Tuesday, 3 April 2012

Sivarasa Pun Datang Lagi

29032012


Kali pertama datang pada 03032012 bersama DSAI. Ini kali kedua, baru diberi mikrafon untuk berceloteh.


Kehadiran Sivarasa Ahli Perlimen Subang ni, saya tahu kehadirannya 2 hari sebelum. Kalau ikut jadual, memang padat, dan saya terpaksa memilih malam malam tertentu sahaja untuk hadir menyemakkan suasana.


Kerja menjadi halangan untuk saya aktif bersengkang mata bersama rakyat Sungai Petani ni.

Masih awal malam ni

Dr Hamdan , saorang doktor dan pejuang agama dan bangsa

Saya 'tangkap' kata kata beliau malam ini. Bayangan bahawa beliau akan berundur , dan kemungkinan ada pengganti dikalangan yang hadir, membuat saya kurang gembira.


Saya tak nafikan kemenangan yang lalu lebih kepada ketentuanNya. Dan saya tahu , pengundi pos dikalangan Tentera dan Polis meningkat tak keruan sejak kebelakangan ini di SP.


Dari mana datangnya ketumbukkan besar Tentera di SP ini? Ini zon perang ke?



Antaranya, Ustaz Idris, YB Lee Guan Aik dan Sivarasa.

Hadirin beransur ramai bila semakin tengah malam.

 
YB Lee Guan Aik dari Alor Setar. Ceramah dalam Dwibahasa, bahasanya bagus, tetapi belum bagus untuk menjadi penceramah yang baik seperti Lim Guan Eng.Pada awal pembuka kata YB, mengadu beliau kepada rakyat, bahawa cuaca tidak menentu sejak mejak ni, membuatkan suara beliau agak parau......tapi, akhirnya bila sedap berceloteh dwibahasa, beliau terlupa masa yang ditetapkan sudah melangkau untuk penceramah seterusnya, hahaha.

-Saya kongsikan kisah pejabat saya ini.-


Pagi ni agak kecuh. Saya seperti biasa, kurang nak 'bergaul' bila ada kekecuhan sebegini. Bukan apa, suasana bising dengan gelak ketawa ni, adakalanya mengganggu ketekunan kerja saya.


Saya memang suka hadir awal pagi, selalunya yang kedua atau ketiga hadir di pejabat, adakalanya sebelum pukul 8 pagi. Waktu kerja rasmi ialah 845 pagi. Mungkin melihat saya yang teruskan kerja tanpa mengambil bahagian dalam gelak ketawa mereka ini, salah saorang adik perempuan ini menegur saya, tujuannya 'mengadu' dan mahukan komen saya.


"En Latiff tengok tak?"


"Tengok apa? " Acuh tak acuh aje.


"La, dalam Youtube malam tadi, Ms XXX hadir ceramah Anwar Ibrahim kat Kepala Batas, muka dia terdepan dan terawal sekali kat Youtube tu."


"Alah, tak pelik  apa, yang pelik nya kalau Ms XXX hadir ke ceramah BN, orang dah tak pi ceramah UMNO", jawapan 'kering' saya.


Masam muka adik Puteri saya ni. Adik ni serpihan Melayu yang merasa pelik bila melihat rakan Tionghua mereka berduyun duyun mendengar ceramah Pakatan Rakyat.


Mereka masih diulit mimpi indah ......




-       ......      -

Sementara YB Lee memberikan ceramah beliau, Dr Hamdan dan Sivarasa melakukan lawatan simpati kerumah jiran berhampiran.



Keduanya profesional, saorang Peguam, saorang Doktor

Makcik India ini yang saya terlupa bertanyakan namanya, telah dirompak pada 2-3 malam lalu, ketika sedang nyaknyak tidur. Penceroboh rumah adalah warga Indonesia , lebih kurang 4 atau 5 orang. Kerana melawan, tangan beliau ditetak , selepas memberi barang kemas serta wang yang tersimpan, kaki beliau pulak ditetak.


Hati hati setiap malam bila nak lena, pastikan rumah kita selamat.

Selesai menziarahi mangsa di rumah bersebelahan padang ceramah ni


Bermula dari tugasan di Mahkamah Putrajaya disebelah paginya, membawa kemalam di Taman Bunga Raya Sungai Petani.

Mencari lokasi terbaik untuk melayangkan lensa.

Antara yang diingatkan ialah tentang kos membela kapalselam Scorpean yang kini mencecah RM7 biliion itu!!

Serta kes mahkamah di Perancis yang akan bermula dalam masa terdekat. Kes pecah amanah dan rasuah yang dilakukan oleh pembeli dari Malaysia , Perimekar yang membayar sejumlah komisyen kepada pehak penjual di sana. Duit dari Malaysia, tapi, Malaysia tak mahu siasat, jadi Perancis kena siasat sendiri.


Hadirin pada malam ini saya anggarkan sekitar 250 orang

Memang tak ramai kerana sebuah Taman yang kecil serta hanya untuk penduduk berdekatan sahaja. tetapi perbagai kaum yang hadir.


Acara terakhir adalah ceramah dr Ustaz Idris. Memang menarik dan petah berkata kata dengan loghat Kedah piang beliau tu, hahaha.


Acara tamat sekitar 0015 dinihari.


Apalagi acaranya, kalau tak makan makan dan minum sebelum balik rumah.

Jamuan kecil untuk penceramah jemputan tanpa Sivarasa yang bergerak awal


Ingatan untuk saya dan rakan rakan yang bersama disetiap majlis ceramah sebegini.


Tidak ramai yang kenali kita. Ada yang menyangka kita SB dari PDRM terutamanya kalau kita berjeans dan berTshirt . Tujuan kita merakam suasana adalah untuk meraikan pemimpin yang kita sayangi ini. Tiada niat lain, selain dari memenuhi blog ini dan wajah wajah di Facebook. Kita pun warga marhain yang tidak dikenali, kecuali orang orang kampung kita, serta yang pernah kita berurusan bersama, jadi, tidak pelik bila ada wajah wajah sinis, serta kata kata 'bisa' yang dilemparkan kepada kita yang cuba merakamkan aktiviti sesama kita ini.


Mereka pun risau tentang keselamatan pemimpin kita ini, terutamanya kalau ada foto foto yang disalahgunakan untuk memfitnah.


Ujian kecil yang kita terima didalam aktiviti PR yang kita sokongi ini, belum lagi kita dikerahkan memasuki ceramah BN tu, silap silap kita dilastik dengan batu bata tau!!


Hehehe, adatlah.


Kecil sangat dugaan ini kalau nak dibandingkan dengan orang orang Solehin terima sepanjang mereka berdakwah menyatakan yang benar kepada warga. Kita hanya jurukamera kelas ke3!!!


Jangan ambil hati, lama lama orang ramai akan kenali juga siapa kita, bila kita sering dilokasi setiap kali ceramah PR diadakan.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Latiff Hariri
1038 31032012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment