan sampah sahaja!!


Imam Hoslan dah merengkok dalam penjara, Khir Toyo bila lagi?!!


Imam baling kasut kat hakim kena setahun penjara, penari tiang kena RM25.00!


Apalah ahli UMNgOk semua ni???


"Tentang pembelajaran anak cucu kita ni......."

Waktu saya dahulu sebaik tamat SPM, ramai kawan kawan saya yang berkelayakan dihantar belajar keluar negara secara otomatik, menggunakan biasiswa.


Kini?!


PTPTN.


Tahu tak sudah ada kes bekas pelajar IPTA yang masih tercari cari kerja , telah dijatuh hukum di Mahkamah kerana gagal membayat pinjaman PTPTN berjumlah RM5,000.00 sedangkan Tajuddin Ramli dilupuskan pinjaman berjumlah RM589juta sewenang wenangnya.


Mengapa!???


Hangpa orang UMNgOk ni memang kering mentekedarah duit rakyat!!!!

Dato' Dr Hamdan pun terpegun dengan kepetahan Dato Saifudin berpidato', inikan saya.

YB Saifuddin ada menanya bil letrik Ketua Cawangan UMNgOk Tg Dawai ni, dan dia minta semua ahli dengar berapakah bil letrik dan air rumah bik Mama itu.


Setahun bil letrik RM10juta, bila air RM1juta!!!


Siapa yang bayar bil ini kalau tidak dari duit rakyat!!!


Badak berendam mandi kat rumah dia! (Badak tu , korang ahli UMNgOk pun tahu saiapa kan?)


Akhirnya saya berani katakan kehadiran lebih dari 700, warga Tg Dawai dan kami berlima

Memang malam ni kalau ada ahli UMNgOk yang mendengar ceramah Dato; Saifuddin ni, confirm pangkah PR pada PRU13 nanti

Acara tamat sekitar 12 malam. YB DAP Kajang yg terlewat, menghulur tangan untuk bersalaman dengan Dato'


Semua mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Dato' Saifuddin Nasution

YB Nasir Mustafa bermesra dengan Dato' Najib Ahmad, Aduh Tmn Teratai Indah!!

YES!!! Memang power ceramah Saifuddin Nasution ni!! Dia bekas Setiausaha Pemuda UMNgOk selama 9 tahun sebelum tersedar dari kemaksiatan yang dibawa pemimpin beliau.


Selanjutnya acara makan Maggi tengah malam buta


Kami pulang kerumah sekitar pukul 1 malam.


Letih tapi hati teruja dan berkobar.


Latiff Hariri
1218 01042012
Sungai Petani


No comments:

Post a Comment